Bab 58

6.1K 158 9
                                    

Aniq yang menghantar, Aniq jugalah yang mengambil Fara. Niatnya mahu meminta tolong Nina untuk menghantar pulang ke rumah, tetapi Aniq yang sungguh sungguh mahu mengambilnya. Alahai terlebih manja pula.

"So..macam mana hari ni? Ada apa apa yang berlaku tak?" Soal Aniq yang sengaja memancing Fara. Padahal dah tahu dah apa yang berlaku.

Fara sedikit mengeluh. Lantas dia memandang Aniq.

"Dia ada datang tadi..jumpa Fara lagi.."

"Oh lepastu? Dia nak apa sebenarnya?" Aniq cuba memancing lagi.

"Entah lah dia tu. Berbuih dah cakap jangan ganggu Fara, tapi dia ganggu juga.." rungut Fara

"Kau cakap tak yang kau dah kawin?" Soalan cepumas

"Dah cakap dah. Entah lah dia tu.." Fara pun tak tahu nak cerita macam mana. Dia memicit kepalanya yang sedang berdenyut itu.

"Kau asal ni?" Aniq mula risau. Muka Fara di hadapkan di hadapannya. Dia meneliti wajah ayu Fara itu. Pucat.

"Kau sakit ke?"

"Pening sikit lah.."

"Kita pergi klinik lah.." cadang Aniq.

Fara menggelengkan kepalanya.

"Tak nak lah. Fara tak cukup tidur kot. Balik nanti Fara tidur japgi okay lah.." ujarnya lembut  memandang Aniq. Baginya dia cuma sakit kepala biasa je. Mungkin kerana terlalu memikirkan pasal Sharul sangat.

Aniq pula rasa tak sedap hati. Sejak kebelakangan ni Fara sering sakit kepala. Dia ni ada sakit apa apa ke sampai tak nak bagitahu aku?

Aniq hanya mengikutkan saja menghantar Fara ke rumah.

Sampai saja di rumah, Aniq membawa Fara ke bilik. Fara duduk di birai katil mahu membuka tudung dan dibantu oleh Aniq.

"Fara okay ni. Awak pergi lah kerja."

"Tak nak lah. Aku nak jaga kau." Selamba Aniq berkata begitu sambil bermain dengan rambut Fara.

Dia tidak tahu kenapa, sejak kebelakangan ini dia sentiasa mahu Fara di sisinya.

"Awakkan banyak kerja.."

"Tak banyak pun.." Aniq masih leka bermain dengan rambut tepi Fara. Apa yang seronok pun tak tau.

Sebelum mereka masuk ke bilik tadi sempat lagi Aniq memesan pada Bik Sari supaya buatkan bubur untuk Fara.

Bik Sari mengetuk pintu bilik mereka berkali kali tetapi tiada yang menyahut pun. Pintu dikuak sedikit, Bik Sari melihat Aniq dan Fara sedang tidur.

Bik Sari terus meletakkan bubur itu di meja kecik berdekatan sebelah katil mereka dan terus meluru keluar kerana tidak mahu mereka terjaga.

Fara nyenyak tidur di lengan Aniq dalam keadaan mengiring. Begitu juga dengan Aniq. Muka Aniq pada ubun ubun Fara. Masing masing nyenyak tidur tak sedar apa.

Sharul jadi tak tentu hala. Siapa yang cuba mengugutnya tadi? Takkan Fara pasang bodyguard kot. Mustahil. Pelbagai persoalan yang bermain di kepalanya. Dia hanya duduk sendiri di dalam kereta. Takut terjadinya seperti tadi. Aku nakkan kepastian dari Fara.

Sanggupkah Aku?Where stories live. Discover now