BAB 12

8.6K 207 1
                                    

   Dia hanya baring di bilik. Sukar untuk melelapkan mata. Tak boleh tidur selepas dia solat isyak. Memang tiada telekung dalam bilik itu. Tapi disebabkan pakaian dia yang sudahpun sempurna menutup aurat.

Cuma kaki dia, dia memakai stokin
yang diambil dari almari. Mungkin stokin Aniq. Fikirnya. Mungkin sebab mata tahu yang ini bukan bilik yang selalu dia lihat sebelum tidur. Memang agak besar biliknya ni. Malah lagi besar dari biliknya di rumah. Dia jadi rindu pada rumah dia. Rumah tu lah kenangan dia dengan abangnya. Kenangan yang cukup terindah. Dan manis.

   Dalam dia yang merindui abangnya itu. Dia teringat pada soalan Aniq tadi. Benarkah dia pernah tidur dengan Amin?. Kenapa soalan itu yang tiba - tiba keluar dari mulut Aniq. Macam mana dia boleh tahu?. Sedangkan tak sampai 24 jam pun dia kenal Aniq. Takkan Abang Amin yang bagitahu. Aku tak pernah bagitahu sapa - sapa pun pasal ni. Dia menangis sendiri. Pada siapa yang dia mahu mengadu. Ada abang tiri yang sanggup jual dia demi untuk langsaikan hutang dia. Kejam.

   Dia sendiri belum buat keputusan sama ada mahu menerima cadangan Amin atau pun tidak. Tapi bila difikir - fikir balik. Mahu saja dibiarkan Amin yang sebegitu. Tak sanggup dia mengorbankan masa depan nya ni yang masih lagi jauh. Perjalanan yang masih lagi panjang. Dia terlalu muda untuk semua ini.

   Tapi...itu abang dia. Darah daging dia. Dia tak sampai hati. Abangnya perangai yang macamtu. Mabuk. Dia taknak abangnya mati sia - sia. Abangnya juga terlalu muda. Baru 25 tahun. Tapi dah pelik - pelik perangai. Hutang keliling pinggang. Haih. Pening dia fikir sorang - sorang.

   Dia juga fikir kalau dia membiarkan abangnya begitu saja. Dia boleh janji ke yang Aniq takkan ganggu hidupnya. Konco - konconya. Macam mana kehidupan dia yang seterusnya. Takut makin parah keadaan.

   Sejujurnya dalam hati dia. Dia ingin sekali membantu abangnya. Walau apa pun dia tetap abang. Darah dagingnya sendiri. Walaupun dia tidak pernah dianggap adik oleh Amin. Walaupun Amin pernah melakukan sesuatu yang tak baik pada dia. Dia masih sayang pada Amin. Terlalu baikkah aku? Aku memaafkan perbuatan Amin. Kalau orang lain mungkin sudah benci.

   Dia bingkas duduk. Masih lagi berfikir yang sama. Susah betul untuk tidur. Dia memegang lengannya tepat pada ketika Amin pernah pegang lengannya. Masih terasa hingga sekarang. Mimpi ngeri hidupnya. Lantas dia memegang belakang tapak kakinya. Tempat yang terkena kaca minuman keras itu. Masih berbekas. Macam mana boleh dia melupakan peristiwa itu. Sedangkan terlalu banyak yang ditinggalkan. Yang membuat dia sering teringat - ingat.

   Jam menunjukkan pukul 3:05 pagi. Segera dia pergi ke tandas yang memang ada dalam bilik tersebut. Sebelum dia menuju ke tandas dia menuju ke pintu bilik itu. Mahu memastikan yang pintu benar - benar kunci. Agak bahaya kalau tidak berkunci. Dahlah dia sorang perempuan.

Yang lain semua lelaki. Macam - macam boleh berlaku. Lagi - lagi dia tak percaya pada Aniq. Teringat peristiwa tadi. Aniq cuba buat yang bukan - bukan pada dia. Nasib baik ada keberanian dalam diri dia. Segera melepaskan penumbuk padu tepat kena perut Aniq. Baru dia terfikir. Dalam sebulan ni dia dah mula berani. Mana tak nya. First, dia lempang Sharul. Second, tumbuk perut Aniq. Lepas ni tah apa tah yang jadi.

   Dia segera ke katilnya setelah selesai solat istihara. Dan kemudiannya terus tidur. Lena.

Sanggupkah Aku?Where stories live. Discover now