Mahu atau tidak mahu Fara terpaksa untuk menolehnya. Dilihat lelaki itu amat berbeza dari dulu hingga sekarang. Yang sama mungkin hatinya. Entahlaa dia sendiri tidak tahu.
Fara dikejutkan dengan jeritan salah seorang rakan sekelasnya.
"Guys. Class cancel"
Hampir ternganga Fara dibuatnya. Apa yang di harapkan tidak menjadi kenyataan malah malang sungguh nasibnya. Ramai yang berpusu keluar dari kelas sementara Fara dan Mina masih duduk di bangku kelas itu. Fara dan Mina saling berpandangan dan masing masing menelan air liur.
Selesai semua pelajar keluar dari kelas yang hanya tinggal Fara dan Mina yang masih duduk tercengang. Sharul meneruskan langkah mendekati mereka berdua dan berdiri di sebelah Mina.
Sharul merenung ke arah Fara yang tidak langsung memandangnya. Mungkin kerana tidak sudi. Tidak mengapa. Dia sekadar hanya ingin melepaskan rindu yang telah lama terpendam dalam hati.
"Fara..I just want to talk to you.." Sharul mengatur ayat untuk bercakap dengan Fara.
"Okay..I should leave..now.." Mina meminta izin untuk mengundur diri. Dan belum sempat pun untuk bangun Fara memegang erat tangan Mina sebagai tanda jangan tinggalkan dia berdua dengan Sharul. Bukan apa, dia cuma tak mahu pisang berbuah dua kali.
"Okay.." Sharul akur dan duduk di hadapan Fara tanpa di suruh oleh Fara. Haish tak reti malu langsung. Adab mana adab? Dah lah datang tak diundang. Duduk tak dijemput. Err
"Kau nak apa?" Soal Fara serius. Dia mengharapkan perbualan ini akan segera tamat. Tak betah untuk dia lama lama di sini.
"Kau marah aku lagi ke?" Tanya Sharul dengan nada yang sedikit sedih dan kecewa.
"Tak. Aku tak marah kau langsung."
"Habistu cara kau bercakap dengan aku seolah olah kau masih marah dengan aku.." Luahan hati Sharul pada Fara.
"Kalau aku cakap tak marah tu..tak marah laa. Dah lah kami nak balik." Lama lama geram juga Fara dibuatnya. Fara bangun dari kerusi dan diikuti dengan Mina dan segera mahu keluar dari tempat duduk tetapi Sharul sempat untuk menghalangnya daripada mereka pergi.
"Aku masih sayang kau, Fara." Luah Sharul yang masih mengharapkan harapan. Mina yang mula tidak selesa dengan situasi ini. Entah kenapa dia berasa kekok. Seandainya pagi tadi dia tak sakit perut pasti Sharul tidak akan mengikutnya dari belakang. Boleh tahan laju juga laa mamat ni.
"Aku anggap kau macam kawan. Sayang aku pun pada kau sayang sebagai seorang kawan. Kita dah kawan lama. Tolong laa faham.." rayu Fara.
"Faham laa aku juga.." pinta Sharul dengan nada yang sedih dan merayu.
"Kau nak aku faham macam mana? Perasaan ni tak boleh dipaksa paksa. Aku dah banyak kali cakap. Aku tak pernah cintakan kau langsung. Tak pernah. Faham tak?" Walaupun dalam keadaan marah Fara bijak untuk mengawal suaranya dengan baik.
"Aku..aku tak tahu nak cakap apa lagi..yang aku tahu aku cuma sayangkan kau. Perasaan ni tak akan berubah sampai bila bila. Selagi aku ada masa aku akan cuba untuk rebut hati kau."
"Lantak kau laa. Sekarang aku nak balik.." pinta Fara rimas dengan sikap Sharul ni. Kepalanya sudah mula pening dan sakit. Fara menarik tangan Mina dan segera melepasi Sharul. Meninggalkan Sharul yang masih rasa kecewa dan sakit hati dengan apa yang dikata oleh Fara.
YOU ARE READING
Sanggupkah Aku?
RomanceFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...