Aniq berjalan menuju ke arah Fara yang masih lagi mencium bau bunga - bunga yang terletak di belakang rumahnya. Harum sangatkah baunya. Biasa je. Lain lah kalau letak perfume sikit.
"Fara...." ujar Aniq.
Fara dan 2 orang konco Aniq yang mengekorinya tadi menoleh ke arah Aniq.
"Yes..."
Aniq hanya diam sambil memerhatikan Fara yang sedang lagi sibuk membelek bunga - bunganya.
Aku lagi penting ke, bunga ni.. gumam Aniq dalam hati.
Terus Aniq memandang 2 orang konconya ni yang berdiri di sebelah dia.
"Korang ni asal tak bagitahu Fara ada dekat sini..? Tegas Aniq.
Belum sempat pun salah sorang daripada mereka buka mulut untuk menjawab pertanyaan Aniq. Fara mencelah.
"Saya yang tak bagi mereka bagitahu awak.." ringkas Fara. Dia pasti tahu Aniq akan marah pekerjanya tu. Nanti tak pasal - pasal kang kena pecat sebab dia. Ehh tak naklah macam tu.
Aniq hanya diam.
"Sudah - sudahlah tu..marahnya.." sambung Fara lagi.
"Maaf bos.." ujar mereka serentak.
"Huh..yelah.." nak marah tak jadi marah langsung. Fara lah ni puncanya.
Selepas penat membelek semua bunga - bunga ni. Dia memetik satu bunga ni dan di pegang. Lalu dia berjalan ke arah pondok yang terletak tidak jauh dari taman bunga tersebut.
Aniq mengikut jejak langkah Fara.
Fara duduk di tangga yang paling atas. Aniq mendapatkan duduk di sebelah Fara dengan jarak yang tak berapa jauh pun. Keadaan pondok itu agak besar juga.
Fara yang melihat 2 orang konco Aniq ni berdiri. Terus dia menyapa.
"Eh. Kenapa berdiri. Duduk lah.."
"Takpe puan.." ujar salah sorang daripada mereka.
"Duduk je kesian korang mesti penat dari tadi asyik berdiri."
Mereka terus memandang Aniq yang hanya memerhati tindakan Fara menyuruh 2 orang suruhannya duduk yang memang sudah ada kerusi terletak di sebelah tangga.
Aniq mengangguk perlahan tanda menurut saja perintah Fara.
Mereka duduk. Penat berjalan ke hulur ke hilir teman bakal isteri bos mereka ni. Tapi baik juga hatinya. Untung Bos.
"Awak marah ke?" Ujar Fara yang melihat Aniq cuma diam.
"Tak.." ringkas Aniq.
"Awak jangan marah..nah bunga." Kata Fara sambil menghulurkan bunga yang tadi dia petik berwarna merah.
Aniq memandang bunga itu sekejap dan memandang muka Fara. Tiba - tiba rasa kemarahan yang hilang bertiupan mengikut angin yang terbang entah ke mana tanpa arah.
Fara mengukir senyuman.
Lantas dia meletakkan bunga yang tadi dia hulurkan tapi tak disambut oleh Aniq ke telinga kanan Aniq.
Tergelak kecil Aniq dibuatnya melihat gelagat Fara yang kadang - kadang seperti budak kecil.
"Haa..kan senyum tu.." ujar Fara. Dia pun turut tergelak kecil. Ada rasa bahagia di sudut hatinya itu.
"Awak.." Fara memanggil dengan nada yang lembut.
"Yesss.." ujar Aniq sambil memandang tepat pada muka Fara yang sedang memandang ke arah langit.
"Saya tak tahu apa - apa langsung pasal awak.." Fara memulakan perbicaraan.
"Apa yang kau nak tahu pasal aku?" Soal Aniq dengan nada bersahaja.
"Semua.." ujar Fara sambil memandang ke arah Aniq.
"Aku ada 2 orang adik . Adik angkat. Masih lagi kecik. Umur 5 dan 6 tahun. Daddy mummy aku adopt dorang." Aniq mula menerangkan satu per satu tentang hidupnya.
Fara mengangguk tanda faham.
"Jadi..dorang dekat mana? Boleh jumpa?" Soal Fara. Teringin juga dia melihat orang yang baru saja dibicarakan oleh Aniq.
"Kejap lagi balik la tu.." ujar Aniq ringkas.
Adik adiknya dihantar ke rumah penjagaan budak. Setiap jam 4 petang mereka akan pulang diambil oleh konco - konconya Aniq.
Perasaan ingin bertanya pasal abang tirinya semakin membuak - buak. Dia ada ke majlis nya nanti lusa. Dia ada di mana sekarang. Sihat ke tidak. Okay ke tidak. Tapi tak ada keberanian untuk bercakap. Takut Aniq marah. Seram lagi menyeramkan.
Tapi dia betul - betul nak tahu. Nak tak nak dia kena tanya juga. Bismillah.
"Awak..." ujar Fara.
Lama Fara diam membisu. Dia tak ada kekuatan langsung untuk bertanya. Macam mana kalau Aniq marah? Mengamuk? Dia tak dapat bayangkan. Tengok muka Aniq yang serius pun dia dah gerun.
Aniq cuma memerhatikan Fara. Seperti dia faham apa yang Fara mahu bualkan dengannya.
"Nak cakap pasal abang tiri abang kau ke?" Soal Aniq dengan nada yang agak selamba.
Terkejut Fara. Macam mana dia boleh tahu. Dia boleh baca fikiran aku. Dia pasang cctv dalam kepala otak aku ke? Gumam Fara dalam hati.
Aniq memandang Fara lagi. kali ni dia tersenyum sinis.
Fikirkan macam mana aku boleh tahu la tu. Desis Aniq dalam hati.
"kenapa diam?" soal Aniq.
Fara masih lagi membisu. Tak marah ke Aniq?
"Okay laa..pasal abang kau tu aku memang akan invite dia datang.." ujar Aniq setelah melihat muka Fara yang kelihatan agak sedih dan diam membisu.
Fara memandang Aniq dengan riak wajah yang gembira.
"Are you serious?" Dia hanya mahu memastikan benar atau pun tidak apa yang di katakan oleh Aniq tadi.
Aniq mengangguk perlahan. Mengiyakan apa yang di katakankan tadi benar - benar belaka.
"Tapi ada syarat..."
Fara memandang Aniq. Syarat apa pula ni. Dia memang suka bagi syarat. Harapnya syarat yang tidak pelik - pelik dah lah. Ataupun minta yang bukan - bukan. Dia ni bukan boleh percaya sangat.
Aniq senyum sinis melihat Fara.
Fara jadi gerun.
YOU ARE READING
Sanggupkah Aku?
RomanceFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...