Aniq menuju ke dapur mencari Bik Yanti yang sedang bersiap sedia untuk pulang ke rumah kerana petang kian menjelma. Selalunya memang masa untuk balik.
"Bibik dah nak balik ke? Yang lain mana?" Soal Aniq yang kebingungan kerana terasa sunyi semacam.
"Eh Tuan Aniq..mereka dah balik dah tadi. Baru je.." jawab Bik Yanti.
"Oh yeke.."
"Kenapa, Tuan nak saya tolong apa apa ke?"
"Saya baru nak suruh bibik buatkan bubur untuk Fara.."
"Oh boleh je. Takde masalah." Ujar Bik Yanti
"Tapi bibik bukan dah nak balik ke?" Rasa bersalah pula Aniq pada pembantu rumahnya ini. Yelah Bik Yanti juga punya tanggungjawab rumah lain selain dari rumahnya. Masih ada anak anak dan juga suami.
"Eh takpelah. Buat bubur ni kejap je. Lagipun untuk Puan Fara semuanya boleh. Puan Fara baik dengan saya..bibik ada pelawa juga nak buatkan bubur lepas dia muntah muntah tadi tapi dia tak nak.." cerita Bik Yanti panjang lebar sambil menyediakan barang barang untuk membuat bubur bagi isteri majikannya.
"Muntah muntah? Fara muntah muntah ke?" Aniq mengulanginya balik. Rasanya dia tak salah dengar.
"Haah..bibik yang bawa dia ke tandas sebab dia kata nak muntah lepastu tak larat jalan..dia tak makan dari tadi perutnya kosong..risau bibik. Nasib baik Tuan Aniq balik awal..Tuan bawa lah ke klinik mana lah tahu dah ada isi ke? Meriah rumah ni." Kata Bik Yanti panjang lebar sambil tangannya pantas membut kerja. Rumah ni mula sunyi setelah adik adik Aniq kembali ke rumah mak cik saudara Aniq. Mereka hanya akan datang pada cuti hujung minggu sahaja.
"Isi? Isi apa?" Aniq kurang faham.
"Laaa tak faham? Takpe bawa je Puan Fara ke klinik. Nanti tahu laa tu." Malas Bik Yanti mahu mengulas panjang lebar. Takut tuannya terlalu mengharap pula.
"Oh yelah..nanti dah siap bawa ke atas ye bik.." arah Aniq. Dia malas ambil tahu tentang isi apa yang di maksudkan oleh Bik Yanti. Ahh biar lah yang paling penting kesihatan Fara. Aniq terus ke bilik bagi menemani Fara yang tak tahu lah apa yang jadi.
Aniq duduk di sebelah Fara sambil memerhatikan Fara yang tidak bermaya. Lesu. Pucat sungguh wajahnya. Ada perasaan yang kesian menerpa dalam diri Aniq. Dia jadi sakit jika melihat Fara sakit.
Aniq mengusap sedikit rambut Fara membuatkan terjaga dan perlahan lahan membuka mata. Berat sungguh untuk dirinya bangun. Aniq membantu Fara untuk cuba duduk.
"How are you feeling?" Soal Aniq kerisauan.
"I'm not feeling well" jawab Fara dengan nada yang sederhana.
"What happen to you actually? Macam mana boleh tiba tiba sakit ni?"
Fara berfikir sejenak sebelum menjawab pertanyaan Aniq ni. Tak tahu sama ada nak beritahu hal tadi yang sebenar ataupun tidak. Tapi dia sendiri tak tahu kenapa tiba tiba boleh sakit macam ni. Agaknya mungkin sakit terkejut dengan kehadiran Sharul yang tanpa diundang dan disangka sangka. Ingatkan nak terus lenyap tanpa kembali rupanya datang lagi cuba menagih kasih dari Fara.
Tu dia belum tahu yang Fara sudah berumah tangga. Kalau tahu? Habis lintang pukang semuanya. Aniq bagaimana? Akan okay ke?
"Fara..." lembut Aniq memanggil nama Fara sambil tangannya mengusap halus pipi Fara.
Fara angkat muka menghadap ke suaminya itu. Dengan wajah yang pucat, lesu dan tidak bermaya itu Fara cuba untuk mempamerkan senyuman yang ikhlas buat suaminya itu.
"Takde apa.." sambil tangannya menyentuh tangan Aniq yang berada di pipinya dan memegang erat tangan Aniq.
Dia jadi takut sekiranya Aniq meninggalkannya jika dia tahu tentang hal ini. Dia tidak mahu hal ini berlaku. Fara menyayangi Aniq.
Aniq dan Fara masing masing memandang ke pintu apabila terdengar pintu biliknya di ketuk.
"Masuk" arah Aniq.
Kelihatan Bik Yanti datang membawa dulang yang berisi segelas air putih dan semangkuk bubur nasi untuk isteri tuannya itu.
"Terima kasih Bik Yanti.." ucap Aniq setelah mengambil dulang itu pada Bik Yanti. Fara hanya tersenyum pucat.
Selepas Bik Yanti mampametkan diri untuk pulang Aniq menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami yang mithali.
"It's time to eat".
Fara hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali. Dia sungguh tak berselera langsung.
"You must eat!" Gesa Aniq lagi sambil tangannya sudah sedia untuk menyuap Fara yang hanya tinggal buka mulut saja untuk menelan bubur itu.
Fara segan sebenarnya Aniq mahu menyuapnya selain dari tak selera makan. Tapi setelah di paksa manja manja oleh Aniq akhirnya Fara merelakan bubur itu masuk ke dalam mulutnya.
Sedap memang sedap. Tapi dah kalau sakit semua benda yang masuk ke dalam mulut semuanya tawar belaka.
Aniq pula yang berasa teruja melihat Fara makan walhal dia tidak tahu perit Fara untuk menelannya.
"Nak pergi klinik tak?"
Fara menggelengkan kepalanya lagi sambil menelan air putih yang baru diteguknya sebentar tadi.
"No need lah. Biasanya kalau Fara sakit sekejap je. Tak makan ubat pun dah sihat." Tanggapan terhadap dirinya.
"Iyeke? Ke takut pergi klinik?" Aniq mula sakat.
"Eh mana ada. Betul." Fara cuba meyakinkan Aniq. Baginya ini cuma sakit biasanya. Dia rasa lega sikit sakit kepalanya semakin reda tidak macam tadi. Keberadaan Aniq di sini memulihkan kesakitannya. Cewah
Aniq hanya mengiyakannya dan senyum melihat telatah isterinya itu.
"Fara nak mandi nak solat asar."
"Eh boleh jalan ke?" Tanya Aniq setelah melihat Fara cuba untuk bangun dari katil.
"Boleh laa. Sakit kepala, bukan kaki.." Fara menafikannya padahal tadi sakit kepala sampai tak boleh nak jalan langsung.
Aniq mengendahkan alasan Fara itu dan terus memapah Fara untuk ke bilik air.
"Boleh ke mandi tu.." masih tak hilang hilang lagi kerisauan yang melanda diri Aniq.
"Boleh boleh.."
"Ke nak aku teman?" Aniq mula nakal!
Terbuntang mata Fara mendengarnya.
"Takpe tak payah. Okay je ni.." Fara menahan malu sendirian.
Dia masih ada rasa malu pada Aniq walaupun Aniq suaminya dan sudah beberapa bulan dia bergelar isteri Aniq. Lelaki yang dia tidak pernah sangka untuk menjadi sebahagian dalam hidupnya. Lelaki yang disangka akan menghancurkan hidup dia, masa depan dia walhal inilah lelaki yang bakal menghadiahkan kebahagiaan yang melanda hidupnya sekarang. Sungguh dahsyat perancangan Allah!
YOU ARE READING
Sanggupkah Aku?
RomanceFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...