Dia rindu pada Fara. Itu tujuan sebenar dia menegur Fara. Selama 4 hari dia tidak bertegur itu amat sakit baginya. Dia berharap yang Fara akan meminta maaf padanya. Tapi ditunggu - tunggu tidak pun. Dia menunggu panggilan masuk dari Fara. Pesanan ringkas dari Fara. Tapi takde pun. Lantas dia mengalah. Kalah dengan ego nya sendiri. Tidak mengapa. Untuk orang yang amat dia kasihi. Fara. I will do anything for her. Anything. Bentak dia dalam hati.
Dalam sebenarnya resah juga untuk menegur Fara. 4 hari tu jugalah dia mengintip Fara dalam senyap. Mungkin Fara tidak tahu. Tidak perasaan. Yalah. Dia hidup dalam imaginasi dia sendiri. Agaknya kalau bangunan runtuh belakang dia pun dia tak perasan.
Dia mencintai Fara. Dia bahagia. Walaupun cintanya tidak dibalas. Hm. Dia bertepuk sebelah tangan. Sebelah tangan guys.
Sampai je dia dirumah, dia terus menuju ke bilik. Selera makan dia mati setelah dapat bercakap dengan Fara. Pandang mata Fara. Senyuman Fara. Dia tak nak lepaskan semua tu. Gila bayang dengan Fara. Padahal sebelum berjumpa dengan Fara perutnya berbunyi - bunyi mintak diisi dengan makanan. Fara sendiri yang mendengarnya dan menegur.
Dia terus baring di atas tilam. Diambilnya talifon bimbitnya yang berada di kocek seluarnya membuka galery. Penuh dengan gambar Fara dengan dengan dia. Dibelek satu per satu. Dari gambar bermula dari sekolah menengah. Yaaa. Berkawan sejak di tingkatan 3. Gambar jamuan raya yang disambut di sekolah. Sukaneka. Hari kantin. Sambutan Hari Guru. Setiap gambar yang berkaitan dengan Fara pasti ada dia yang terselit.
Dibeleknya gambar lagi. Haa ni time aku form 5. Bisiknya dalam hati. Gambar masa nak masuk dewan sebelum peperiksaa SPM dijalankan. Sempat lagi.
Gambar masa nak amik result SPM. Pakai baju yang sama warna dengan Fara yang dia kata secara kebetulan. Padahal Fara tak tahu yang bertungkus lumus dia memaksa Mina serta rakan - rakan lain memberitahu soal warna baju yang bakal dipakai oleh Fara menjelang nak ambil result nanti. Dia tersenyum mengingat kembali. Lagi gembira sebab dapat result yang sama dengan Fara. Seperti Tuhan dan tetapkan jodohnya dengan Fara.Memilih universiti yang sama. Semua itu dirancang oleh Sharul. Bukan kebetulan. Tapi cuma course nya saja yang berlainan. Ayah nya membangkang untuk mengambil jurusan pelancongan kerana ayahnya mahu dia menjadi seorang ahli perniagaan. Jadi dia akur dengan kehendak ayahnya. Dia memujuk hatinya yang duka lara ni. Takpe, mungkin jurusan yang memisahkan kita, tapi kita tetap bersama. Desisnya dalam hati sendiri.
Ditenungnya lagi gambar yang lain. Waktu nak mendaftar. Di perpustakaan. Di kafe. Di mana - mana je. Kadang - kadang dia mengambil gambar Fara senyap - senyap tanpa pengetahuannya.
Dia nak menghabiskan waktunya hanya untuk bersama Fara. Hanya Fara. Cuma dalam hatinya.Sharul ni mempunyai paras rupa yang kacak. Putih kemerah - merahan kulitnya. Digilai ramai gadis. Memang benar dia playboy. Tapi itu hanya untuk menarik perhatian Fara. Sama ada Fara cemburu ataupun tidak. Itu aje. Tak lebih. Tak kurang. Dan setiap kali dia bawa berjumpa seorang perempuan kepada Fara. Fara hanya menggeleng. Tiada reaksi wajah yang marah. Geram. Apatah lagi Cemburu. Tiada langsung. Tapi dia tak pernah putus asa. Cuma Fara yang buta. Fara tak nampak kesungguhan dia. Fara cuma menganggap hanya sebagai kawan. Sahabat.
YOU ARE READING
Sanggupkah Aku?
RomanceFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...