BAB 51

6.4K 155 4
                                    

Minggu yang ditunggu tunggu oleh Fara dan Mina telah tiba. Meneruskan perjalanan lagi sebagai seorang pelajar tahun akhir akan digalas dengan baik sekali.

Fara bergegas turun dari tangga rumahnya untuk ke bawah bersarapan bersama suaminya.

"Lambatnya siap. Tak lewat ke kelas ke?" Soal Aniq setelah melihat Fara duduk di atas kerusi di sebelahnya.

"Hehe. Taklah mana ada. Awal lagi. Baru pukul 7:00 pagi." Jawabnya sambil melihat jam di pergelangan tangannya.

"Oh kalau awal lagi kenapa siap cepat?" Soal Aniq mula curiga.

"Saja je takde buat apa pun. Rindu kawan kawan." Fara hanya berbasa basi sambil menyedukkan nasi goreng ke pinggan Aniq yang telah tersedia itu baru lah ke pinggannya. Baginya, suami didahulukan. Tujuannya untuk berjumpa dengan Mina saja. Biasalah perempuan.

"Okay..nak aku hantarkan ke apa?" Aniq masih menggelarkan aku pada Fara seperti biasa. Tetapi Fara tidak kisah. Baginya itu tidak penting. Yang penting Aniq menyayanginya.

"Eh takpayah laa. Kan dah bagitahu naik myvi je." Jawab Fara sambil menyuap sudu yang berisi nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Takpelah. Hari first day ni aku hantar. Okay?"

Tanpa bantahan dan tolakan Fara menurut perintah suaminya itu. Tapi esoknya Fara naik kereta sendiri dia tidak mahu menyusahkan Aniq. Masih banyak perkara yang perlu di selesaikan oleh Aniq. Dia tidak mahu menjadi bebenan Aniq.

Sampai saja di perkarangan kolej, macam biasa Fara akan bersalaman dengan Aniq sebagai tanda hormat. Belum sempat pun Fara keluar dari kereta, Aniq memanggilnya.

"Kenapa?" Soal Fara yang sedikit cuak itu. Rasanya dia dah buat apa yang patut.

"Iloveyou." Ujar Aniq seikhlas hatinya sambil mencium dahi Fara. Sungguh, dia mencintai Fara. Fara tersenyum.

"Iloveyou..too." Balas Fara sebelum keluar dari kereta. Lantas Aniq segera meninggalkan tempat tersebut.

Fara berjalan menuju ke kampus dengan perasaan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata kata. Dia rasa bahagia yang dia tidak pernah impikannya sebelum ini.

"Fara!!"

Langkah Fara terhenti seketika setelah mendengar namanya di panggil. Segera Fara menoleh ke belakang. Dari suara saja sudah tahu itu milik siapa.

Mina berlari anak ke arah Fara sambil tersengih sengih.

"Kenapa dengan kau ni?" Soal Fara setelah Mina berada di sebelahnya. yang cuak semacam melihat pe'el kawannya itu. Seram sejuk pun ada juga.

"Aku nampak tadi ehehehe" ujar Mina sambil tersengih lagi. Mereka berjalan beriringan menuju ke kelas.

"Nampak apa?" Fara kebingungan.

Mina mengangkat kening kirinya. Membuatkan Fara semakin bingung dan penuh dengan tanda tanya.

"Elelelelele..tu..tadi tu..dalam kereta tu pe citeeee.." Mina mula membuka cerita.

"Ohh..hahahahaha kau nampak ke?" Tanda tanya yang bermain di fikiran Fara terbongkar akhirnya.

"Laaa kan dah cakap nampak tadi."

"Semuanya?" Soal Fara lagi.

"Yess. Dari mulaaaa sampaiiiiii hujung hahahahaha."

"Wehhhhh malu laaaa" Fara menahan malu pasti lepas ni kena bahan teruk dengan sahabatnya ini.

"Hahahahaha apasal nak malu pulaaaakk. Biasalah tu laki bini." Ujar Mina dengan selambanya. Dia tak sengaja pun nampak dah kebetulan. Rezeki namanya.

"Banyak laa kau punya laki bini. Eh tapi kan kau dari mana? Macam mana boleh nampak?" Fara mula kebingungan lagi.

"Come on laa ni Mina kot. Semua benda ada dalam tangan je. Eh tapi korang sweet tau tadi. I swear. Eeii nak kawin laa macam ni."

"Nak kawin ada calon dah ke?" Soal Fara. Asyik Mina je yang tahu kisah mengenai hidupnya. Dia sendiri tidak tahu mengenai kisah hidup sahabatnya itu.

"Itulah pasal. Nak kawin tapi takde calon. Lain laa kau. Takde calon pun tup tup dah kawin."

"Takdir aku macam ni weh. Aku dah redha sehabis yang mungkin..." ayat pasrah Fara.

"Mungkin sebab kau redha laa Allah beri kebahagiaan pada kau. Aku doa kan kau bahagia sampai bila bila.." Doa Mina pada sahabatnya itu sambil langkah mereka terhenti.

"Aku pun selalu doakan kau juga. Biar cepat dapat calon pastu kawin. Itu yang kau nak en.." usik Fara. Mereka tertawa kecil.

"Dah bahagia ni so..cepat laa aku dapat anak buah ni. Haish tak sabarnya weh nak tunggu Aniq&Fara Junior."

"Eh engkau ni fikir ke situ pula. Lama lagi laaa." Fara memberi alasan. Dia seperti Aniq belum terlintas di fikirannya untuk mempunyai anak. Tapi kalau rezeki awal pun apa salahnya.

"Kau rancang ke apa?" Soalan mendadak dari Mina.

"Eh mana adalah. Pandai pandai je." Fara menidakkannya. Fara memegang prinsip kalau ada, adalah. Kalau belum ada lagi, selagi boleh usaha..usaha. Kita serahkan semuanya pada Allah. Sungguh, kita hanya merancang tapi tuhan yang tentukannya.

Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Semuanya baik dan berjalan seperti biasa. Aniq dan Fara juga melalui hari, minggu dan bulan seperti biasa. Bahagia macam selalu seperti suami isteri yang lain.

Sampai laa masa dan waktu yang amat memeranjatkan Fara akan berlaku. Lelaki yang tidak pernah di cintainya datang kembali dengan membawa harapan.

Mina bergegas berlari untuk mendapatkan Fara yang berada di dalam kelas sementara menunggu kehadiran pensyarah yang bakal tiba tidak lama lagi.

Setelah masuk ke dalam kelas Mina terus mengambil tempat di sebelah Fara. Nafasnya tercungap cungap bagaikan baru lepas dikejar anjing yang liar.

"Kau asal ni Mina? Nampak hantu ke?" Soal Fara yang kerisauan melihat sahabatnya itu.

"Tak...tak..ni lagi teruk dari hantu?" Jawab Mina yang masih tercungap cungap.

"Maksud kau apa?" Sungguh Fara tidak faham langsung. Lagi teruk dari hantu? Apadia? Dikejar haiwan liar itu mengarut sebab mana ada haiwan liar di kawasan kolej. Mustahil.

Mina menarik nafas panjang sebelum dia memulakan cerita. Asalnya dia sudah tiba ke kelas dari awal sebelum Fara. Tiba tiba perutnya berasa sakit dan segera bergegas ke bilik air dengan seorang diri. Apabila selesai membuang segala hajat yang telah tersimpan lama Mina segera kembali ke kelas.

Dalam perjalanan ke kelas Mina dari jauh terlihat Sharul yang sedang melambai kepadanya dan sedang menuju ke arahnya.

"Omaigod." Ayat terakhir Mina sebelum lari untuk menyelamatkan diri. Dalam fikirannya tidak fikir apa langsung. Cuma ingin memberitahu Fara saja. Niatnya lari dari Sharul pun pasti Sharul akan bertanyakan macam macam soalan padanya. Baik bagitahu Fara dahulu sebelum terlambat.

"Sha..Sharul is back.."

"Whatt??" Fara agak terkejut dengan berita yang di sampaikan oleh Mina itu. Lelaki yang telah hilang berbulan bulan kian datang menjelma dalam hidupnya. Lelaki yang dianggap kawan baiknya sendiri rupanya menyimpan perasaan terhadap dirinya dan pernah mengasarinya juga.

"Faraa...."

Suara itu...amat jelas kedengaran ditelinganya sekali. Sudah sekian lama dia tidak mendengar suara itu. Dia langsung tidak merindui lelaki itu. Malah berharap lelaki itu terus lenyap selama lamanya tapi sebaliknya...

Jantung berdegup kencang. Berat sekali kepalanya untuk menoleh ke arah lelaki itu. Lelaki yang menunggunya di hadapan pintu kelasnya. Fara amat berharap pensyarah itu segera datang dan bakal menamatkan drama tak masuk akal ni..

Sanggupkah Aku?Where stories live. Discover now