BAB 10

8.6K 201 2
                                    

"Kau nak lari lagi pergi mana haa."

Soalnya kepada Amin. Geram dia pada budak ni. 3 hari dia cuba untuk jejak lelaki yang bernama Amin ni. Dapat tangkap lepastu lari lagi. Cuai betul orang - orang suruhannya ni.

3 hari lagi cuba untuk jejak Si Ami ni.Pandai betul dia menyorok. Hari ni dapat tangkap. Puas hati dia. Lebam - lebam muka dia selepas dia memberi arahan untuk beri pengajaran yang agak kasar untuk orang yang dah pinjam duit tapi tak bayar - bayar dan lari.

"Bila kau nak bayar duit aku ni. Bukan sikit, banyak. RM 50,000."

Sambil badan ditundukkan dan matanya tepat memandang mata Amin yang sedang diikat di kerusi menahan kesakitan. Berdarah - darah mukanya.

Menyeramkan. Lalu tangan kanannya sambil memegang pisau mengelilingi wajah Amin dengan perlahan tanpa sedikit darah pun yang terkeluar. Mungkin hanya untuk menakut - nakutkan Amin yang kelihatan seperti ketakutan. Takut di seksa lagi. Takut mukanya dicalar oleh dia. Atau ditikam. Dia tak puas lagi untuk hidup.

"Aku tak kira, macam mana sekalipun kau kena bayar untuk aku." Tegasnya lagi sambil pisau yang dipegangnya tadi diacukan ke perut Amin. Menggeletar Amin dibuatnya.

"Aniq....aku minta maaf, aku tak ada duit lagi. Kalau ada duit aku bayar lah." Jawab Amin dengan rasa ketakutan yang membuak - buak dalam dirinya.

Aniq tersenyum sinis dan berjalan mengelilingi Amin yang berada di tengah - tengah. "Cliche sangat jawapan kau ni. Bernanah aku dengar. Berpuluh - puluh kali kau bagi jawapan yang sama."

"Aaa.. ku betul - betul tak..de du..it ni...." Kata Amin dengan nada yang terketar - ketar. Tapi...a...ku..ada..adik...." sambungnya lagi selepas tiba - tiba teringat dekat Fara. Lama dia tidak jumpa Fara. Dia masih ingat yang dia tinggalkan Nota kecil buat Fara.

"Adik. Wahh. Lelaki ke perempuan. Hmm. Yess. Yess. Of course perempuan, kan. Kau nak bagi adik kau dekat aku buat ganti rugi hutang kau. Gitu?." Tanya Aniq dengan kepastian. Apa dia tak salah dengar. Selalunya kalau abang berhutang, jangan libatkan keluarga mahupun adik beradik, lagi - lagi kalau ada adik or kakak perempun yang masih muda.

Amin mengangguk dengan penuh keyakinan.

Aniq seperti kurang percaya dengan apa yang dikata oleh Amin. Nak bagi adik dia dekat aku. Tapi dalam masa yang sama dia gembira. Ada orang baru. Hm

Amin berkata lagi "Dia adik tiri aku. Dia cantik. Bertudung. Belajar di salah satu universiti di sini. Nama dia Fara." Satu - satu menerangkan ciri - ciri Fara.
"Dia lain daripada yang lain."

"Maksud kau apa?." Tanya Aniq dengan nada yang pelik.

Amin menceritakan segala - galanya apa yang terjadi kira - kira 3 tahun yang lepas. Waktu itu hanya dia dan Fara. Dalam bilik. Tanpa orang lain.

Dengar Amin yang sungguh - sungguh bercerita ni dia mula tersenyum nakal selepas mendengar satu part yang buat dia tersenyum. Bahagia.

Lantas dia suruh orang suruhannya menyelidik pasal budak Fara ni. Dia nak sangat tengok. Berjumpa dengan Fara.

Keadaan Amin masih lagi sama terikat. Duduk diatas kerusi. Dibiarkan. Orang - orang suruhan Aniq memerhatikannya.

Sanggupkah Aku?Where stories live. Discover now