"Nak saya tolong apa - apa tak?" Ujar Fara ketika sedang mendekati pembantu - pembantu rumah yang kelihatan sungguh sibuk.
"Eh takpe puan.." kata salah sorang pembantu rumah tersebut yang bernama Bik Yanti.
"Panggil saya Fara je." Dia bukan tak selesa dipanggil Puan. Cuma orang yang sedang bercakap dengan dia ni lebih tua daripada dia.
"Takpe. Nanti tuan marah." Dia cuma mengikut arahan saja. Yalah. Dah dia panggil Aniq tuan. Takkan nak panggil bakal isterinya nama dia pula. Tak ngam la.
"Okay la kalau macam tu.." Fara akur. Orang disini amat menghormati Aniq.
"Oh yaa..Puan Fara boleh panggil saya Bik Yanti, yang disebelah saya ni Bik Ina, sebelahnya lagi ni Bik Sari." Satu per satu diperkenalkan oleh Bik Yanti pada Fara tentang rakan sekerjanya. Memandangkan Fara akan menjadi madam besar di rumah ni dia harus kenal semua pekerjanya.
Mereka mengaturkan senyum tanda mereka peramah orangnya. Mereka tidak mahu Fara tidak selesa berada di sini. Seperti apa yang Tuan mereka katakan sebelum kedatangan Fara ke sini.
Fara membalas senyuman mereka.
"Puan umur berapa? Nampak muda." Bik Yanti bertanya soalan pada Fara. Dia sudah mula menyukai pada Fara. Pada perwatakan Fara yang peramah dan tidak sombong. Sebab Tuan mereka bukan calang - calang orang.
Dia seorang ahli perniagaan yang berjaya dan terkenal. Mempunyai beberapa cawangan perhotelan di dalam dan juga luar negara. Juga mempunyai beberapa resort yang terkemuka.
"Saya baru umur 21 tahun.." ujar Fara sambil tersenyum sambil tangannya ligat mambantu apa yang patut. Dia jadi kurang selesa apabila tidak berbuat apa - apa sedangkan ini majlis dia.
"Oh..Bik Yanti pun ada anak sebaya Fara juga." Ujarnya menceritakan sedikit tentang hidupnya.
Fara mengangguk tanda faham.
"Lelaki ke perempuan?" Soal Fara.
"Perempuan..." ringkas Bik Yanti. Tangannya tak berhenti - henti bergerak. Siap satu kerja. Buat kerja yang lain.
Fara memasukkan bunga telur serta makanan ringan ke dalam beg kecil. Mungkin bakal diagihkan pada tetamu yang akan datang nanti.
Sebut pasal tetamu. Dia sendiri tak tahu pun siapa yang datang sebagai tetamu. Dia tak kenal sesiapun lagi dekat sini kecuali pembantu rumah Aniq. Tu pun baru kenal hari ni.
Entah abang tirinya ada dekat sini ke tak. Dia jadi rindu pada Abang Amin. Dia tetap abang pada Fara. Yang entah sekarang di mana disembunyikan mamat ni. Penuh dengan kejutan dan tanda tanya.
"Bik Yanti dah lama kerja dekat sini?" Ujar Fara. Saja mahu bercerita.
"Dah lama dah. Sejak arwah Tan Sri dan Puan Sri ada lagi."
"Oh.." hanya itu yang Fara luahkan.
Keadaan di sekelilingnya agak busy. Tiba - tiba dia tergelak kecil melihat gelagat konco - konco Aniq yang bersusah payah turut serta dalam majlis dia sehari lagi. Saling bekerjasama antara satu sama lain.
Aniq menuruni tangga. Matanya juga meliar mencari Fara. Oh lupa.. Dia melihat Fara yang sedang duduk di sebelah pembantu rumahnya ligat membuat sesuatu kerja sambil berbual - bual.
Entah apa yang sedang di borak pun dia sendiri tidak tahu.
"Fara.." ujar Aniq dengan nada yang agak dingin.
Fara menoleh ke belakang memandang Aniq yang sedang berdiri.
"Aku nak keluar kejap.."
Fara hanya diam serta mengangkat keningnya sebelah kiri tanda aku peduli apa kau nak keluar ke tak. Ha ha ha.
Lama mereka berpandangan.
Aniq mengenyitkan mata kanannya pada Fara dan tersenyum nakal.
Fara malu. Nasib baik Bik Yanti dan orang sekelilingnya tidak sedar tindakan drastik Aniq terhadap dirinya.
Fara menunjukkan penumbuknya pada Aniq dan buat muka geram.
Aniq tergelak kecil dan berlalu pergi sebelum memanggil seorang konconya untuk ikut bersama dia.
Dia suka melihat muka Fara yang sedang geram pada dia. Hatinya sudah tertambat sungguh pada Fara. Mungkin sudah tertutup pintu hatinya buat mana - mana gadis. Hanya Fara hatinya akan sentiasa terbuka.
"Tuan memang macam tu.." ujar Bik Sari yang sebenarnya dia perasan tindakan Aniq terhadap Fara.
Fara jadi segan.
"Haa...macam mana?" Soal Fara pura - pura tidak faham dengan ayat Bik Sari.
Bik Sari tersenyum.
"Agak kasar. Tapi penyayang orangnya...tapi.." sengaja menggantung kan ayat.
"Tapi apa..?" Tanya Fara dengan penuh kepastian dan tanda tanya.
Bik Sari tersenyum lagi.
"Tapi bila dia marah..tak ingat dunia." Ujar Bik Sari.
Fara mula menelan air liur.
"Puan jangan risau. Kalau tengok dari segi gayanya, nampak yang dia sayang sangat dengan Puan.." ujarnya lagi. Dia faham sangat gelagat anak muda sekarang. Apa orang tua kata makan garam dulu. Yelah. Dia dulu pun pernah muda juga. Jatuh cinta.
Sayang? What? Ini pun kena kahwin paksa tau. Aku ni dijadikan mangsa keadaan. Sebab nak tolong Abang Amin langsaikan hutang. Fara mengeluh dalam hati.
Fara cuma mampu tersengih - sengih macam kerang busuk. Huh! Hipokrit sungguh.
Persiapan yang dilakukan hampir siap. Mungkin dalam 70% - 80%. Mungkin la. Jam menunjukkan pukul 2 petang. Sudah masuk waktu zohor.
"Bik Ina. Tumpang tanya mana bilik saya eh? Saya nak solat kejap.." tanya Fara.
"Oh..sini Bik Ina tunjukkan.." ujar Bik Ina lalu menunjukkan bilik Fara yang berada di tingkat 3 atas sekali.
Agak lenguh jugaklah berjalan. Tak ada lift ke. Huhu.
Matanya melilau memerhatikan sekeliling yang berada di rumah itu. Sangat - sangat cantikkkkkkk. Cantik tak terkata.
"Ha..ni bilik Puan." Ujar Bik Ina sambil menunjukkan bilik Fara.
"Terima kasih.."
YOU ARE READING
Sanggupkah Aku?
RomanceFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...