Fara dan Mina telah masuk ke kawasan universiti mereka. Mereka mengambil tempat di sebuah bangku yang kosong.
"Kau rasa apa weh sekarang? Lega?" Soal Mina. Dia cuba untuk membantu Fara menenangkan segala resah akibat kejadian tadi.
"Aku tak tahu lah. Tapi rasa okay sikit lah. At least Sharul tahu yang aku ni milik orang lain. Milik Aniq." Dalam fikirannya terbayang muka Aniq.
"You should tell him about this. About Sharul." Cadang Mina.
Fara berfikir sejenak. Memikirkan cadangan Mina. Takkan nak berdiam diri lagi. Berlaku jujur itu kan dapat menyelesaikan satu masalah.
"Ada juga aku terfikir nak bagitahu Aniq..tapi aku takut kalau Aniq marah.." luah Fara.
"Buat apa Aniq nak marah? Marah pasal Sharul suka kan kau? Dia yang kejar kau, bukan kau yang kejar dia. Lagipun kalau Aniq tahu pandai pandai lah dia nak ugut Sharul supaya jauhkan diri dari kau."
"Yang ni lah aku tak suka. Kalau Aniq tu apa apakan Sharul macam mana? Baik buruk dia, dia tetap kawan aku. Kawan kita." Fara cuba menyedarkan Mina.
"Kawan ke macam ni? Kalau kawan, bila dia tahu kau tak suka dia, anggap dia tak lebih dari seorang kawan, dia akan terima. Ni tak, desperate." Mina membalas balik kata kata Fara.
Fara pula yang tersentak dengan apa yang diperkatakan oleh Mina itu. Benar apa yang diucap oleh Mina.
"Kalau Aniq tu betul betul sayang kau, dia akan percaya apa yang kau cakap.." sambung Mina.
Fara termenung lagi. Akhirnya Fara mengalah jua.
"So, aku kena bagitahu Aniq lah pasal ni?"
"Yess..kau kena bagitahu. Sebelum Sharul tu buat yang bukan bukan pada kau."
Kata kata Mina ni menjadi tanda tanya pada Fara.
"Apa maksud kau?" Fara bertanya.
Mina tersenyum bersahaja.
"Biasalah orang yang baru lepas kena reject ni dia tak fikir apa pun."
Fara mengangguk lemah. Mengiyakan segala apa yang dicakap oleh Mina itu.
"Kalau tiba tiba Aniq tak percaya apa yang kau cakap..kau jangan risau. Aku ada. Aku saksi kejadian.."
Fara tergelak kecil. Dah macam satu kes yang sangat besar pula ada saksi bagai.
"Terima kasih sebab ada dengan aku.." ujar Fara sambil tersenyum.
Mina memeluk bahu Fara itu.
"Takde apalah. Apa gunanya kawan kalau tak saling membantu.."
***
Aniq dan Fara menonton televisyen bersama sama di ruang rumah tamu mereka.
Fara memandang Aniq yang sedang fokus menonton tv itu. Aniq yang tersedar dari tadi memandang Fara balik.
"Kau kenapa? Mengantuk dah ke? Jom lah masuk bilik.."
Fara hanya menggelengkan kepala.
"Habistu? Lapar?" Soal Aniq lagi kebingungan.
Fara menggelengkan kepala lagi. Masih memikirkan nak cakap ataupun tak. Kalau cakap apa yang terjadi nanti? Kalau tak cakap akan datang kesan yang lagi buruk. Em
Aniq duduk berpaling menghadap Fara. Dia menatap tiap inci wajah isterinya itu.
"Hey..kenapa ni?" Tanya Aniq sambil memegang erat tangan Fara.
Fara memandang Aniq dengan perasaan yang rasa bersalah. Air matanya mula menitis. Dia tak tahu kenapa tiba tiba dia rasa nak menangis.
Aniq pula yang cuak semacam.
"Fara ada benda nak cakap..tapi awak jangan marah tau."
"Tak cakap lagi macam mana nak tahu marah ke tak.." okay ni sebenarnya Aniq saja nak menyakat Fara.
Riak muka Fara lagi menyedihkan.
"Okay okay aku gurau je. Sampai nangis nangis ni kenapa? Ada apa?" Aniq mula serius dan risau melihat isterinya itu.
"Fara tak tau nak cerita macam mana. Fara bukan tak nak jujur. Fara takut kalau Aniq marah."
"Kau cerita lah dulu..aku tak marah." Kata Aniq sambil mengelap air mata yang membasahi pipi Fara.
"Aku marah kalau kau tak cerita.." kata Aniq lagi.
"Sharul datang..kacau Fara lagi.."
Reaksi muka Aniq berubah sedikit. Sharul?
"That guy yang Aniq pernah warning Fara dulu sebelum kita kahwin."
Aniq mengingati kembali kisahnya semasa mereka belum berkahwin.
"Mungkin Aniq tak pernah tengok muka dia. Tapi one of your bodyguard maybe pernah nampak. Dan dia bagitahu Aniq.." suara Fara makin perlahan.
Diteliti wajah Aniq dalam dalam. Takde reaksi marah. Cuma reaksi terkejut.
"Aniq okay ke?" Soal Fara yang semakin cuak.
Aniq tersedar dan tersenyum.
"Aku okay. Berapa lama dah dia kacau kau?"
"Seminggu..dan last pagi tadi." Fara tersengih. Dalam masa seminggu tu pelbagai bunga dan coklat Sharul bagi padanya. Tetapi dia tak buang. Dia bagi orang lain.
"Dah seminggu dia kacau baru sayang nak bagitahu? Kenapa tak sampai setahun je.." perli Aniq yang sengaja untuk melihat reaksi Fara.
"Fara minta maaf. Fara tak berani nak bagitahu Aniq. Fara takut Aniq marah.." kata Fara sambil menunduk kepala. Tak berani mahu menatap mata suaminya itu.
"Hey..look at me.."
Baru Fara memandang Aniq. Aniq tersenyum lebar.
"See..aku tak marah pun.."
Fara turut melemparkan senyuman.
"Yeke ni. Dalam hati Fara tak tahu."
"Sungguh laa. Aku tak marah pun."
"Tapi.."
Aniq terus mendakap tubuh Fara. Tersembam muka Fara pada dada Aniq. Auch
"Takde tapi tapi laa. Diam.."
Ada keluhan lega yang keluar dari bibir Fara. Melihat reaksi Aniq, tiada riak yang menunjukkan dia marah. Cuma cool and relax.
Dalam fikiran Aniq, nama Sharul yang terpampang. Dia kurang pasti siapa gerangan lelaki ini. Tapi nanti kau...
YOU ARE READING
Sanggupkah Aku?
RomanceFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...