BAB 2

12.8K 284 0
                                    

   Jam 6 tepat lagi dia sudah bangun dari tidurnya. Baru dia perasan yang dia tidur dengan memakai telekung beralaskan sejadah. Selesai saja solat hajat dia terus tertidur tanpa membuka telekungnya terlebih dahulu. Tiba - tiba dia pening dan terasa berat kepalanya. Lalu dia tertidur. Siap mandi dan berpakaian lengkap dia mencapai telekung dan membentangkan sejadah lalu dia solat subuh dan mengaji.

   Fara bersiap - siap untuk ke kelas seperti biasa. Jam menunjukkan pukul 8 tepat dia sampai ke universitinya. Nak kata jauh dari rumah ke universiti tak adalah sangat. Nak kata dekat pun tak boleh jugak. Pagi ni dia terus ke kafe sambil menunggu kelasnya yang bakal mula jam 8:30 pagi. Dia meminum seteguk air mineral yang baru dibelinya tadi. Kafe tersebut lengang kerana belum ramai yang datang. Dia masih memikirkan mimpi yang menghantuinya malam tadi. Dia sudah cuba mengusir tapi tetap degil untuk tidak pergi. Dia beristighfar dalam hati.

   Fara tersentak apabila dia rasa ada seseorang yang sedang memegang bahunya. Dia menelan air liurnya. Degupan jantung nya laju. Seperti saat itu. Dia tidak mahu memikirkannya lagi. Segera dia menoleh ke belakangnya. Hatinya berasa lega. Tersangat lega.

"Oh Mina...ingat siapa tadi". Ujarnya dengan sedikit senyuman. Amina membalas senyuman Fara. Tersenyum lebar dia.

"Kau kenapa?, teringat siapa? Haaa..aku tahuu...". Amina bermain dengan teka - teki.

"Siapa?". Tanya Fara ringkas.

   Amina menjongketkan keningnya berkali - kali sebelum dia menyebut nama 'Sharul'. Baru Fara teringat yang dia tidak lagi bertegur sapa dengan Sharul. Dah hampir 4 hari. Bila selisih je dua - dua buat tak tahu dan tak kenal.

Seolah - olah macam tak kenal langsung. Padahal mereka kawan, sangat rapat. Bak kata kawan - kawan yang lain, di mana ada Fara disitu juga lah ada Sharul.

Sakit hati dia masih lagi terasa bila tiba - tiba Sharul memegang lengannya dengan kuat dan dia mula teringat dengan bayang - bayang hitamnya saat Amin...err dia tidak mahu lagi bercakap saat itu. Mimpi ngeri. Tak. Dia bukan trauma. Dia bukan gila. Entahlah. Dia sendiri kurang pasti.

   Dia juga tak faham dengan dirinya sendiri. Dia dulu bukan macam ni. Dia dulu lain sangat. Semenjak kejadian itu menimpa dia. Dia berubah. Bahkan banyak berubah. Dia sukar untuk melupakan kisah itu. Kisah yang datang menyelubungi dirinya tatkala dia sendiri.

Cepat - cepat dia beristighfar. Adakalanya bila kejadian itu berada di kotak fikirannya cepat - cepat dia berwuduk, solat dan membaca Al Quran. Bila tengah cuti dia akan sibukkan dengan diri dia aktiviti lain, beriadah. Keluar dengan Mina. Pergi ke tempat - tempat yang boleh kosongkan fikiran dia. Minda dia. 

Sanggupkah Aku?Where stories live. Discover now