Sampai je di perkarangan rumah dia. Terkejut dia melihat sebuah kereta porsche dan Vios di depan rumahnya.
"Siapa pulak yang datang tu?" Fara bercakap sendiri dalam kereta.
Terus saja dia masuk dan parking di koridor rumah dia. Sambil tu juga dia melihat gerangan siapa yang pagi - pagi lagi datang rumah orang.
Dia keluar dari keretanya. Dalam hatinya dup dap dup dap juga. Entah - entah orang jahat ke. Eh..seram.
Pemilik kereta porsche tadi pun turut keluar dari keretanya. Dia berdiri menghadap rumah Fara dan menyandar belakang badannya di keretanya sambil tangannya disilangkan di dada.
Cukup segak.
Turut keluar juga 2 orang konco Aniq dari kereta vios.
Fara menelan air liur. Aniq memandang tepat pada wajah Fara. Dengan muka yang agak serius. Marah mungkin. Takut Fara. Dia terus tunduk ke bawah memandang lantai. Dia sungguh tak berani memandang muka Aniq.
"Apa pulak yang dia nak ni." Gumam Fara dalam hati. Seluruh badannya seram sejuk je macam baru lepas nampak hantu.
"Datang sini dah lah tak bagitahu. Mengejutkan orang je." Hanya itu yang mampu Fara luahkan dalam hati. Dia tak berani nak cakap depan - depan.
Aniq berjalan menuju ke arah Fara. Luruh jantung Fara dibuatnya. Seram sejuk dah ni.
"Kau pegi mana?" Aniq mengutarakan soalan pada Fara dengan nada yang agak dingin dan datar.
"Pegi kubur.." hanya itu yang mampu Fara luahkan. Dia tak ada kekuatan keberanian untuk memandang wajah Aniq yang betul - betul berdiri di hadapan dia.
"Asal keluar tak bagitahu aku?"
Fara hanya diam. Dia sendiri tak ada jawapan bagi soalan Aniq. Aniq bukan suami dia. Dan dia bukan isteri Aniq. Leceh.
''Asal diam?" Ujar Aniq setelah melihat Fara hanya diam membisu sambil tunduk ke bawah.
"Aku cakap ni tak boleh nak pandang aku ke?" Marah Aniq.
Perlahan - lahan Fara mendongak ke atas memandang muka Aniq yang sedang marah. Marah atas tindakannya sendiri yang keluar tanpa izin dan pengetahuan dia. Fara hanya tinggi pada paras dada Aniq saja. Sakit jugak lah tengkuk dibuatnya.
Aniq pula memandang muka Fara seperti orang yang baru lepas menangis. Dia jadi tak sampai hati nak marah Fara. Marah dia jadi reda selepas melihat wajah Fara. Entah kenapa tiba - tiba hatinya jadi lembut. Selembut tisu yang apabila terkena air.
"Kau pegi kemas baju - baju kau, barang - barang kau yang penting, ikut aku.." ujar Aniq dengan nada yang lembut.
"Pegi mana?" Tanya Fara dengan riak wajah yang pelik.
"Ikut jelaa..." ringkas Aniq
"Tapi saya tak boleh ikut dengan orang yang sembarangan.." makin perlahan suara Fara.
"Aku ni bakal suami kau, ikut je. Tak adanya aku nak buat yang bukan - bukan pada bakal isteri aku" luah Aniq. Dia benar - benar mahu menjadikan Fara sebagai pasangan hidupnya. Isteri dia.
Bulat mata Fara dibuatnya. Isteri? Suami? Kahwin? Serius ke dia?
Lama juga Aniq memerhatikan Fara yang masih lagi terpinga - pinga. Lantas dia merampas kunci kereta yang ada pada tangan Fara segera mendekati pintu rumah Fara.
Tersedar dari lamunan.
"Eh..awak nak buat apa tu?" Tanya Fara. Suka - suka hati je nak masuk rumah anak dara orang.
"Kemas barang kau, lambat! Tegas Aniq.
Segera Fara menahan Aniq yang mahu memulas tombol pintu rumah Fara.
"Takpe..saya kemas. Awak tunggu luar. Awak jangan masuk." Fara memberikan amaran kecil pada Aniq. Bahaya betul mamat ni. Haihhhh..
Aniq cuma tersenyum simpul melihat gelagat Fara yang kadang - kadang suka betul mengelamun. Cepat cemas. Kelam kabut sikit.
Tadinya memang benar - benar dia marah pada Fara. Dia cuba menelefon Fara ketika berada di hadapan rumah Fara. Kereta tak ada. Rumah kosong. Call tak angkat. Mahu saja dihempas talifonnya sampai pecah.
Tapi melihat wajah Fara yang kemerah - merahan. Dia jadi tidak sampai hati untuk marah Fara. Hilang ego nya sebagai lelaki.
"Cepat sikit.." jerit kecil Aniq pada Fara yang berada di dalam rumah.
Fara mengendahkannya. Segera dia mengemas barang - barang dan pakaian dia. Dia tak ada keberanian langsung untuk menentang Aniq. Dia bukan takut. Dia hanya seorang perempuan biasa. Yang lemah. Takut kalau tiba - tiba Aniq apakan - apakan dia.
Selesai mengemas semua barang - barang dia. Dia memandang biliknya dengan riak wajah yang sedih. Sedih mahu meninggalkan bilik dia.
Dia keluar. Turun ke tangga. Sambil membawa 3 beg besar yang berisi baju dan barangnya. Meneliti ruang tamu rumahnya. Yang banyak kenangan bersama abangnya. Terutama kenangan menonton televisyen bersama. Gelak bersama. Dia akan rindu semua tu Berat hati dia mahu meninggalkan rumah ni. Air mata mengalir di pipi.
Fara keluar. Menutup pintu rumahnya. Pagar. Buat kali terakhir.
Dia menghadap ke hadapan. Memandang muka Aniq yang selamba. Memang tidak berhati perut dia ni.
Aniq menyuruh 2 orang konconya tadi untuk mengambil beg Fara dan diletakkan ke dalam kereta vios.
Belum sempat konconya untuk membawa beg nya. Dia segera menghalang.
"Beg saya nak dibawa mana?" Tanya Fara sambil memandang muka Aniq.
Aniq hanya membiarkan soalan Fara yang tergantung tu tanpa jawapan.
Fara masih lagi terpinga - pinga setelah melihat 3 begnya itu di bawa oleh konco Aniq dan di letakkan di bonet kereta vios.
"Bak kunci kereta.." kata Aniq sambil menghulurkan tangan.
"Nak buat apa.." rintih Fara.
"Kau ni banyak tanya laa.." dengan nada yang agak tegas oleh Aniq. Sekali lagi dia merampas kunci yang berada pada tangan Fara dan memberikan pada salah sorang konco nya untuk di pandu.
Fara hanya memerhati saja. Dah la bawa beg dia sesuka hati. Nak pandu kereta dia pulak tu. Apa yang sedang cuba kau lakukan ni.
Tiba - tiba ada orang yang menegur mereka.
"Eh Fara nak pegi mana tu?" Soal jiran Fara yang dalam lingkungan 50 tahun.
"Dia nak pindah" ujar Aniq.
Belum sempat lagi dia membuka mulut. Aniq dah mencelah dulu. Geram hati dia.
"Oh..kamu siapa?" Tanya mak cik tu kepada Aniq. Dia tidak pernah melihat jejaka tampan itu ke sini. Ini kali pertama dia lihat."Saya bakal suami Fara.." ringkas Aniq sambil tersenyum bangga memandang mak cik tu dan lepas tu memandang Fara. Fara juga memandang Aniq sambil membuat muka pelik.
"Dah nak kahwin dah Fara ni..yelah Mak cik doakan selamat pengantin baru. Semoga bahagia dan kekal hingga ke syurga.." ujar Mak cik Gayah tu. Siap didoakan lagi.
"Mak cik masuk dulu.." sambungnya lagi.
Fara mencebik geram pada sikap Aniq. Sewenang - wenang nya aja berkata begitu pada mak cik tadi.
Aniq yang melihat Fara cuma senyum. Senyum bahagia. Dia akan bahagiakan Fara. Itu janji dia.
"Dah jom sayang..." kata Aniq sambil menuju ke keretanya diikuti oleh Fara. Fara hanya diam. Masih lagi geram. Dah dua kali dia di panggil sayang oleh Aniq. The crazy man that i'd ever seen.
YOU ARE READING
Sanggupkah Aku?
RomanceFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...