Macam biasa tepat jam 6 pagi dia akan bangun untuk mandi bersihkan diri dan sebagainya.
Dia bingkas duduk dan memegang kakinya yang masih lagi berbalut tu. Haih.
Bila entah dia nak sihat. Dah tak sanggup nak jalan terkedek - kedek macam itik. Huh.
Baru saja dia mahu bangun. Dia perasan ada orang yang berada di sebelahnya.
Lekas dia pandang terkejut.
Mamat ni tidur sebelah aku ke malam tadi. Aku tak sedar apa - apa pun. Gumam Fara dalam hati.
Tak lama selepas itu dia menepuk dahinya sendiri.
Kau dah kahwin laa memang lah dia tidur sebelah kau. Aduh! Bentak Fara dalam hati.
Dia benar - benar lupa tentang hal ni. Bahaya betul la. Ingatkan peristiwa 3 tahun lepas terjadi lagi. Dia tak sanggup.
Dia memandang raut wajah Aniq. Memang diakui Aniq mempunyai raut wajah yang kacak. Bersih mukanya. Pasti ramai gadis yang mahu memilikinya.Entah dalam ramai - ramai gadis tu kenapa memilih dia. Mahu saja bertanya kan hal itu kepada Aniq. Tapi di biarkan saja.
Mungkin Aniq ada jawapan dia yang tersendiri.
Lantas terus dia ke bilik air untuk mandi tanpa di kejutkan Aniq. Biar lah dia tidur kejap. Nampak nyenyak saja tidur.
Seusai saja dia siap mandi dan berpakaian di dalam bilik air. Dia meneruskan langkah untuk keluar dari situ.
Hampir nak tercabut jantung dia dibuatnya.
Mana tak terkejut buka pintu ternampak kelibat lelaki yang betul - betul sedang berdiri di hadapan pintu. Ingatkan hantu mana tadi.
Dia mengurut - urut dadanya beberapa kali.
"Awak ni..terkejut lah saya.."
"Padan muka, siapa suruh tak kejut aku tidur. Ni pandai - pandai masuk bilik air sendiri kenapa, jatuh nanti macam mana.." bebel Aniq.
Berdesing telinga Fara di buatnya. Ingatkan perempuan je yang kuat bebel. Lelaki pun sama je. Lagi teruk adalah.
"Saya boleh sendiri..takpe.." ringkas Fara.
Aniq hanya mengendahkan saja apa yang Fara kata. Dia memang begitu. Konon boleh buat sendiri. Padahal tak. Inilah orang perempuan.
Lantas dia mengambil tangan Fara untuk memimpinnya berjalan menuju ke katil.
Selepas Fara duduk di atas katil, Aniq duduk di bawah untuk melihat kaki Fara. Dibelek sana di belek sini.
Lantas dia membuka balutan di tempat kaki Fara yang terseliuh itu.
"Kenapa bukak?" Soal Fara yang masih terpinga - pinga dengan tindakan Aniq.
Aniq hanya memandang Fara saja. Nanti dia tahu juga.
Dia bingkas bangun dan mencapai tuala. Tiba - tiba langkahnya terhenti.
"Kau duduk situ diam - diam, jangan turun dulu. Tunggu aku.."
"Pulak.." patutlah dia buka, tak bagi keluar dulu. Haih. Ada - ada sajalah dia ni.
******
Fara terdengar seperti pintu biliknya diketuk.
"Kak Fara..Azira ni.." suara Azira kedengaran di sebalik pintu.
Fara tersenyum sendiri mendengar suara Azira yang comel dan sedikit pelat itu. Hilang segala keresahan dalam hati.
"Masuk sayang.."
Azira melulu masuk dan terus peluk Fara. Rindu yang teramat sangat pada Kakaknya.
![](https://img.wattpad.com/cover/64205121-288-k532695.jpg)
YOU ARE READING
Sanggupkah Aku?
RomanceFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...