BAB 37

7.5K 202 4
                                    

Hari yang tak di nantikan oleh Fara telah pun tiba. Sebentar lagi dia bakal menjadi isteri kepada Aniq. Tak kurang beberapa minit lagi.

Tak tahu nak rasa bahagia ke? Sedih ke? Entahlah. Tanpa di sedari dia menangis sendiri dalam bilik. Habis bedak dia semua.

"Weh..kau kenapa nangis?" Mina menerpa dari belakang. Masuk bilik untuk panggil Fara turun ke bawah.

Dia mengelap air mata Fara yang membasahi pipi.

"Aku tak tahu apa yang aku buat ni betul ke tak.."

"Jangan lah macam ni.." pujuk Mina. Nak batalkan semua pun dah terlambat. Kalau batal sekalipun, mungkin Aniq akan apa - apakan Fara, abang dia.

"Aku okey.."

"Aku yakin Aniq jodoh kau.." ujar Mina dengan tersenyum. Mahu menyejukkan hati Fara.

Fara menarik nafas dalam - dalam dan segera mengambil tongkatnya dan mula bangun diiringi Mina.

Berjalan perlahan menuruni tangga. Dugaan nak menikah kaki terseliuh. Bertongkat pulak tu.

Orang ramai yang melihat Fara bertongkat agak terkejut dan menganggap sebagai dugaan mahu berumah tangga.

Aniq melihat Fara dengan terpegun. Cantik. Cantik sangat. Walaupun dengan make up yang sederhana. Ber make up ke tidak. Fara tetap cantik pada pandangan mata dia. Tak berkedip dia memandang Fara. Haih. Jaga mata.

Fara terpandang seseorang yang berada dekat dengan Aniq. Dia rindu dengan orang itu. Sudah sekian lama dia tidak kelihatan. Ini kali terakhir dia melihat muka itu. Lepas ni dah tak ada dah nak tahu pasal dia.

Fara duduk perlahan - lahan. Keadaan dia yang macam ni amat susah bagi dia. Menyesal juga lah tak berhati - hati ketika mahu menuruni tangga. Sikap yang sangat cuai. Dan juga memalukan.

******

Hanya dengan sekali lafaz, Fara akhirnya sah menjadi milik dia. Sepenuh. Dia lega sangat.

Impian untuk hidup dengan Fara telah pun tercapai. Fara jadi milik dia sorang.

Fara jadi sebak dan tahan menangis sambil menadah tangan mengaminkan doa yang telah dibaca oleh tok kadi. Menangis gembira atau menyesali. Entah dia sendiri tidak tahu.

Menyesal pun tidak berguna. Dah sah bergelar isteri kepada Aniq pun.

Mina memeluk Fara yang berada di sebelahnya. Umpama memberi semangat baru. Nafas baru pada Fara.

Dia tak mahu Fara sedih - sedih dan menyedari ini semua satu kesilapan besar dalam hidupnya.

Aniq bangun menghampiri Fara. Duduk di hadapan Fara. Upacara membatalkan air sembahyang.

Aniq mengukir senyuman pada Fara. Melihata Fara yang masih lagi terkejut dengan semua ni.

Dia menyarungkan cincin pada jari  Fara.

Fara juga menyarungkan cincin pada jari Aniq.

Perkara sebegini amat disukai oleh para wanita di luar sana.

Aniq mendekati pada telinga Fara. Dia membisikkan sesuatu pada telinga Fara. Buat Fara jadi tergamam seketika.

"Aku takkan lepaskan kau..sampai bila - bila..."

Aniq mencium dahi Fara. Dahi yang bersih tanpa ada bekas jerawat. Dahi yang sentiasa basah dengan air wudhuk.
Fara menelan air liur. Dia cuba senyum apabila tindakan Aniq itu mendapat perhatian orang ramai. Ramai yang mengambil gambar mereka.

*******

Tetamu - tetamu yang bertandang ke majlis itu bersurai keluar untuk menjamu selera yang telah disediakan di bangsal.

Sanggupkah Aku?Where stories live. Discover now