BAB 8

8.1K 204 3
                                    

   "Kau dah dapat tangkap belum budak Amin tu?." Tanya seseorang yang sedang bercakap dengan orang suruhannya.

   "Dah bos" jawab orang yang didalam panggilan tu.

   "Bawa tempat biasa" jawabnya ringkas.

*******

   Hari yang dinantikan oleh Sharul telah tiba. Awal - awal lagi dia dah terpacak menunggu kehadiran bidadarinya datang menemuninya. Bahagia rasanya.

Tapi bagi Fara pula, hari yang nak taknak kena hadap juga. Dia mesti meluahkan isi hatinya juga. Rasa malas saja rasanya. Fara berjalan ke kafe seperti yang telah dijanjikan.

Berat sungguh kakinya untuk berjalan melangkah demi selangkah. Fara hanya senyum biasa apabila dia melihat susuk tubuh yang sedang melambai kearahnya. Yaaa Sharul. Haihh

   "Lama sampai?." Tanya Fara setelah dia duduk di kerusi dan untuk menghidupkan suasana.

   "Baru je." Tipu Sharul yang sebenarnya awal - awal lagi sudah sampai dek kerana excited berjumpa dengan Fara.

   "Oh...." hanya perkataan tu yang keluar dari mulut Fara. Dia rasa kekok pula berdua dengan Sharul. Sebelum ni okay je. Takde masalah pun. Yang lagi dia rimas bila Sharul sedang khusyuk memandang tepat ke muka nya. Terpaksa Fara pura - pura pandang tempat lain.

   "Arul..." Panggilan nama tu buat Sharul kembali ke realiti setelah lama dia memandang wajah ayu Fara. Dia dapat rasa kan yang Fara amat - amat tak selesa dengan tindakan dia. Tapi dia peduli apa. Dia rindu Fara.

   Segera Sharul berkata "Yess Fara."

   "kau serius ke dengan apa yang kau cakap haritu? Kau suka pada aku?" Soal Fara dengan sedikit teragak - agak.

   Sharul senyum dengan soalan yang Fara berikan. Apakah ini petanda yang baik. Fara boleh terima cinta aku. Maigad.

   "Aku serius. Kita dah lama kenal. Kau je yang boleh faham aku." Jawapan Shahrul yang agak memeranjatkan Fara.

   "Tapi aku cuma anggap kau kawan aku. Sayang aku pada kau hanya sebagai kawan. Tak lebih. Tak kurang." Fara dengan berani nya menuturkan ayat. Biar ayat yang dia keluarkan dari mulut tidak menyakiti hati Sharul.

   Sharul senyum lagi. "Tapi kau boleh suka pada aku lepas kita kahwin. Macam yang kau nak. Bercinta lepas nikah. Kita akan bahagia." Jawapan yang cukup meyakinkan bagi dia. Tapi bukan bagi Fara.

   Fara menggelengkan kepala.

"Tak. Aku cuma anggap kau kawan aku je. Cinta boleh memusnahkan satu persahabatan. Tapi aku juga tahu melalui berkawan la terjalin satu cinta. Aku cuma anggap kau kawan aku je. Tak lebih." Fara dengan berani dan yakin dengan jawapan dia boleh menyebabkan Sharul move on. Lupakan cinta pada Fara.

   Sharul lama mengelamun. Memikirkan jawapan dari Fara. Hancur. Remuk hatinya. Dia memandang tepat pada mata Fara. Dia mengetuk meja dengan kuat sehingga orang yang berada di sekelilingnya memandang dia dan Fara. Dia melihat Fara yang amat terkejut dengan tindakan dia.

"Kau dah ada boyfriend ke? Aku sayang pada kau. Aku korbankan segala - galanya pada kau. Kau buat aku macam ni." Tegas Sharul. Setitik demi setitik air mata dia keluar pada matanya.
  
   Fara yang melihat Sharul menangis, rasa simpati. Dia tak tahu pula sedalam itu Sharul menyayanginya. Menagih kasih pada dia.

   "Aku tak berniat nak sakitkan hati kau. Aku harap kau faham aku. Kita akan kawan sampai bila - bila. Lupakan cinta kau pada aku. Aku minta maaf." Kata Fara dan terus berlalu pergi meninggalkan Sharul yang masih lagi duduk dan meratapi cintanya ditolak.

   Fara lega. Hilang satu bebanan. Satu masalah. Dia juga lega kerana Sharul tidak memberontak kuat. Meskipun dia agak terkejut dengan perbuatan Sharul yang mengetuk meja dengan kuat sehingga menyebabkan dia terperanjat. Dia tidak pernah melihat Sharul menangis. Marah sampai macam ni sekali.
  
   Fara menuju ke kereta nya dan segera pulang. Takut juga kalau - kalau Sharul datang menerpa kerana masih tidak berpuas hati dan buat sesuatu yang tak baik pada dia. Tambah satu lagi masalah. Beban. Dugaan. Dia sendiri tidak tahu sama ada dia kuat ke tidak menempuhi hidup yang penuh pancaroba ini. Sendirian. Tanpa abang. Tanpa keluarga.

   Dia rindu semua. Kadang - kadang ada juga dia menyalahkan takdir. Kenapa aku? Kenapa mesti aku? Kenapa biar aku hidup sorang - sorang. Aku tak boleh. Aku tak kuat sendirian.

Aku perlukan abang. Kenapa dia pergi cepat sangat. Aku hilang perlindungan. Hilang tempat bermanja kasih. Hilang tempat mengadu. Kenapa tak ambil aku sekali.

Waktu kemalangan dengan umi abi dan mak. Kalau tak, tak perlulah dia harus melalui detik - detik hitam tu. Peristiwa yang menakutkan dia. Hilang segala - galanya. Tapi segera dia beristighfar. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni. Allah merancang sesuatu yang lebih baik buat dia. Allah sebaik - baik perancang. Percaya pada Allah.

Sanggupkah Aku?Where stories live. Discover now