Esoknya sesudah subuh Aniq sudah bangun, siap solat dan mandi. Pagi ini, dia mahukan kebenaran dari Bik Ina. Dia tak marah, dia cuma mahu tahu tentang hal ini lebih lanjut.
Bagaimana Bik Ina boleh rapat dengan Fara, sedangkan Fara hanya rapat dengan Bik Yanti dan Bik Sari saja.
Dan..paling penting bagaiman Fara boleh masuk hospital..
Aniq yang ketika itu di bilik tidurnya terdengar pintu rumahnya seperti dibuka dan di tutup semula.
Jantungnya entah kenapa berdebar tiba tiba. Segera dia turun ke bawah.
"Bik Ina.."
Bik Ina terkejut dan hampir melatah dibuatnya dengan suara garau Aniq yang tiba tiba memanggil namanya itu.
Bik Ina menoleh ke belakang dan menyahut seruan Aniq itu.
"Ya Tuan..err ada apa eh.." Bik Ina mula berpeluh peluh melihat renungan tajam Tuannya itu. Seperti ada yang tidak kena.
"Saya ada sesuatu yang nak dibincangkan dengan Bik Ina.."
Aniq terus mengambil tempat duduk di sofa empuknya itu. Manakala Bik Ina cuma berdiri saja bagi menghormati majikannya itu.
Setelah di beri petunjuk oleh Aniq untuk duduk, baru lah Bik Ina itu duduk dan akur.
"Bik Ina ada sesuatu yang nak diberitahu oleh saya ke?"
Aniq terus menjalankan misi nya itu. Misi yang mahukan kebenaran pada Bik Ina di awal pagi ini sebelum kedatangan pekerjanya yang lain.
"Err..takde Tuan.." Ujar Bik Ina sambil menelan air liur.
"Kalau macam tu, kenapa Bik Ina macam takut takut je berbual dengan saya?"
"Eh tak..mana ada..Bik Ina gemuruh sebab kita tak pernah berbual macam ni.." Bik Ina menafikannya. Walhal Tuhan jelah yang tahu betapa takutnya dia jika rahsia ini terbongkar.
"Baik Bik Ina jujur dengan saya, sebelum saya dapat tahu..saya boleh pecat Bik Ina bila bila masa je.." ugut kecil dari Aniq itu.
Bik Ina seperti tersentak, pecat? Takkan lah. Dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan lain. Hanya mengharap kerja ini sebagai sara diri. Zaman sekarang nak cari kerja susah.
"Bik Ina..saya cakap dengan Bik Ina ni!" Aniq sedikit menekankan suaranya itu kerana Bik Ina terlalu mengambil masa yang agak lama mendiamkan diri.
"Bik Ina...."
Kedengaran suara Bik Sari dan Bik Yanti yang sedang memberi salam itu. Mereka masuk dan terlihat Tuan Aniq dan Bik Ina seperti sedang berbincang.
"Maaf..Tuan.." ujar Bik Sari itu.
"Bik Ina nak cakap apa tadi?" Aniq hanya mengendahkan mereka berdua itu. Fokusnya kini lebih pada Bik Ina yang menyimpan rahsia yang sangat besar.
"Bik Ina minta maaf. Fara yang suruh rahsiakan tentang hal ini.." Akhirnya terkeluar juga kata kata Bik Ina itu.
Bik Sari dan Bik Yanti mendengar di dapur di sebalik dinding itu.
"Sampai hati Bik Ina ni. Saya cari dia separuh mati, rupanya dalam diam, Bik Ina yang menyembunyikan dia senyap senyap.." Aniq tidak dapat tahan rasa amarahnya itu.
Bik Sari dan Bik Yanti itu saling berpandangan antara satu sama lain. Persoalan kehilangan Fara sebenarnya ada pada Bik Ina? Bik Ina yang menyembunyikan Fara? Selama ni, Fara lah yang di telefon oleh Bik Ina itu dan cutinya itu kerana Fara?
Bik Ina terus melutut di kaki Aniq itu.
"Bik Ina minta maaf. Fara yang merayu untuk rahsiakan tentang ni. Bik Ina hanya mengikut saja."
YOU ARE READING
Sanggupkah Aku?
RomanceFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...