Jam 6 petang baru saja Fara bangun. Rasa penat ya amat. Tapi badan dia rasa segar lepas bangun dari tidur yang agak lama.
Dia lihat adik - adiknya belum lagi bangun. Masih lagi nyenyak tidur dan di buai tidur yang lena.
Dia bingkas bangun dari katil dan mahu keluar dari bilik. Tapi belum sempat pun sampai ke pintu bilik. Suara Azira kedengaran memanggil nama dia.
"Kak Fara.."
Fara menoleh ke arah Azira yang tengah duduk di atas katilnya sambil menggosok matanya yang gatal.
"Ya sayang.." Fara terus menuju ke arah Azira dan duduk di sebelah Azira sambil membetulkan sedikit rambut Azira yang kusut.
Belum sempat Azira membuka mulut. Azif yang tidur di katil sebelah turut bangun juga.
"Kak Fara..Azif laparlah.." sambil matanya memandang ke arah Fara dan menggosok - gosok perutnya.
Fara mengukir senyuman. Tersenyum melihat gelagat adik - adik Aniq ni. Comel dan manja.
"Jom kita turun makan.." ujar Fara.
Bingkas mereka turun dari katil dan segera menuju ke pintu biliknya untuk ke dapur.
Fara yang membuka pintu tadi agak sedikit terperanjat melihat gerangan yang berdiri betul - betul di hadapan dia. Dia menelan air liur.
Aniq mengukir senyuman manis pada mereka bertiga. Paling manis buat Fara.
"Eh..dah bangun dah.."ujar Aniq.
"Dorang lapar.." kata Fara.
"Jom turun makan." ujar Aniq lagi sambil mengangkat Azira yang minta untuk di dukung.
Mereka turun bersama.
Sampai saja di bawah mereka terserempak dengan Bik Ina.
"Tuan. Puan. Nak apa - apa ke? Bik Ina boleh ambilkan. " kata Bik Ina sambil mengukir senyuman pada Aniq dan Fara.
"Budak - budak lapar.." ujar Aniq dengan nada yang selamba.
"Oh. Okay. Nanti Bik Ina sediakan makanan, tapi nak kena kemas barang - barang dekat situ dulu.
Fara yang tadinya hanya diam membisu terus mencelah.
"Eh takpe Bik Sari, biar saya yang sediakan." Fara mempelawa diri sendiri. Rasa kesian pula melihat Bik Sari yang ke sana ke mari pasti belum lagi berehat.
"Haa..takpe kejap je ni.." kata Bik Sari lagi. Dia jadi tak senang pula. Yelah apa kerja dia sebagai pembantu rumah kalau tak buat kerja - kerja macam tu.
"Takpe.." ujar Fara lagi sambil memegang lembut bahu Bik Sari.
Bik Sari terus memandang Aniq. Rasa seram pun ada juga.
Aniq mengangguk perlahan tanda menurut saja apa yang Fara cakap. Lagi pun dia senang bila Fara berada di sisinya. Dan terus ada di sisinya.
******
"Nah makan.." kata Fara sambil menceduk kuah - kuah yang berada di hadapannya ke pinggan adik - adiknya.
"Kak Fara..Azira nak suap." ujar Azira.
"Sini..duduk sebelah Kak Fara.." sambil Fara menepuk kerusi kosong yang berada di sebelahnya.
Aniq yang berada di hadapan Fara hanya melihat saja.
Satu suap. Dua suap masuk ke dalam mulut Azira. Sangat berselera dia. Sekali sekala Azira pula yang menyuap Fara tanpa di suruh. Mesra. Rapat. Seolah - olah macam dah lama kenal.
"Yang dekat sini nak kena suap jugakk!!" Tiba - tiba Aniq mencelah. Saja mahu bergurau dengan Fara.
"Tak boleh. Abang Niq dah besar. Azira kecil lagi." ujar Azira dengan mulutnya penuh dengan nasi.
Fara mengukir senyuman. Dengan adik pun dia sempat lagi bergurau.
"Eleh..." Aniq pura - pura merajuk mahu melihat reaksi adiknya.
Fara yang melihat gerangan dua beradik tu hanya mengukir senyuman.
"Awak nak makan tak..? Soal Fara kepada Aniq. Mana lah tahu dia tengah lapar.
"Tak nak! Merajuk.." ujar Aniq dengan nada merajuk mengada - ngada.
Fara mengukir senyuman lantas dia menceduk nasi dan lauk - lauk ke dalam pinggan buat Aniq.
"Calon isteri mithali." Kata Aniq dengan nada yang ceria. Belum kahwin lagi dah dapat layanan yang bagus. Belum lagi kahwin mesti plus plus layanan yang Fara beri.
"Makan jela.." sambil dia menyuap makanan kepada Azira. Dia malu mahu memandang Aniq. Entah kenapa. Perkataan mithali terngiang - ngiang dalam kepalanya.
Mampukah dia menjadi isteri yang terbaik buat Aniq nanti. Bolehkah dia membahagikan masanya bersama Aniq dan pelajaran dia. Haih. Dia tak nak fikir buat masa sekarang. Apa nak jadi, jadilah.
Berselera sungguh Aniq makan. Maklumlah Fara yang ambilkan nasi dan lauk - lauk untuk dia, tu yang berselera. Belum lagi Fara yang masak. Habis berisi badan dia dibuatnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sanggupkah Aku?
RomanceFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...