BAB 16

8.2K 208 0
                                    

Di kafe.

"Haa kat sini pun kau, kau pergi mana semalam?". Tanya Mina kepada Fara.

"Oh. Mina. Kenapa?" Fara tanya balik kepada Mina. Saja untuk mendapatkan kepastian yang lebih.

"Takde..Sharul". Jawab Mina dengan wajah yang agak serius.

"Kenape dengan Sharul?" Riak cemas mula tergambar di muka Fara. Ada sesuatu yang terjadi pada Sharul ke. Dah lama dia tak nampak Sharul.

Mina mula tersengih - sengih setelah melihat muka cemas Fara. Dia tahu Fara kisah Fara dan Sharul yang kadang - kadang okay. Kadang - kadang tak okay. Dan dia juga tahu semua ni pasti angkara Sharul. Dia tahu sangat. Mana mungkin semua ni angkara Fara. Fara budak baik.

"Kenapa dengan Sharul, Mina?". Ujar Fara bila melihat Mina yang asyik tersengih - sengih macam kerang busuk sambil menggoyang - goyangkan tangan Mina.

"Haha..takde apa pun sebenarnya. Cuma semalam petang Sharul datang jumpa aku, dia tanya pasal kau". Ujar Mina.

"Dia tanya apa?" Soal Fara sambil menyedut minuman yang berada di depannya.

"Entah..petang semalam dia datang rumah kau, takde orang. Sunyi. Dia call kau banyak kali tak dapat. Talifon kau mati. Aku call kau pun tak dapat jugak. Talifon rumah pun sama. Dia pun ada jugak datang malam. Kau tetap tak ada. Kau pegi mana?."

Petang semalam. Malam. Dia berada di rumah entah siapa tah namanya. Dia sendiri lupa. Atau barangkali tak tahu.

"Aku ada hal sikit." Hanya itu saja yang mampu Fara luahkan.

"Oh..dia nak sangat jumpa kau. Ada hal katanya." Ujar Mina dengan nada yang agak sedih.

Mulanya dia agak berat nak jumpa Sharul. Ada hal apa pulak ni. Jangan buat yang pelik - pelik sudahla. Selepas dia meneliti raut wajah Mina yang agak sedih. Dia buat keputusan untuk pergi berjumpa dengan Sharul.

   Tiba - tiba dia teringat kata - kata Aniq pagi tadi. Mata - mata aku banyak memerhatikan kau. Gulp! Fara menelan air liur. Dia menoleh ke kanan dan ke kiri. Takut - takut mata - mata yang dimaksudkan oleh Aniq ada memerhatikan dia.

"Kau kenape? Okay tak?." Tanya Mina setelah melihat perangai pelik Fara.

"Oo..kaayy.." jawab Fara sambil mengangguk perlahan dan senyum. Dia tak nak Mina tahu tentang hal ini. Tentang masalah dia. Biar jelah dia tahu sorang diri. Nanti kecoh pula.

***
Di taman

Petang

"Ada apa kau nak jumpa aku." Tanya Fara dengan selamba.

"Fara..minggu depan aku nak kena pergi Australia". Kata Sharul dengan nada yang sedih. Mana taknya terpaksa meninggalkan orang yang paling dia sayang disini. Berat hati rasanya.

"Oh. Buat apa?." Tanya Fara sambil menanti jawapan daripada Sharul.

"Sambung belajar dekat sana". Kata Sharul. Dia memandang tepat pada muka Fara. Wajah inilah yang bakal dia rindui. Setiap masa. Setiap jam. Setiap hari.

"Bukan cuti semester ada lagi 2 minggu ke?" Tanya Fara lagi. Minggu depan, minggu depannya lagi then cuti 3 bulan.

"Tahu..takut tak sempat jumpa kau je". Sedih Sharul. Lain yang diharap. Lain pula jadinya. Ingatkan Fara nak tegah dia supaya jangan pergi. Jangan tinggalkan dia. Rupanya. Hm.

"Apanya yang tak sempat. Banyak lagi masa." Terang Fara lagi. Ada seminggu lagi kot untuk jumpa.

"Yelah. Takut kau dah taknak jumpa aku je." Suara Sharul makin perlahan.

"Kau yang tak nak jumpa aku." Dia bukan mengelak untuk berjumpa dengan Sharul. Sharul yang hilang secara tiba - tiba lepas dengar luahan hati Fara.

Sharul tersenyum. Bukan dia yang taknak jumpa Fara. Dia menjauhi Fara sebab nak tengok sama ada Fara cari dia ke tak. At the same time, dia cuba untuk lupakan Fara. Tapi tak boleh. Cintanya terlalu dalam dan kuat buat Fara. Dia amat menyayangi Fara. Sepenuh hati dia.

"Kau nampak susut sikitlah." Tanya Fara setelah lama Sharul memandang dia. Dia jadi tak selesa dan terus tukar topic.

"Haa yeke, tahu ramai yang cakap. Tapi masih kacak lagi kan?." Jawab Sharul sambil gelak - gelak. Mana tak susutnya. Seminggu dia tak jumpa Fara, hilang selera makannya. Dia terlalu merindui Fara.

"Eeeiii..sama je aku tengok. Lain la kalau tiba - tiba muka kau bertukar macam Brad Pit hahaha." Ujar Fara sambil gelak - gelak.

Sharul gelak sama dengan Fara. Dia rindu saat ini. Gelak tawa Fara. Macam mana lah kehidupan dia nanti dekat sana. Tanpa Fara. Tanpa senyuman Fara. Tanpa gelak tawa Fara. Tak dapat dia bayangkan.

   Ini semua pasal business bapanya yang berada di Australia yang mempunyai sedikit masalah. Mulanya dia taknak ikut, ditentang habis - habisan. Tapi setelah dipujuk bapanya dia akur. Pasti bapanya amat perlukan dia di sana. Dia satu - satunya anak tunggal. Bergantung harap pada bapanya. Bapanya tidak sanggup untuk tinggal jauh dengan dia. Seperti mana dia tidak sanggup untuk jauh dari Fara.

   Dalam gelak tawa mereka berdua. Ada yang sedang memerhatikan mereka. Mungkin mereka tidak sedar. Agak lama mereka memerhatikan Sharul dan Fara. Salah sorang dari mereka memberikan informasi tersebut dekat seseorang melalui talifon.

"Baik bos." Ucap salah sorang daripada mereka dalam panggilan.

Sanggupkah Aku?Where stories live. Discover now