BAB 46

7.2K 165 0
                                    

Malam itu Aniq tidur dalam keadaan yang tidak tenang. Terpusing sana terpusing sini. Badannya berpeluh-peluh walaupun malam itu dingin ditambah lagi dengan air-cond. Dia mimpi buruk.

Dia melihat ada orang yang terbakar. Habis seluruh tubuh orang tu melecur sampaikan keluar asap. Ada orang yang menggunting lidahnya sendiri. Menghantukkan kepalanya di batu berulang kali. Dia ketakutan. Dia terduduk melihat semua ni. Walaupun mimpi tapi dia dapat merasakan umpama dunia yang nyata dan sebenar-benarnya.

Dia terjaga. Duduk dari tempat tidurnya. Melihat jam menunjukkan pukul 3 pagi tepat. Dia mengelap dahinya yang sedikit basah dek kerana berpeluh. Dia dapat merasakan bahang mimpi itu.

Aniq melihat Fara yang sedang mengerjakan solat. Tak silapnya tadi jam 3 pagi. Solat apa itu. Dia tidak dapat berfikir dengan tenang.

"Awak okay?" Ujar Fara yang melihat Aniq sedang terduduk di atas katil dengan wajah yang betul-betul sedang ketakutan, keresahan dan kegelisahan.

"Err.. okay... Tak... Tak okay.." katanya dengan terketar-ketar.

Tanpa melengahkan masa Fara terus duduk disebelah Aniq tanpa membuka telekungnya terlebih dahulu dan memeluk erat dengan kuat. Aniq membalas pelukan itu. Dalam tak sedar dia mula menangis. Fara hanya membiarkan saja sambil mengusap-usap kelapa dan badan suaminya itu.

"Aku takut. Aku mimpi buruk."

"Saya ada dengan awak."

Pelukannya itu dileraikan. Fara mengelap air mata Aniq yang jatuh berguguran itu.

"Aku jahil. Aku tak pernah solat. Tapi aku tahu rukun-rukun solat. Cuma aku tak buat. Aku memang teruk. Allah masih maafkan aku ke?" Aniq menjelaskan pada Fara.

Fara hanya tersenyum dengan soalan Aniq itu.

"Allah Maha Pengampun. Dia akan maafkan semua hamba-hambanya. Walaupun dosa kita ni umpama buih di lautan terlalu banyak. Tapi Allah akan tetap memaafkannya." Terang Fara panjang lebar.

"Allah terima ke taubat aku ni?" Soal Aniq lagi.

"Terima. Awak nak solat?" Kata Fara sambil memandang tepat kearah Aniq. Tetapi Aniq hanya tertunduk. Mungkin dia rasa malu.

"Boleh ke?"

Pertanyaan Aniq itu membuat Fara tergelak kecil.

"Boleh. Kenapa tak boleh pula?"

"Allah terima ke taubat aku nanti?" soal Aniq lagi. Dia bukan ragu-ragu dengan pengampunan Allah dan tidak percaya cuma dia bertahun-tahun tidak solat tidak mengerjakan yang wajib. Dia merasakan dirinya begitu teruk dan sangat jahil

"Terima. Kalau kita melakukannya dengan sungguh-sungguh dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.  Insya Allah." terang Fara lagi. Dia harus meyakinkan Aniq. Dia mahu Aniq berubah ke jalan yang benar. Dia sayang pada Aniq.

Atas nasihat kata-kata yang positif keluar dari mulut isterinya itu segera dia pergi ke tandas dan mengambil wudhu' dan mengerjakan solat sunat taubat. Fara hanya memerhatikan saja kerana dia telah pun buat tadi ketika Aniq masih lagi tidur sebelum. Solat sunat hajat pun sudah dia buat.

Dalam hatinya memanjat beribu kesyukuran pada Allah kerana telah memakbulkan sebahagian doanya. Walau baginya terlalu cepat hidayah yang Allah beri pada Aniq dan dia masih lagi terkejut. Sehinggakan dia tidak tahu untuk berkata apa lagi melainkan alhamdulillah terlebih dahulu yang terkeluar dari mulutnya. Saat ini yang dia nantikan. Melihat Aniq yang sudah mula untuk solat. Pasti dia akan solat berjemaah dengan Aniq juga. Syukur. Alhamdulillah.

Subuh sudah menjelma. Aniq terbangun dari tidur yang agak lama lalu meraba tempat tidur di sebelahnya. Kosong. Di mana Fara? Dia bangun dengan agak kelam kabut. Dia sungguh takut apabila melihat Fara yang tiada di sebelahnya. Hatinya menjadi lega apabila melihat Fara yang baru keluar dari tandas.

"Awak dah bangun? Jom solat subuh sama-sama?" ajak Fara. Tadinya dia ada juga mengejutkan Aniq, tetapi Aniq tidak bangun-bangun. Jadi dia membuat keputusan untuk mengejutnya lagi apabila sudah mengambil wudhu' dan renjis dengan sedikit air. Kalau tersentuh kulit Aniq jadi batal lah air sembahyang dia.

Tanpa melengahkan waktu Aniq turuti saja dia pergi ke tandas lagi untuk mengambil wudhu' dan solat subuh berjemaah untuk pertama kalinya dia menjadi suami kepada Fara. Perasaan yang berdebar-debar menjadi imam hanya Allah sajalah yang tahu. Tapi itu memang tanggungjawab dia sebagai seorang suami yang menginginkan syurga bersama-sama.

Petang itu mereka berjalan-jalan lagi di pantai. Entah mengapa, tempat itu sungguh menenangkan hati mereka berdua. Mungkin suka dapat melihat matahari tenggelam, cantik sungguh. Lalu mereka duduk di tepian pantai. Membiarkan kaki basah dek terkena air. Selipar mereka di letakkan di tepi masing-masing dan mula memandang langit.

"Cantik kan?" ujar Aniq. Selalu ke sini dia jarang untuk berbicara seperti itu. Tetapi bila ada Fara mudah untuk dia mengeluarkan perkataan itu.

Fara mengangguk lalu tersenyum. 

"Ciptaan Allah semua cantik-cantik belaka." balas Fara. Sungguh tenang dia disitu lagi-lagi bersama dengan Aniq. Lelaki yang dia mula untuk sayang.

"Cantik macam kau." kata Aniq bersahaja. Ini juga pertama kali dia memuji Fara secara berdepan, selalu hanya berkata dalam hati. Ingat lagi sewaktu mula-mula dia mengenali Fara. Sekejap rasanya dia mula suka. Hatinya jadi berahi.

Fara tergelak kecil. Biar betul mamat ni.

"Tak adalah. Biasa je." Fara rasa rendah diri. Dia tidak pernah mengatakan yang dia seorang gadis yang cantik walaupun rakan-rakannya sering memujinya. Tapi dia bersyukur memiliki wajah seperti ini. Wajah yang agak mirip dengan arwah abangnya. kemana-kemana saja semua orang tahu yang dia adik kepada Firdaus.

"Tapi kau yang cakap ciptaan Allah semua cantik." 

Tergamam Fara. Oh! Dia termakan dengan ayatnya sendiri. Tetapi dia maksudkan alam bukan dirinya. Tapi dia juga ciptaan Allah. Nak jawab apa ni.

Fara hanya tersenyum. Dia kehilangan kata-kata. Dia menukar topik perbualannya itu.

"Malam tadi awak mimpi apa?" Fara benar-benar mahu tahu. Dan apa yang membuatkan Aniq berubah dengan sekelip mata saja. Dia melihat ketakutan Aniq itu. Fara berharap yang Aniq dapat berkongsi cerita dengannya.

Aniq mendiamkan diri. Dia mengingati mimpinya itu. Sungguh jelas. Tiada yang samar-samar. Dia menghela nafas dan bercerita semuanya kepada Fara tentang mimpi ngerinya itu. Fara hanya mendengar. Dia tidak mencelah sedikit pun apa yang Aniq cerita. Dia hormat dan bagi Aniq menghabiskan dulu ceritanya.

"Apa balasan bagi orang yang tak solat? Dan dia masuk dalam neraka yang mana?"

Soalan Aniq itu benar-benar memeranjatkan Fara. Dia tergamam seketika. Fara memandang Aniq dan menghadiahkan senyuman pada suaminya itu.

"Setahu saya lah kan mengenai balasan orang yang meninggalkan Solat Fardu, Rasulullah Saw diperlihatkan pada suatu kaum yang menghentakkan kepala mereka berulang kali pada batu. Dan setiap kali hentakkan itu menyebabkan kepalanya pecah dan kembali seperti semula. Mereka tidak berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya, "Siapakah ini wahai Jibril??" Jibril menjawab, "Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat Fardhu." terang Fara panjang lebar. Setahu dia itulah. 

Aniq menganggukkan kepalanya. Dia faham itu. Nasib baik dia diberi hidayah awal. kalau tidak, bagaimana kehidupan dia selepas kematiannya nanti.

"Orang yang meninggalkan solat pula akan dimasukkan ke dalam Neraka Saqor. Maksud Firman Allah Ta'ala, setelah melihat orang-orang yang bersalah itu mereka berkata, "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam Neraka Saqor?". Orang-orang yang bersalah itu menjawab, "Kami termasuk dalam golongan kumpulan orang-orang yang tidak mengerjakan solat."

Fara melihat Aniq masih lagi mendiamkan diri. Mungkin terkesima dengan jawapan yang diberikan olehnya tadi.

"Awak faham tak?" soal Fara. 

Aniq memandang tepat pada wajah Fara. Dia rasa bersyukur wanita ini banyak mengubahnya menjadi yang lebih  baik. Mungkin kerana berkat doa Fara dia berubah seperti ini. 

"Faham cikgu." serentak mereka berdua tertawa memecahnya suasan yang bunyi deruan ombak menghempas tepian pantai dan kaki mereka. Sejuk sekali air itu. Dingin dan nyaman umpama segala masalah boleh hilang dengan sekelip mata.



Sanggupkah Aku?Where stories live. Discover now