Sampai di rumah, Aniq terus masuk ke dalam biliknya. Gerak gerinya di perhatikan oleh pembantu rumahnya.
"Sari rasa kesian pula dengan Tuan kak, semenjak Puan takde ni huru hara hidup dia.." sayu Bik Sari itu.
"Tulah. Akak pun tak tahu nak buat macam mana lagi. Dek kerana mulut, badan binasa." Bik Yanti juga merasa apa yang Bik Sari rasa.
Rasa kesian pada majikannya. Tapi tidak di nafikan, semua ini memang salah Tuan mereka. Walaupun mereka tidak tahu cerita, tapi kata kata Tuan Aniq tu sangat kasar.
Bik Ina hanya memerhatikan Aniq dan kawan sekerjanya itu dari jauh. Dia juga turut kehilangan Fara di rumah ini. Tetapi..
Aniq baring di atas katilnya. Memikirkan saat saat indah bersama dengan Fara. Memikirkan Fara yang hilang entah ke mana.
Aku dah buntu nak mencari
Tapi aku tak pernah putus asa
Balik lah sayang
Rumah ni sentiasa terbuka untuk sayangEsoknya, Aniq pergi bekerja seperti biasa, nak tak nak dia kena kerja juga dek kerana sudah terlalu lama tidak masuk ke pejabat. Entah apa yang jadi dia tidak tahu.
Aniq turun ke bawah bersiap siap untuk ke pejabat.
"Tuan.."
Tegur Bik Ina yang sedang menuju ke arahnya.
"Kenapa Bik?"
"Boleh tak kalau saya mintak cuti hari ni?"
"Ada apa ye?" Soal Aniq lagi.
"Saya ada hal sikit.."
Tanpa memikirkan apa apa, Aniq hanya mengiyakan saja. Lantas dia terus pergi meninggalkan Bik Ina itu.
Dia tiada mood nak bercakap dengan siapa siapa.
Ketika di dalam kereta, di mana keadaan suasana sunyi yang hanya di temani dengan bunyi radio, tiba tiba kini tidak lagi kedengaran.
Aniq mula berasa pelik dengan konco konconya.
"Ada apa ni?" Soal Aniq
"Maaf boss. Kami sebenarnya..."
"Sebenarnya apa?" Aniq bertanya selamba.
"Kami semua nak minta maaf atas kecuaian kami yang memberi maklumat menyebabkan boss salah faham dengan Puan.." ujar salah seorang konco Aniq itu. Yang seorang lagi sedang memandu kereta menuju ke pejabat.
Aniq tersenyum sendiri di tempat duduk belakang itu.
"Em takpe.."
"Kami mintak maaf boss, kami janji, kami cari Puan sampai jumpa."
"Okay.."
Aniq tak tahu nak berikan reaksi yang bagaimana, dia sendiri suami kepada Fara tidak tahu di mana mahu mencari Fara, inikan pula mereka.
Aniq yakin Fara tidak bersama dengan Sharul. Entah bagaimana, Sharul yang terpampang di kotak fikirannya. Dia yakin, Fara takkan mengkhinatinya.
Seperti biasa selepas Aniq bersiap siap mahu ke pejabat, dia turun ke bawah.
Aniq hanya kelihatan Bik Yanti dan Bik Sari saja yang bertungkus lumus membersihkan rumah agamnya ini. Lalu Aniq mendekati mereka berdua.
"Bik Ina tak masuk kerja lagi ke hari ni?" Soal Aniq. Sebagai seorang majikan, dia perlu tahu tentang pekerjanya.
"Belum Tuan, dia kata anak saudaranya sakit.." jawab Bik Sari.
"Bukan Bik Ina sebatang kara ke?" Soal Aniq balik kehairanan, setahunya lah Bik Ina hidup sendiri, anak tak ada apatah lagi anak saudara.
Aniq mula termenung sendiri, memikirkan tentang hal Bik Ina ini.
"Tapi kan Tuan, Bik Sari pun pelik dengan dia sejak kebelakangan ni." Ujar Bik Sari itu.
"Pelik kenapa?" Dalam pada masa yang sama, Aniq ingin tahu juga. Selalunya endah tak endah pun. Tapi hal ni, dia benar benar ingin tahu.
"Ada waktu waktunya dia akan telefon seseorang tanya dah makan ke belum? Macam mana keadaan? Itu jelah. Tapi dari jauh lah dia telefon tu. Macam tak nak kami tahu. Sebelum ni takde pun macam tu." Jelas Bik Sari itu panjang lebar. Dia bukan nak masuk campur, tapi rasa aneh dan mungkin Bik Ina ada masalah, mana lah tahu Aniq boleh tolong.
Aniq memikirkan tentang sesuatu, semakin bertambah pula masalah yang di alami ini. Pertama, soal Fara. Kedua, mengenai pembantu rumahnya pula.
Masalah pekerja adalah masalah majikan juga.
"Takpelah, kalau Bik Ina dah masuk kerja, bagitahu saya." Pesan Aniq kepada dua orang lagi pekerjanya itu.
Mereka berdua mengangguk faham.
Aniq masih lagi memikirkan hal tentang Bik Ina ini, Bik Ina memang agak pendiam sebenarnya, jarang muncul. Dia hanya membuat kerja kerja dia saja. Tapi kebelakangan ini kawan sekerjanya mengatakan dia aneh.
Aniq terus menekan punat telefon pejabatnya lalu di panggil setiausahanya untuk datang ke pejabatnya sekarang.
Setelah setiausahanya masuk, Aniq terus menyatakan apa hajatnya memanggil ke sini.
"Pesan pada orang saya, suruh mereka ke sini. Ada hal sikit nak bincang.."
"Baik.."
Setiausaha Aniq terus meninggalkan Aniq itu dan segera turun ke bawah mencari konco konco Aniq itu.
Aniq tertinggal telefon di rumah sebenarnya.
Pintu di ketuk, laju je Aniq menyuruh untuk masuk. Kelibat dua orang konco Aniq sudah kelihatan di depan matanya.
"Aku nak korang pergi rumah Bik Ina senyap senyap, siasat Bik Ina duduk dengan siapa tanpa pengetahuannya."
Konco Aniq saling berpandangan antara satu sama lain.
"Kenapa dengan Bik Ina?" Tanya salah seorang dari mereka.
"Siasat jelah dulu..nanti bagitahu aku.."
Mereka akur dan mengikut perintah.
"Tapi ingat, jangan sampai kantoi!" Pesan Aniq kepada mereka berdua itu sebelum mereka pergi membuat tugasan baru mereka itu.
Entah mengapa, tiba tiba Aniq berasa curiga dan ingin tahu mengenai Bik Ina itu. Walhal, masalah Fara belum selesai lagi. Keberadaan Fara masih lagi belum mempunyai petunjuk.
Pertolongan Pak Man dan Mak Mah masih lagi ada, mereka sentiasa pantau rumah Fara itu, kot kot Fara ada kembali ke rumah itu lagi ke.
Mina pula ada membantunya, mana lah tahu Fara berada di Universiti ke. Nak masuk dua minggu juga Fara tak masuk kelas. Rakan rakan dan pensyarahnya sering bertanyakan tentang keberadaan Fara di mana. Pelbagai alasan yang di ciptakan oleh Mina itu untuk menutup aib sahabatnya itu.
Ramai yang belum tahu bahwa Fara sudah berkahwin. Sebagai kawan yang baik, Mina akan tutup dan simpan rahsia ini sehinggalah Fara yang mengizinkan untuk memberitahu tentang hal ini.
YOU ARE READING
Sanggupkah Aku?
RomanceFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...