Suasana sekarang hanya terdengar suara Aniq yang sedang merintih dan mengadu pada Pak Man dan Mak Mah.
Pak Man mengambil tempat duduk si sebelah Aniq lalu di pujuknya.
"Sabar lah nak Aniq, isteri Aniq pasti kembali pada Aniq semula. Percaya lah.."
"Mak Mah nak tahu siapa nama isteri Aniq.." Soal Mak Mah kerana Aniq belum menyebut nama isterinya itu.
Aniq mengesat air matanya yang jatuh pada pipinya itu sebelum menjawab pertanyaan Mak Mah itu.
"Fara Aliya.."
Pak Man dan Mak Mah saling berpandangan antara satu sama lain.
"Dia yang duduk sebelah ni kan, Fara kan bang.." Mak Mah mahukan kepastian dari suaminya itu.
"Haah kalau tak silap abang.."
Aniq memandang mereka berdua tersebut.
"Pak Man dan Mak Mah kenal dengan isteri saya?"
Mereka mengangguk serentak. Walaupun sudah lama tidak berjumpa dan bersua muka, mereka masih mengingati nama yang sering membantu mereka.
"Fara tu budak baik. Rajin dia tolong Mak Mah kalau hari minggu dan dia takde kelas.." jelas Pak Man.
"Mak Mah tak tau pula dia dah kawin, dan Aniq ni suami dia. Sebab dia pergi macam tu je. Tak pesan apa apa pun.."
"Tapi hari tu dia ada balik rasanya, sebab Mak Mah nampak kereta dia ada masa malam hari tu." Tambah Mak Mah lagi sambil mengingat kembali waktu itu. Waktu yang mula mula Fara di halau oleh Aniq.
Muka Aniq sudah berubah. Tak tahu nak bagi reaksi yang bagaimana? Gembira? Tapi Fara tak tahu sekarang di mana? Tapi sekurang Aniq tahu, bahwa Fara pernah pulang ke sini. Ke rumahnya dulu.
"Mak Mah tak tahu Fara ke mana?" Soal Aniq pula.
"Mak Mah tak tahu. Mak Mah tak jumpa dia pun. Pagi esoknya dia ada lagi. Cuma tengahari Mak Mah tengok kereta dia dah tak ada.."
Hampa Aniq dibuatnya. Masih lagi tiada petunjuk ke mana Fara membawa dirinya yang sedang berduka itu. Ini semua salah dirinya.
Ya Allah.
Bantu aku.
Aku masih lagi memerlukannya.Doa Aniq dalam hati.
"Kita sama sama doa supaya Fara kembali pada Aniq, ye." Pujuk Pak Man.
Aniq hanya mengangguk dan melemparkan senyuman pada mereka berdua.
"Pak Man dengan Mak Mah boleh tolong Aniq cari Fara.."
Aniq memandang Pak Man yang berada di sebelahnya.
"Betul ke Pak Man? Mak Mah?"
Mereka berdua mengangguk.
"Terima kasih Pak Man, Mak Mah. Aniq banyak susahkan Pak Man dengan Mak Mah."
"Takde apa pun. Kami dah anggap Fara macam anak kami. Sama juga macam Aniq. Kami tak ada anak, jadi Fara dengan Aniq jelah yang kami ada selain daripada jiran kat sini.." luah Mak Mah dalam nada yang sedih.
"Mah.." Pak Man turut merasai apa yang isterinya rasa itu. Bertahun tahun mereka berumah tangga, tetapi rezeki anak tidak berpihak pada mereka.
Aniq berasa pilu. Ada juga orang yang seperti begini. Kuat, tabah dan redha dengan ujian yang Allah beri. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.
YOU ARE READING
Sanggupkah Aku?
RomanceFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...