Bab 60

6.6K 152 0
                                    

Fara tekun melihat Aniq yang seperti nak atau tak nak je menelan kuah laksa itu. Aniq berada di hadapannya. Mereka duduk bertentangan.

"Cepatlah rasa. Sedap tau."

"Mana kau tahu sedap, kau rasa pun belum lagi." Bebel Aniq. Sudu laksa itu masih berada dipegang oleh dia.

Fara menghiraukan apa yang di bebel oleh Aniq itu. Dia tak peduli pun. Yang penting Aniq rasa dan makan laksa yang berada di hadapannya itu.

"Cepatlah masuk mulut.." arah Fara lagi.

Akhirnya Aniq mengalah juga, dia menghirup kuah laksa itu perlahan lahan.

"Sedap tak?" Fara menantikan jawapan dari Aniq itu. Bersungguh sungguh dia tunggu. Dia masih belum menyentuh laksa yang berada di hadapannya itu.

"Boleh lah. Not bad."

Walaupun jawapan Aniq biasa biasa je tetapi Fara tetap mengukir senyuman yang manis pada Aniq itu kerana telah berjaya menghirup kuah laksa itu. Walaupun nampak mengarut, ah peduli apa dia.

Kini barulah Fara pula yang menjamu laksa itu dengan seleranya. Bik Sari memang power bab bab masakan ini.

***

Petang tu, Mina pergi ke pusat membeli belah seorang diri. Selalunya ada Fara yang sering menemaninya tetapi dek kerana Fara ada hal dia pergi dengan sendirinya.

Sedang dia berjalan seorang diri, dia dipanggil oleh seseorang dari belakang.

"Mina.."

Mina menoleh dengan perasaan yang cuak walaupun dia kenal dengan suara itu.

"Oh..Sharul.." Mina pura pura terkejut

"Kau nak apa? Sorry eh. Tapi Fara takde kat sini." Sambung Mina lagi.

"Aku tahu..aku datang sini cari kau. Bukan Fara.."

Mina agak terkejut dengan pengakuan Sharul itu. Serius ke cari aku? Ke mamat ni dah tukar selera. Oh minta simpang.

Mina bersetuju bila Sharul mengajaknya minum di sebuah restoran berdekatan. Ada hal nak dibincangkan. Tapi Mina sentiasa berhati hati. Mamat ni bukan boleh percaya langsung. Dah lah desperate.

"Haa nak cakap apa?" Mina mula bersuara apabila selesai saja memesan segelas air fresh orange manakala Sharul memesan jus tembikai.

"Err aku nak tanya satu benda ni." Sharul sedikit ragu ragu. Dia dah tak tahu nak buat apa. Nak cerita dengan siapa. Mina jelah satu satunya harapan yang dia ada. Fara? Hmm

"Tanya jelah."

"Pasal Fara?"

"Okay kenapa dengan Fara?" Mina mula bertanya lagi.

Sharul berhenti dahulu kerana memberi peluang kepada pelayan yang datang membawa air yang mereka pesan tadi.

"Fara ada upah mana mana orang ugut aku ke?"

Tersembur air yang diminum oleh Mina itu. Mina memandang Sharul yang agak terkejut dan terus ketawa tanpa memikirkan Sharul yang masih terpinga pinga.

"Soalan apa kau tanya aku ni weh?"

"Aku serius ni.."

Mina berhenti ketawa dan mula memandang Sharul dengan riak wajah yang serius juga.

"Aku pun serius. Okay, apa yang membuatkan kau tanya soalan macam ni kat aku?"

Sharul menceritakan semuanya yang telah terjadi pada Mina tanpa ragu ragu.

"Haritu masa aku nak join korang berborak pun dorang datang lagi. Aku ingat sekali dua je. Cuak memang cuak. Tapi sekarang dah main main pasal syarikat parents aku. Aku anggap ni betul betul serius." Sambung Sharul lagi.

"Jap. Syarikat? Kaitan?"

"Mula mula aku tak faham gak. Tapi bila siasat..." Sharul terhenti seketika. Dia memandang raut wajah Mina yang sungguh sungguh mahu mendengar luahan hatinya itu. Tak dinafikan, Mina ni manis juga orangnya.

Sempat lagi Sharul memujinya.

"Fara tu kahwin dengan orang kaya jugak eh..I mean, lebih kaya dari aku."

Mina tersenyum sendiri dan menyandarkan badannya pada kerusi tempat duduknya.

"Fara tak pandang pun semua itu. Kaya ke, tak kaya ke, sama je. Dia cuma nak kebahagiaan."

"Habis tu kau nak kata aku tak mampu nak bahagiakan dia lah?"

"Bukan macam tu. Dah kalau kau paksa paksa dia nak kahwin dengan kau, kau ingat dia suka ke? Belum kahwin lagi dah paksa paksa, lepas kahwin nanti? Lepastu kau pernah bertindak kasar kan dengan dia?" Mina berterus terang.

Sharul menunduk ke bawah. Dia tak tahu nak cakap apa lagi. Pada Mina, pasti ini kerja Aniq.

"Okay aku nak tanya satu benda ni.." soal Mina yang melihat Sharul hanya mendiamkan diri.

"Tanya lah." Lembut suara Sharul itu.

"Mana kau tahu semua ni?"

"Orang tu ugut aku, kalau aku terus kacau Fara, dia takkan teragak agak nak gagalkan permohonan yang syarikat parents aku mohon. So kalau tak lulus, dah takde tender lah. Aku kena balik Australia balik. Mungkin dah tak balik sini lah kot." Cerita Sharul panjang lebar.

Senangnya kerja Aniq ni. Orang kaya ni senang je guna syarikat pasti dah mengalah. Mina berfikiran begitu.

"Kau pernah jumpa dengan Aniq ke?"

"Aniq mana ni?" Soal Sharul balik.

Mina terlupa sesuatu. Pasti Sharul tidak tahu.

"Oh. Suami Fara?"

Sharul menggelengkan kepalanya. Fikir Mina, mungkin Sharul berjumpa dengan orang suruhan Aniq. Sharul masih lagi belum berjumpa dengan orang yang telah merebut cinta hatinya. Cewah.

Tapi tak payah jumpa pun takpe. Kalau nak selamat la. Itu pun kira baik lagi lah Aniq tak buat yang bukan bukan.

"Fara bahagia ke dengan suaminya?"

"Mestilah bahagia. Kau nampak dia ada lebam lebam ke?" Ni sebenarnya Mina sedang memerli Sharul.

Oh mestilah Sharul terasa. Walaupun bukan lebam tapi sakit pergelangan tangan Fara. Fara ada cerita dengannya hari tu.

"So, apa plan kau sekarang?"

"Tolong bawa aku senyap senyap jumpa Fara.."

Terbuntang mata Mina bila mendengarnya. Aku tak salah dengar rasanya. Perkataan tolong tu...tak tahu nak tolong ke tak.

Kalau tolong, aku pula yang rasa makan kawan nanti. Apa pula kata Fara nanti.

Kalau tak tolong, macam mana? Takkan nak tolak mentah mentah.

Mina masih bingung dengan situasi ini.

Sanggupkah Aku?Where stories live. Discover now