Konco konco Aniq telah pun sampai ke rumah Bik Ina itu. Nampak gayanynya seperti berpenghuni rumah itu. Mereka memakir agak jauh dari rumah itu. Tetapi masih lagi boleh lihat.
Rumah kayu yang kecil itu. Rumah yang jauh berbeza jika nak di bandingkan dengan rumah Tuannya itu. Bagaikan langit dan bumi.
"Eh itu bukan kereta..." belum sempat pun salah seorang konco Aniq menghabiskan ayatnya.
Mereka terlebih dahulu menundukkan badan sedikit di dalam kereta apabila terlihat Bik Ina yang sedang bergegas keluar rumah.
Teksi yang di telefonnya tadi sudah pun tiba dan segera Bik Ina masuk tanpa ragu ragu dan memandang sekeliling. Bik Ina tidak mengesyaki apa apa. Bik Ina memberitahu ke tempat yang mahu di tuju pada pemandu teksi itu.
Pemandu teksi itu terus bergerak dan diikuti oleh konco Aniq itu dari belakang dan perlahan lahan.
Keadaan ini mereka tidak memberitahu pada bossnya, dek kerana takut salah faham bakal terjadi lagi. Baik mereka siasat dalam dalam dulu baru diberitahu oleh boss kesayangan mereka itu.
"Ini bukan jalan ke hospital ke?" Soal salah seorang dari mereka itu.
"Rasanya ye ni.." jawab yang memandu kereta itu.
"Apa motif ye agaknya kenapa boss suruh siasat pasal Bik Ina ni. Dia ada membawa rahsia terbesar ke apa?" Tanya nya lagi.
"Entah..aku tak tahu.." jawab yang sedang memandu itu lagi dan terbayang kereta itu tadi di fikirannya.
Selepas Bik Ina membayar wang saku pada teksi itu, dia terus berlalu pergi masuk ke dalam perut hospital itu dan terus lenyap.
Dua orang konco Aniq yang mengikuti tadi hanya melihat saja dari kereta. Mereka tidak ikut masuk dek kerana hari sudah senja, pasti mereka tidak dapat melihat siapa gerangan yang di lawat oleh Bik Ina ni.
This maid is very mystery..
Konco konco Aniq itu terus pulang ke rumah dan mahu memberikan sedikit maklumat pada Aniq itu.
Kalau mereka yang masuk tadi mesti orang ingat samseng, kerana cara berpakaiannya seperti itu.
Aniq yang baru saja mahu keluar rumah itu terserempak dengan konco konconya yang baru pulang itu.
"Err..boss nak pergi mana?" Tanya salah seorang dari mereka.
"Cari isteri aku lah." Jawab Aniq bersahaja walaupun dia sendiri tidak tahu di mana mahu mencari isterinya itu.
Konco konco Aniq itu memandang antara satu sama lain. Aniq mula berasa hairan.
"Ada apa apa maklumat ke?"
"Sebenarnya macam ni boss.."
Mereka mula bercerita tentang perwatakan pelik Bik Ina itu dari mereka sampai ke rumah itu hingga ke hospital, tempat terakhir mereka mengikuti Bik Ina itu.
Aniq mula rasa tak sedap hati. Jiwanya meronta ronta untuk dirinya pergi ke hospital itu.
"Bawa aku pergi sana.."
Konco konco Aniq terus mengikut perintah bossnya itu dan segera pergi ke hospital yang tidak jauh dari situ. Hospital yang menjadi tanda tanya buat mereka juga.
Jantungnya mula berdegup dengan kencang. Petanda apakah ini? Kenapa dengan Bik Ina ni sebenarnya? Ada apa dengan dia?
Apabila sudah sampai, Aniq terus masuk ke dalam hospital itu. Dia mencari nama di papan kenyataan pada wad perempuan. Tertera nama..
Fara Aliya.
Bilik 17Aniq hampir terduduk, tapi sempat di sambut oleh dua orang konco yang mengikutinya itu.
Apa makna semua ni? Aniq terus pergi ke bilik yang di tempatkan Fara itu.
Pintu dikuak, langkah Aniq terhenti apabila terdengar seperti orang sedang berbual. Aniq memasang telinga.
"Bik Ina nak minta maaf, kalau kata kata Bik Ina ni akan mengguris hati Puan. Tapi Bik Ina tak sanggup dan kesian dengan Tuan. Pagi, petang, siang, malam cari Puan. Sampai dia tak tahu nak cari Puan kat mana. Kadang makan pun tak.."
"Buat apa dia cari Fara? Dia yang halau Fara. Dia yang tak nak tengok muka Fara.." luah Fara yang sedang duduk di atas katil pesakit itu.
Apa yang Aniq rasa sekarang? Pedih sangat sangat apabila mendengar kata kata Fara itu. Ya, salah aku. Aku yang menghalaunya. Air matanya mula jatuh menitik ke pipi.
"Tapi Tuan sekarang dah menyesal, dia betul betul menyesal. Hidupnya jadi tak tentu arah Puan takde.."
Fara menunduk ke bawah. Dia tak tahu lah nak buat macam mana. Hampir dua minggu dia tidak berjumpa dengan Aniq. Rindu memang rindu. Tapi dia menghormati keputusan Aniq itu.
"Betul apa yang Bik Ina cakap tu Fara.."
Aniq agak terkejut mendengar suara itu. Dia sangat mengenali suara itu walaupun hanya beberapa kali berjumpa tanpa Fara.
"Masa aku jumpa dia hari tu pun..Ya Allah, serabut aku tengok. Lain gila dia weh. Tak macho langsung.."
Fara hanya tersenyum pucat.
Takkan Aniq nak jilat balik apa yang dia ludah? Pendirian Aniq sangat tetap. Dia orang ternama kot, nak dibandingkan dengan aku. Hanya biasa biasa saja.
Aniq pula terkejut dengan kewujudan Mina itu. Mina sudah tahu di mana Fara berada? Habistu buat apa dia mengikutinya mencari Fara? Kenapa dia tak jujur..
"Entah lah. Aku takde siapa siapa sekarang.." Fara mula menangis mengadu akan nasibnya.
Aniq yang berada di sebalik pintu itu, mahu saja dia masuk dan terus serbu memeluk Fara, mencium dan meminta maaf atas kesilapannya dulu. Dia benar benar menyesal.
"Apa kau merepek ni? Kau masih ada aku, Bik Ina dan...juga anak dalam kandungan kau ni.."
Lagi sekali Aniq tergamam dan terkejut dengan kata kata Mina itu..
Anak dalam kandungan?
Fara mengandung?
Kenapa aku tak tahu?
Kenapa aku tak pernah sedar?Aku bukan saja mengusir Fara..
Tapi,
Aku mengusir anak aku sendiri.
Anak yang sedang dikandung oleh Fara
Anak aku.Ya Allah, kejamnya aku.
Pintu bilik itu di tutup perlahan lahan. Aniq duduk di kerusi itu. Dia merintih, menangis.
Betapa bodohnya aku.
Kenapa sampai jadi macam ni sekali.
Kalau lah aku sendiri yang siasat masa tu, pasti tidak akan berlaku seperti ini.It's all about kalau..
Seandainya dia dapat mengutarkan balik waktu..
Tapi sayang, dia bukan Tuhan..
YOU ARE READING
Sanggupkah Aku?
RomanceFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...