Tinggal lagi besok je sebelum semunya berubah. Kehidupan dia. Dia sendiri tidak tahu apa yang akan jadi nanti. Terngiang - ngiang perkataan isteri yang dicakap oleh Aniq. Dia betul - betul ke nak jadikan Fara isteri. Kenal pun belum sampai 2 minggu. 3 minggu. Sebulan. Setahun. 2 tahun.
Tak tenteram hidup dia. Satu - satu dugaan datang menimpa dirinya. Ni semua angkara Abang Amin yang suka sangat berhutang dan jadikan Fara sebagai mangsa. Ganti rugi hutang dia. Memangnya duit boleh digantikan dengan orang ke? Silap. Perempuan? Mudahnya hidup sampai macam ni sekali. Kusut kepala Fara memikirkan hal ini.
Jauh di sudut hatinya, sukar untuk dia menerima semua ni. Mengarut. Tapi kalau ni jalan takdir yang Allah berikan buat dia. Jalan yang terbaik. Nak tak nak dia kena terima. Belajar untuk redha. Walau perit macam mana sekali pun. Sebab kalau kita redha, ada ganjaran yang lebih besar yang datang. Menanti kita. Ada hikmah di sebalik semua ni.
Sampai je di universitinya, meliar matanya melihat sekeliling. Kalau boleh dia tak nak langsung bertembung dengan Sharul. Seram dengan ugutan Aniq yang akan mencederakan abangnya. Abang Amin tu la satu - satunya keluarga yang dia ada.
Walaupun Amin tak pernah menganggap dia sebagai adik. Dia tetap sayang Abang Amin. Walaupun Amin pernah melakukan perkara yang tidak baik pada dia. Haih. Dia langsung tak nak ingat tentang perkara ni. Dia halau jauh - jauh dalam fikirannya.
Selalu pagi - pagi bila sampai dia akan terus ke kafe. Hari ni tidak. Dia terus menuju ke kelasnya. Hari ni pun sengaja dia datang lewat sikit. Boleh terus masuk kelas dan memulakan pembelajaran. Hari ni hari sabtu. Entah tiba - tiba je ada kelas.
Dia melihat rakan yang duduk disebelahnya, Mina sudah pun tertidur dari tadi. Ngantuk sangat kot agaknya. Mana tak nya dia ni kan kaki rayap. Lagi pun hari ni hari minggu. Tapi ramai juga yang ada kelas hari ni. Macam biasa.
Walaupun dah banyak kali dah dikejutkan oleh Fara, tetap tak bangun juga budak ni. Pergi mana tah malam tadi. Mujur pengajarnya tidak perasan kerana mereka duduk di bahagian belakang. Pandai - pandai la cover. Fara pula cuba untuk fokus belajar. Fikirannya yang entah ke mana - mana. Melayang sana, melayang sini. Pusing kepala di buatnya.
Tiba - tiba dia melihat rakan sekelasnya bangun. Dia jadi kelam kabut. Dia tanya orang yang duduk disebelah nya yang masih lagi belum bangun.
"Ke..napa semua bangun?" Tanya Fara dengan nada yang agak cemas.
"Kelas kan dah habis." Kata Anusya pelajar india sambil tersenyum.
"Oh.." ringkas Fara sambil tergelak dan garu kepala yang tidak rasa gatal tu.Dia memandang semula Mina. Mina masih lagi tidur. Dia pun mengetuk meja bagi mengejutkan Mina. Terkejut dan terus celik dibuatnya.
"Apa dah jadi ni?" Kata Mina sambil menguap dan menggosok matanya.
"Jadi apa..kelas dah habislah. Kau pergi mana malam tadi?" Tanya Fara.
"Haa..apa kau cakap?" Mina kurang dengar kerana dia sangat mengantuk.
"Kau ada pergi mana - mana ke malam tadi?" Fara cakap sambil memerhatikan Mina yang sedang cuba untuk mengingat.
"Aku keluar...balik lambat..lupa la ada kelas pagi ni." Selamba Mina cakap.Lama diam kedua - dua mereka ni. Fara memerhatikan Mina yang sangat - sangat mengantuk. Merah sedikit matanya. Dia risau pula kalau keadaan Mina yang macam ni kalau dia nak drive. Anusya yang tadinya ada sudah pun keluar dan balik.
"Jomlah aku hantar kau balik" pelawa Fara.
"Kereta aku macam mana?" Tanya Mina. Risau dengan kereta dia yang ditinggal dekat sini.
"Alaa besok suruh je siapa - siapa temankan amik." Itu aja alasan yang mampu Fara bagi. Risau sangat dengan keadaan Mina.
"Haa..jom - jom." Ujar Mina sambil menarik lembut tangan Fara untuk segera pulang dan sampai rumah dan tidur. Huhu.Dia memberhetikan kereta tepat di hadapan rumah Mina. Mina keluar dari kereta selepas mengucapkan terima kasih pada Fara yang susah payah hantar dia pulang sampai selamat. Fara hanya memerhatikan gerak - geri Fara yang longlai tu sambil tersenyum. Pelik dengan gelagat kawan dia sorang ni. Baru saja mahu meneruskan perjalanan untuk pulang, talifon dia berdering. Ada mesej untuknya.
'Kau hantar siapa balik tu?' - Fara Mine aka Aniq
Haih. Keluhan berat yang keluar dari mulut Fara selepas melihat di skrin talifonnya tertera nama Fara Mine. Lagi la bertambah berat bila dah mula dah dia tanya soalan macam - macam. Umpama dia inspektor dan Fara banduannya.
'Hantar kawan balik' - Fara
Mesej masuk lagi.
'Siapa? Lelaki ke perempuan?' - Fara Mine aka Aniq
'Perempuan la takkan lelaki kot' - Fara
'Kau jangan lupa ya. Aku tak suka tengok kau dengan mana - mana lelaki. Kalau aku dapat tahu kau sendiri tahu akibatnya. - Fara Mine aka Aniq.
'Baik..bos..' - Fara.
Hanya itu yang mampu Fara balas. Dia tahu sangat apa akibatnya kalau dia jumpa dengan mana - mana lelaki. Terutama Sharul. Entah dari mana dia dapat tahu. Ada juga dia memerhatikan keadaan sekeliling. Tapi tak ada pula tanda dia diekori.
Pasal hal abangnya tu, bukan dia tak nak laporkan pada polis. Dia cuma tak nak perbesarkan keadaan. Kalau Aniq tahu macam mana, tak ke terancam hidup abangnya dekat sana. Hidup dia. Pasti Aniq akan balas dendam. Tak sanggup dia bayangkan. Segera dia memulakan perjalanan untuk balik ke rumah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sanggupkah Aku?
RomanceFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...