BAB 13

8.7K 221 6
                                    

   Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Awal - awal lagi Fara sudah bangun. Seusai solat subuh je. Dia terus buka pintu. Dia hanya berkumuh dan membasuh muka saja.

   Pintu dikuak sedikit. Matanya meliar melihat keadaan sekeliling. Perlahan - lahan dia keluar dari bilik. Pintu bilik ditutup dengan perlahan. Mana lah tahu tuan rumah masih lagi dibuai mimpi yang lena. Habis kantoi. Niatnya sebenarnya mahu berjumpa dengan konco Aniq untuk segera menghantarnya pulang. Dia tidak tahu jalan balik. Dia tak pernah lalu sini. Rumah yang agak jauh dari dari rumahnya. Haih.

   Baru saja dia mahu menuruni anak tangga. Dia mendengar ada orang yang sedang berdehem dan berjalan ke arahnya. Segera dia menoleh ke belakang. Oh maigad. Awalnya dia bangun. Dia ni ada firasat yang kuat ke tentang aku? Habis kantoi terus.

Plan nak balik tak jadi. Tapi bila difikir balik. Kalau Aniq belum bangun. Nak ke konconya hantar dia balik. Mereka hanya mendapat arahan daripada bos mereka sahaja. Sudah pasti mereka akan mengejutkan Aniq yang sedang lena tidur.

Haa tak pun tunggu sampai Aniq bangun dari tidur. Yang tah pukul berapa nak bangun. Dia ada kelas pagi ni. Kelas yang lagi beberapa hari je sebelum cuti untuk semester baru yang akan datang.

"Nak kemana tu?" Tanya Aniq

"Nak balik." Jawab Fara dengan nada yang sedikit perlahan.

   Fara menelan air liur. Seram sejuk dia bila Aniq memandang dia semacam. Seolah - olah mahu menerkam dia dan makan. Aniq tersenyum sinis. Lagi la menakutkan Fara.

Kalau Aniq cuba untuk buat sesuatu yang tak baik pada dia. Dia dah sedia untuk buka langkah. Dan lari. Lari pergi mana dia sendiri tidak tahu. Mungkin sampai jumpa teksi. Ataupun bas. Walaupun agak jauh dan penat.

   Rumah Aniq ni dikelilingi dengan pokok - pokok yang tinggi. Dan cantik. Seumpama dalam hutan. Tapi kelilingnya memang cantik. Rumah yang besar. Perhiasan dalam yang sangat cantik. Tapi bukan dalam hutan. Entah. Dia sendiri tidak tahu macam mana nak menggambarkan keadaan rumah tu. Cuma yang dia perasan. Hanya rumah Aniq je yang ada dekat sini. Tiada jiran. Sunyi. Sepi.

"Jom sarapan." Aniq pelawa Fara sambil tekun dia menuruni anak tangga.

"Takpe. Saya tak biasa sarapan. Saya dah lambat nak pergi kelas". Ujar Fara sambil matanya pandang ke bawah. Dia tak berani memandang mata Aniq. Takut. Seram. Semua ada. Lagi - lagi bila dia menolak pelawaan Aniq yang mahu bersarapan bersama dengannya.

"Aku peduli apa". Jawab Aniq dengan selamba sambil menuruni anak tangga membiarkan Fara yang masih terpinga - pinga. Dia taknak tahupun Fara ada kelas ke. Dah lambat nak pergi ke. Nak balik ke. Dia tak kisah. Dia nak sarapan dengan Fara. Itu je.

   Ternganga mulut Fara. Aku peduli apa. Terngiang - ngiang jawapan Aniq dalam kepala otaknya. Dia ni tak faham bahasa ke? Tak adalah lewat sangat untuk ke kelas. Kelas bermula jam 9. Sekarang baru jam 7. Ada lagi 2 jam. Dia sengaja mencipta alasan sebegitu kerana tidak selesa berada di rumah ni lama - lama. Dengan semua lelaki pula tu. Ini kali pertama dalam sejarah hidupnya. Eh. Kali pertama ke? Huhu.

   Nak taknak dia akur juga dengan permintaan Aniq. Keluh berat. Dia menuruni anak tangga dengan lemah. Dia melihat Aniq sudah pun tiada. Mungkin dia dah sampai dapur. Fikirnya sejenak. Hm. Segera dia menuju ke dapur.

   Hampir je nak sampai tangga yang terakhir. Konco - konco Aniq berada di tangga bagi menyambut kedatangan dia. Apa semua ni? Aku bukan tuan rumah ni? Aku ni tetamu. Tetamu apatah. Haih. Lebih - lebih dorang. Segera dia menuruni dan menghabis tangga yang terakhir. Laju dia jalan. Ni semua gila.

   Dia melihat yang Aniq sedang menyediakan sarapan buat mereka berdua. Oh come on la. Apa benda semua ni?

"Apa yang tercegat dekat situ, sini la." Kelantangan suara Aniq menghentikan lamunan Fara. Segera dia munuju ke dapur di mana Aniq sudah pun siap menyiapakan sarapan. Dia duduk di kerusi bertentangan dengan Aniq.

   Aniq menyeduk nasi goreng buat Fara dan diletakkan di pinggan Fara. Air teh pun siap dituang lagi. Wahh special betul. Ingin diucapkan terima kasih. Tapi macam ada sesuatu yang tersekat di kerongkongnya. Tak tercakap langsung.

"Haa makan lah. Ke kau nak aku tolong suapkan sekali". Kata Aniq menjongketkan keningnya. Mata Aniq memandang tepat ke arah mata Fara. Buat Fara jadi tidak senang duduk. Fara menggelengkan kepalanya.

"Awak tak baca doa makan?" Tanya Fara selepas melihat Aniq yang baru saja mahu menyuapkan nasi gorengnya ke dalam mulut. Aniq berhenti. Memandang muka Fara.

"Haa baca lah doa cepat". Ujar Aniq menyuruh Fara membaca doa. Dia tak tahu sebenarnya baca doa. Even doa makan. Selama ni dia main ngap aje. Selepas Fara bacakan doa makan. Mereka makan bersama.

"Lepas ni aku hantar kau balik". Kata Aniq sambil menyuapkan nasi gorengnya ke mulut. Fara cuma mengangguk dan tersenyum. Finally..boleh balik jugak.

   Aniq memerhatikan senyuman Fara. Manis. Cair hatinya. Tahu pun senyum. Dari tadi masam mencuka je. Gumam Aniq dalam hati.

Sanggupkah Aku?Where stories live. Discover now