BAB 38

7.6K 204 2
                                    

Fara yang baru saja keluar dari bilik terus duduk di birai katil. Terasa penat berjalan dengan keadaan kakinya yang seperti itu. Entah bila tah nak baik.

Sambil kepalanya di gosok dengan tuala bagi mengeringkan rambutnya yang panjang paras pinggang.

Dia mencapai talifonnya yang berbunyi tanda ada pesanan ringkas buatnya.

Dia buka pesanan ringkas tu.

"Enjoy your night babyyyy..."

Mesej dari Mina.

Fara membuat muka pelik.
Dah kenapa pula budak ni.

Fara membalas mesej.

"Aku cuti lah..selamat.."

Fara tersenyum sendiri. Memang cari pasal Mina ni.

Talifon berdering lagi.

"Aduh..kesian Mr Fara.."

Fara membaca mesej Mina dengan tergelak.

"Kau ni ke situ pulak.."

Geli hati dia melihat gelagat kawan dia yang mengada - ngada. Haih. Dia sendiri langsung tak pernah terfikir semua ni bakal terjadi. Huh. Dah memang terjadi pun.

Conversation mereka berakhir bila Mina membalas yang dia mahu mandi dan makan malam bersama keluarganya di sebuah restoran.

Fara menyambung lagi menggosok rambutnya yang masih lagi basah. Maklumlah rambung panjang susah sikit nak kering kan.

********

"Azif, Azira..nak kemana tu?" Soal Bik Sari yang kebetulan lalu dan melihat budak - budak tu mahu menaiki tangga sambil berlari - lari.

"Jumpa kak Fara.." ujar Azif.

"Hari ni nak tidur dengan Kak Fara. Rindu.." Azira menyambung.

Mereka baru saja melihat Aniq yang sedang menaiki tangga untuk ke biliknya.

"Eh..tak boleh.." Bik Ina menegah. Mereka baru bernikah. Bagi lah mereka selesa dengan alam pernikahan dahulu.

"Kenapa tak boleh?" Soal Azira dengan riak muka sedih. Rasa macam dah lama mereka tak bermain dengan Fara. Dengan keadaan Fara yang kaki masih lagi terseliuh. Huh.

"Abang Aniq dengan Kak Fara kan baru kahwin..jadi Azif dengan Azira tak nak adik baru ke?" Sengaja Bik Ina memancing dorang dengan perkataan adik baru. Kalau dengan itu je yang mampu mereka mengerti.

Azif dan Azira saling berpandangan dan sorak kegembiraan.

"Malam ni kena tidur rumah Bik Ina la ye.." soal Azif.

Bik Ina mengukir senyuman dan mengangguk lemah mengiyakan apa yang Azif kata.

Sengaja mahu membiarkan Aniq dan Fara hanya berdua di rumah. Tiada apa pun. Cuma biar sajalah. Tak salah rasanya. Lebih privacy mungkin.

*******

Pintu dikuak sedikit. Fara terkejut melihat Aniq yang berdiri betul - betul di pintu sedang memandang dia.

Dia menelan air liur. Cepat - cepat dia menutup kepalanya dengan tuala dia. Dia masih lagi lupa yang Aniq tu suami dia.

Aniq tersenyum sendiri melihat Fara. Ini kali pertama dia melihat Fara tidak bertudung. Menampakkan rambut Fara yang panjang separas pinggang. Cantik. Lebih cantik dari bertudung.

Dia berjalan menghampiri Fara. Duduk di birai katil bersebelahan Fara.

Dia melihat Fara yang masih lagi tertunduk. Mungkin malu.

Sanggupkah Aku?Where stories live. Discover now