Kereta diberhentikan dihadapan rumah Fara. Tanpa buang masa lagi Fara terus melulu keluar. Malas dia mengadap muka Aniq yang sikapnya pelik - pelik. Belum lagi Fara sekerat jalan, Aniq buka tingkap.
"Woi". Aniq menjerit tapi takdelah sekuat mana.
Fara menoleh kebelakang dan memandang tepat ke muka Aniq yang sedang serius. Seram.
"Ada 2 hari lagi. Ingat. Satu perkara lagi, kau jangan lari atau bagitahu hal ni pada sesiapa. Mata - mata aku ramai perhatikan kau". Ugut Aniq.
Gulp! Fara menelan air liur. Dengan seriusnya Aniq bercakap. Dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya Aniq nak pada dia. Apa yang ada pada diri dia pun dia taktahu. Terlalu banyak persoalan yang bermain di minda.
"Oh yaa..kau tu aku punya. Ingat!!" Sambungnya lagi.
Fara hanya diam tidak berkata apa - apa. Masih memikirkan ayat aku ni dia punya. Kahwin pun belum. Dah cop - cop pulak.
Fara hanya memandang sekilas pada Aniq dan terus berjalan masuk dalam rumah tanpa mempedulikan Aniq.
Aniq hanya memerhatikan Fara berjalan. Kalau boleh semua perkara dia nak tahu pasal Fara. Dengan siapa Fara berkawan. Ada teman lelaki ke tidak. Sebut pasal teman lelaki je. Sekiranya Fara mempunyai teman lelaki, dia akan suruh Fara memutuskan perhubungan tu. Tapi bila difikir balik, tak mungkin Fara ada teman lelaki. Tengok penampilan dan gayanya je sudah tahu.
Selepas Fara hilang dari pandangan mata Aniq segera dia menyuruh konconya untuk meneruskan perjalanan. Dan menutup kembali tingkap keretanya.
"Bos okay?" Tanya salah sorang konconya.
Aniq tersenyum gembira.
"I like her. Very much". Jawab Aniq dengan yakinnya terhadap perasaan dia pada Fara. Aniq jatuh cinta? Syed Aniq Farhan jatuh cinta? Dengan gadis seperti Fara? Wahh. Hebat sangatkah penangan si Fara ni sehingga menyebabkan Aniq tersangat suka. Dan takkan lepaskan Fara.
![](https://img.wattpad.com/cover/64205121-288-k532695.jpg)
YOU ARE READING
Sanggupkah Aku?
RomanceFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...