"Okay dah pergi mandi.." kata Fara setelah masuk ke dalam rumah menyuruh adik - adiknya pergi mandi.
"Yeayyy! Kak Fara tunggu sini tau. Jangan pergi mana - mana." ujar Azira. Dia dah mula suka dengan Kak Faranya.
"Tak sayang.." Fara mengukir senyuman sambil melihat mereka sedang naik tangga menuju ke bilik mereka.
Fara menoleh ke belakang terkejut dia melihat Aniq yang berada di belakangnya sambil tersenyum - senyum.
"Awak kenapa sengih - sengih ni?" soal Fara. Macam orang tak betul pun ada.
"Aku..kau tak suruh nak mandi.." ujar Aniq dengan selamba.
"Eeiii tak kuasa.." kata Fara yang terus naik tangga mahu menuju ke biliknya.
Aniq tergelak dia pun turut naik ke tangga mengikut Fara. Fara jadi kurang selesa. Dibiarkan saja Aniq. Rasa macam lama nak sampai ke biliknya.
Cepat - cepat Fara terus masuk ke biliknya dan tutup pintu dan kunci terus.Aniq yang mengikuti Fara dari tadi nasib baik sempat berhenti dan hampir - hampir saja hidungnya nak terlanggar pintu bilik Fara.
"Saya tak masuk lagi ni..bukalah.." ujar Aniq mahu bergurau dengan Fara.
Fara yang tadinya cuma berada di belakang pintu saja. Tersenyum - senyum seorang diri. Dia tahu Aniq suka menyakat dia.
"Pergi main jauh - jauh.." Fara kata dibalik belakang pintu.Aniq yang mendengar cuma tersenyum sendiri seperti Fara sambil meraup lembut rambut depannya. Ni kalau perempuan - perempuan tengok ni confirm melting sampai tak tidur malam sebab aura Aniq kuat.
Segera Aniq masuk ke biliknya yang cuma sebelah bilik Fara saja. Dia pun mahu mandi. Dah melekit - lekit badannya. Masyem.
******Selesai je mandi Fara baring sekejap ke atas tilam. Tiba - tiba rasa macam penat pula, entahlah kenapa entah. Padahal tak adalah buat kerja banyak mana pun. Baru dia rasa nak terlelap tiba - tiba terdengar seperti pintu biliknya di ketuk.
Segera dia terus bangun mendapatkan tudungnya dan dipakai. Dia menuju ke pintu dan dia buka.
"Oh Azira, kenapa sayang?" soal Fara yang melihat Azira berada di depan pintu biliknya.
"Kak Fara..Azira tak boleh tidur la.." katanya dengan membuat muka sedih. Dia benar - benar tak boleh tidur.
"Abang Azif mana..? soal Fara. Selalu merek berdua. Ni cuma ada Azira sorang saja.
"Abang Azif dah tidur dulu.."kata Azira.
"Oh..okay jom Kak Fara tidurkan Azira.." Fara pelawa diri sendiri yang sememangnya dia pun mengantuk juga.
Belum sempat pun Fara menutup pintu biliknya, terlebih dahulu Azira menarik tangan Fara untuk segera ke biliknya. Pintu terbuka sedikit.
*****
Rasa segar bila lepas mandi. Setelah siap - siap memakai baju dia terus keluar ke biliknya. Matanya tak rasa mengantuk. Dia tak boleh tidur selagi majlis pernikahannya dengan Fara belum lagi dijalankan. Kadang - kadang malam pun dia sukar untuk lelap.
Lain dari Fara yang lena saja tidur di rumah tanpa memikirkan apa - apa. Walaupun fikir tentang keadaan abangnya itu dia tetap boleh tidur juga akhirnya. Mimpi ngeri yang menyelubungi dalam hidupnya pun jarang menghantui dirinya.
Sebab sekarang di sibuk memikirkan masalah yang melanda dirinya. Yang tiba - tiba dipaksa kahwin oleh Aniq. Terpaksa menjadi ganti rugi bayaran atas hutang - hutang abangnya yang tak berbayar sedikit pun.
Tapi kalau itu yang sudah tertulis di Luh Mahfuz bahawa itu takdirnya. Jalan hidupnya. Dia redha dengan hati yang terbuka. Mungkin ini yang terbaik buat dirinya. Sebagai manusia kita kena bersangka baik dengan Allah. He knows the best. He knows everything. Allah is the best of planners.
Bukannya Fara tak pernah buat solat istiharah tentang jodohnya.. Patutkah tidak dia menerima tawaran abangnya tu dulu. Patutkah dia menerima menjadi isteri Aniq. Orang yang tak sampai 2 bulan pun kenal. Tup -tup dah suruh kahwin.
Tapi masih belum menemui jawapan yang tepat dan jelas. Dia cuma bermimpi ada orang yang akan memberi sejambak bunga pada dia. Dekat mana? Siapa? Dia sendiri kurang pasti. Nak tak nak dia terima saja tawaran Aniq. Demi untuk abangnya. Abang tirinya. Abang Amin.
Aniq keluar dari biliknya mahu melihat apa yang sedang adik - adiknya lakukan. Sunyi sepi saja dari tadi. Selalunya dari atas lagi sudah kedengaran suara mereka yang sedang bermain.Aniq menutup pintu biliknya dan berjalan. Beberapa langkah dari selepas bilik Fara. Dia undur ke belakang balik. Dia melihat pintu bilik Fara yang terbuka sedikit itu lalu dijengukkan kepalanya mahu melihat bayang - bayang Fara sama ada dia di dalam bilik atau pu tidak ada.
"Tak ada pun..kat bawah kot.." gumam Aniq dalam hati. Dia cuba bersangka baik. Tidak mahu perkara seperti tadi berlaku. Terjerit - jerit menyebut nama Fara. Walhal orangnya ada je dekat belakang rumahnya sedang menikmati keindahan bunga - bunga.
Dia menutup pintu pintu bilik Fara. Dan terus berjalan ke bilik adik - adiknya.
Dia membuka pintu bilik adiknya. Terkejut dia dibuatnya.
Dia melihat Fara sedang tidur bersama dengan adik - adiknya. Fara tidur menghadap ke pintu manakala Azira berada di sebelah. Azif pula tidur di katilnya sendiri. Lena sungguh.
Aniq mendekati mereka dengan senyap supaya mereka tidak berjaga langsung dan tidak menyedari kehadiran dia yang tanpa diundang ni.
Aniq memegang lembut kepala Azif dan diikuti oleh kepala Azira.
Tiba - tiba dia tersenyum sendiri. Lama dia memandang Fara yang sedang nyenyak tidur. Tidur pun cantik. Dia mengeluarkan Iphone nya dan mengambil gambar mereka yang sedang tidur ni. Di juga ada mengambil gambar Fara seorang. Dan gambar dia berdua ketika Fara sedang tidur. Tidur mati apa dorang ni.
Tersengih - sengih Aniq seorang diri apabila melihat kembali gambar mereka yang telah diambil tadi.
Sebelum mereka tiba - tiba terbangun, Aniq terus keluar dan menutup kembali pintu bilik mereka.
Sampai tangga yang terakhir dia terserempak dengan Bik Yanti.
"Puan Fara mana?" soal Bik Yanti. Dari tadi lagi dia tidak kelihatan Fara.
"Dekat atas dengan budak - budak tengah tidur. Jangan kejutkan dorang. Bagitahu yang lain." ucap Aniq dengan nada yang tegas sedikit.
"Baik tuan.." Bik Yanti menurut arahan Aniq.
"Satu lagi kalau dorang tanya aku, cakap je aku keluar kejap. Nanti aku balik." sambung Aniq lagi.
Bik Yanti mengangguk tanda faham dengan apa yang telah dibicarakan oleh tuannya itu.
Lantas Aniq keluar mendapatkan kunci kereta. Dia diikuti oleh 2 orang suruhannya. Arah ke mana dia pergi. Hanya dia sorang aje yang tahu. Fara tak boleh tahu. Sebab ini salah satu kejutan buat Fara. Memang dia sudah rancang semua ini.
YOU ARE READING
Sanggupkah Aku?
RomanceFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...