Bab 63

6.5K 163 3
                                    

Malam itu juga Aniq pergi mencari Fara. Dia hanya pergi sendirian. Dia cukup marah pada konco konconya itu. Di sebabkan mereka lah rumah tangganya begini.

Aniq masih lagi menyalahkan orang lain. Dia tidak menyalahkan diri sendiri atas pemergian Fara.

Aniq memusingkan stereng keretanya kejap ke kiri, kejap ke kanan. Dia tiada hala tuju untuk mencari Fara.

Dalam duk leka, dia teringat sesuatu. Satu satunya harta yang Fara ada. Peninggalan abang Fara dulu. Lantas, Aniq terus menuju ke tempat itu.

Sampai saja di perkarangan rumah itu. Hambar pada Aniq. Rumah itu kosong. Kereta pun tiada.

Rumah yang dulu pernah di diami oleh Fara sswaktu ketika belum berkahwin dengannya.

Bayangan Fara mula menerpa di kotak fikirannya. Masih teringat mekar peristiwa peristiwa kecil yang ada di sini bersama dengan Fara.

Ya, dia merindui Fara. Rindu yang terlalu rindu. Aniq menangisi seorang diri di dalam kereta.

Maafkan aku.

Aku sayang kau.

Aku tak boleh tak ada kau.

Sayang balik lah.

Rintih Aniq sendiri. Dia menyesali apa yang telah terjadi ini. Sangat sangat menyesal. Seadainya masa boleh di putar semula, dia benar benar ingin memutarkan balik waktu kejadian itu. Dia takkan serang dan menuduh Fara yang bukan bukan. Dia terlalu emo dan cemburu.

Sayang Fara, kat mana?

Balik lah.

Aku rindu.

Tanpa di sedari, Aniq tertidur di situ. Di dalam keretany sendiri dan di depan rumah Fara.

Aniq terjaga. Dia memandang sekeliling. Keadaan masih lagi sama. Rumah itu kosong. Dan tiada kereta Fara. Matahari sudah lama terpacak di awan. Aniq tidak sedar langsung. Dia benar benar penat, letih dek kerana menangisi Fara yang hilang entah ke mana.

Aniq menyadarkan badannya di tempat duduknya itu. Dia memejamkan mata untuk seketika.

Alangkah indah dan gembiranya dia jika matanya terbuka Fara telah muncul di depannya itu. Tetapi itu sangat sangat mustahil.

Dalam rasa berdebar, dia membuka matanya perlahan lahan. Hambar. Situasi masih lagi sama. Hanya terdapat penduduk sini yang keluar bekerja dan kereta lalu lalang.

Dia? Masih mencari kelibat Fara. Kerjanya di pejabat masih tunggang langgang. Tapi dia tidak peduli semua itu. Dia cuma mahu Fara pulang ke sisinya seperti dulu.

Aniq membuat keputusan untuk pulang ke rumah bagi membersihkan diri dan berehat sebentar sebelum pergi lagi mencari Fara.

Sampai saja di rumah, Aniq berjalan dengan longlai dan muka sembab dek kerana menangis terlalu lama.

"Tuan pergi mana malam tadi? Tuan tak balik langsung.."

Kata kata Bik Sari itu Aniq tidak peduli langsung. Seperti masuk ke telinga kanan, keluar telinga kiri.

"Tuan nak makan apa apa ke?" Soal Bik   Yanti pula.

Aniq hanya menggelengkan kepalanya saja lantas terus naik ke bilik.

Selera makannya mati begitu saja. Mungkin kalau ada Fara, selera makannya akan naik semula.

Selepas mandi, Aniq terus naik ke katilnya. Bantal yang selalu menjadi tempat kepalanya Fara diambil lalu di peluk dan dikucup sendiri.

Air matanya membasahi bantal Fara itu. Teresak esak dia dibuatnya seorang diri.

Dia tak tahu nak tanggung rindu ni macam mana lagi. Boleh jadi gila kalau lama lama begini.

Aniq tersedar pada waktu magrib. Dia duduk di katil itu. Memandang jam di skrin talifonnya, 7:30 pm.

Aniq tak tahu nak buat apa dah. Dia terpandang sejadah dan tersusun di rak itu. Di pandang lama lama.

Rasanya dia sudah lama tidak bersujud kepada tuhannya semenjak Fara tiada. Mungkin ini juga satu petanda buat dirinya.

Lantas Aniq ke bilik air bagi membersihkan diri dan mengambil wuduk.

Selesai itu, dia terus solat magrib. Dirinya masih di bayangi Fara menjadi makmumnya.

Aniq mengangkat tangan berdoa kepada Allah supanya memulangkan balik isteri tercintanya itu. Dia tidak sanggup kehilangannya.

Aku janji, aku akan menjaga dirinya lebih dari aku menjaga diri aku sendiri. Berilah petunjukmu Ya Allah.

Aku tidak layak untuk memohon sesuatu padaMu, tapi bantulah hambuMu ini.

Berjurai jurai air matanya mengalir di pipi.

Terasa hina dan kerdil diri ini Ya Allah. Ampunkan aku.

Selesai solat isyak, Aniq keluar dari rumah lagi untuk mencari Fara. Entah dia langsung tiada hala tuju mencari isterinya. Takde idea. Takde clue. Mana lagi Fara nak pergi selain dari rumahnya itu.

Aniq berhenti lagi di depan rumah Fara itu. Masih lagi kosong, seperti tiada apa apa yang berlaku langsung. Dan Aniq tertidur lagi.

Aniq dikejutkan dengan terdengar ketukan di tingkap cermin keretanya. Perlahan lahan dia mengesat matanya itu sebelum dibuka cermin tingkapnya.

"Ada apa ye encik.." soal Aniq.

Mulanya dia agak terperanjat jugaklah, ingatkan jais ke apa. Rupanya sepasang suami isteri yang berusia dalam lingkungan 50 an datang mengejutnya kerana sekarang waktu subuh.

"Maaf menggangu ya nak. Pakcik dengan makcik ni ternampak kamu yang tengah tidur dalam kereta sendiri sejak kebelakangan ini.." cerita pakcik itu.

Aniq terkejut, rupanya ada yang menyedari kehadirannya di sini.

"Mintak maaf ya pakcik, makcik. Saya terlelap.."

"Tak mengapa. Jemputlah ke rumah kami.." pelawa pakcik dan makcik itu.

Aniq tidak sampai hati menolak, lalu diikutkan saja. Aniq menumpang solat subuh di rumah mereka.

Rupanya pakcik dan makcik ini hanya jiran Fara je. Sebelah rumah.

Aniq di jamu sarapan roti oleh tuan rumah itu di ruang tamu.

"Minta maaflah, roti je mampu.." ujar lembut makcik itu.

"Eh takpe makcik, ini pun dah cukup.."

"Nama pakcik ni Aman, panggil Pak Man je. Ni isterinya pakcik, Mak Mah." Pak Man memperkenalkan dirinya dan juga isterinya itu.

"Nama anak ni siapa?" Soal Pak Man

"Nama saya Aniq." Jawab ringkas dari Aniq.

"Minta maaflah, Pak Man dengan Mak Mah ni bukan nak menyibuk, tapi dah 2 hari kamu ke mari, siap tertidur lagi. Ada cari siapa siapa ke? Atau sesat?" Soal Pak Man lagi.

Aniq sudah agak, dia pasti bakal ditanya dengan soalan cepumas begini. Berat hatinya mahu bercerita tapi tak sampai hati pula.

Lagipun dia tiada tempat nak mengadu nak meluah. Pak Man dan Mak Mah kelihatan seperti boleh dipercayai.

Aniq menceritakan segala galanya apa yang telah berlaku pada dirinya, pada isterinya itu. Lengkap dari A sampai Z.

Tak kisahlah sampai menangis sekalipun, bukti kasih dan cintanya pada Fara. Dia tak kisah menanggung malu. Dia hanya mahu Fara kembali padanya seperti sedia kala.

Walaupun hanya meluah pada Pak Man dan Mak Mah tidak mampu mengembalikan Fara, sekurang kurangnya dapat melegakan hati yang sedang kacau bilau ini.

Mana lah tahu, Pak Man dan juga Mak Mah boleh membantu dan mengurangkan bebannya sedikit.

Sanggupkah Aku?Where stories live. Discover now