Bab 57

5.9K 171 0
                                    

Aniq hanya memerhatikan saja Fara yang sudah pun tidur dan baring di sebelahnya. Dia masih ligat memikirkan nama Sharul.

Aniq mencium dahi Fara itu lantas Aniq bangun perlahan lahan dari katil dan terus keluar dari bilik. Pintu bilik di tutup perlahan lahan. Dia tidak mahu Fara terjaga dan melihat dirinya tiada di sampingnya.

Aniq menuruni anak tangga. Dia melihat ke ruang tamu semua konconya sudah ada sedang menunggu ketibaannya.

Aniq duduk di sofa single. Manakala semua konconya berdiri menghadapnya.

"Aku ada tugas baru untuk korang.."

"Tugas apa boss?" Tanya salah seorang daripada mereka.

Aniq tersenyum lebar. Dia sudah ada strategi hanya buat Sharul.

Pagi esoknya seperti biasa Fara bangun dan siap siap nak pergi ke kelas seperti biasa.

"Hari ni aku hantar kau tau.." kata Aniq semasa mereka berdua sedang bersarapan bersama.

"Tak busy ke?"

"Untuk sayang tak pernah busy pun.." selamba Aniq berkata begitu pada Fara. Muka Fara sudah merah padam menahan malu. Aniq hanya tersengih.

Sampai saja di kolej seperti biasa sebelum Fara keluar dari kereta dia akan salam tangan Aniq. Sesudah keluar Fara melangkah kaki dengan perasaan yang gembira.

Dia masih belum tahu Aniq masih berada di tempat yang sama. Tidak bergerak ke tempat kerja lagi. Aniq hanya memerhatikan Fara berjalan.

"Fara.."

Langkah Fara terhenti seketika. Degupan jantungnya semakin laju. Dia kenal benar dengan suara lelaki ini. Fara menoleh kebelakang.

"Sharul.."

Mata Fara melilau mencari kelibat Aniq. Fara sangat berhati hati. Fara terus berjalan di ekori oleh Sharul.

Aniq yang masih berada di dalam kereta agak terkejut dengan situasi ini. Dia terus mengambil talifon pintarnya dan mendail nombor salah seorang konconya.

Apabila telah di jawab Aniq segera berkata..

"Ikut seperti yang di rancang.."

Langkah Fara terhenti lagi apabila Sharul terus berhenti di hadapannya secara mengejut.

"Kau nak apa lagi ni?" Tengking Fara. Tapi masih berjaya mengawal suaranya.

"Aku cuma nakkan kepastian dari kau.."

"Kepastian apa lagi? Apa tak cukup ke kepastian yang aku bagi? Aku dah cakap kan..aku ni isteri orang..aku dah ada yang empunya. Kau tak faham bahasa ke?"

"Siapa suami kau? Aku tak pernah tahu pun kau pernah bercinta.."

"Siapa suami aku, kau tak perlu tahu. Kau dekat Australia kan..bukannya kau tahu apa apa pun.." Fara cuba mengumpulkan keberaniannya tanpa Mina di sisi.

"Sampai hati kau.."

"Sampai hati apa? Aku tak pernah bagi harapan apa apa langsung dekat kau. Aku layan kau sama je macam aku layan kawan lelaki aku yang lain. Kau je yang melebih lebih." Fara sudah tidak tahan lagi apabila di pendam lama lama. Kali ni biar dia luahkan semua.

Sanggupkah Aku?Where stories live. Discover now