BAB 31

7.8K 178 2
                                    

Sharul yang dari tadi nya cuba untuk menelefon Fara asyik tak dapat - dapat aje. Kadang - kadang malbox, tak pun berdering tapi tak diangkat. Pergi ke rumah Fara pun kelihatan tak ada orang.

 Ada juga dia berjumpa dengan Mina mahu bertanya keberadaan Fara di mana. kenapa call tak angkat? Pergi mana? haih. Kusut kepala dia hanya memikirkan Fara. 

Dia cuma mahu ajak berjumpa saja esoknya. Bukan niat mahu mengganggu Fara, cuma takut - takut besok tak sempat untuk jumpa Fara.

Dia rindu pada Fara. Rasa rindunya tak dapat dibendung lagi. Sakit merindui Fara. Tapi lagi sakit bila Fara cuma menganggap dia sebagai kawan. Apa kurangnya dia, dia sendiri tak tahu.

******

Setelah selesai mengemas makanan yang berada di atas meja tu. Fara naik ke atas untuk mengambil kamera yang dari tadi dia cas.

Apabila dia mahu mengambil kameranya dia terpandang talifonnya yang terbuka dek kerana banyak sangat panggilan masuk dan mesej pesanan ringkas buat dirinya.

Dia duduk di katil sambil memegang talifonnya. Dia teliti satu per satu siapa yang telah menelefon dia.

Sharul. Sharul. Sharul. Sharul dan Sharul.

Dia benar - benar lupa pada Sharul. Tak terlintas sedikit pun dia mengingati Sharul. Benar - benar tragis.

Mahu jumpa esok? Oh noooo. Ni kalau Aniq tahu, mati mati dibuatnya. Mahu tak mengamuk kalau dia dapat tahu.

Awal - awal lagi Fara dah dapat amaran yang Aniq tak suka dia berjumpa dengan mana - mana lelaki di tempat dia belajar. Kalau dia ingkar. Habis.

Macam mana nak mengelak dari Sharul. Kalau tiba - tiba dapat jumpa juga. Kalau orang suruhan Aniq nampak. Mesti dia akan bagitahu. Tak boleh. Tak boleh.

Lama juga dia termenung sendiri memikirkan cara bagaimana mahu mengelakkan diri dari Sharul. Dia tak nak cari masalah dengan Aniq. Takut kalau abangnya nanti yang terkena tempiasnya.

Tiba - tiba dia tersentak. Terhenti terus lamunan dia apabila dia dapat merasakan ada orang yang sedang merampas talifon yang berada di tangannya.

Dia memandang ke atas.

"Aniq.." ujar Fara. Dia melihat Aniq sedang membaca mesej - mesej yang dihantar oleh Sharul.

Oh. Mati mati. Awal - awal lagi dah kantoi. Rasa takut mula menyelubungi diri dia. Jantungnya bagaikan nak tercabut. Seram sejuk je.

"Siapa Sharul..? Tegas Aniq.

"Kawan.." ujar Fara perlahan.

"Apehal dia nak jumpa?" Tegas Aniq lagi. Dia tak marah. Cuma dia tak suka. Entah. Mungkin rasa tercabar kot.

"Tak tahu.." makin perlahan suara Fara. Dia tunduk ke bawah. Takut untuk berpandangan dengan Aniq.

"Aku dah cakap banyak kali kan yang aku tak suka kau jumpa dengan mana - mana lelaki." Tegas dan datar suara Aniq kedengaran di telinga Fara.

Gerun Fara mendengarnya.

"Tahu..dia yang mesej nak jumpa..saya tak balas apa - apa pun.." perlahan suara Fara.

"Aku tak nak tahu apa - apa. Yang aku tahu aku tak suka dia jumpa kau.." tegas Aniq lagi. Dia meletakkan talifon Fara di atas katil bersebelahan dengan Fara. Terus dia berlalu keluar dari bilik Fara. Nak kata marah tak adalah. Cuma dia tak suka je.

Dia tak nak Fara berpaling pada orang lain. Sebab cinta boleh datang bila - bila masa saja. Dia tak mahu Fara jadi milik orang lain. Hanya untuk dia sorang saja.

Sanggupkah Aku?Where stories live. Discover now