"Ada bangsal sekali?" Soal Fara setelah sampai ke perkarangan rumah dan Aniq yang buka kan pintu buat dia.
"Yes...why?" Aniq soal balik. Takut pula Fara tak suka.
"Tak suka ke? Kalau tak suka boleh cancel semua.." ujar Aniq dengan agak selamba sambil memimpin Fara berjalan.
"Eh tak lah. Mana ada. Okay je." Aniq memang suka buat andaian sendiri.
"Err..tak payah masuk dalam lah..nak duduk dekat buaian je. Bosan lah.." sambung Fara lagi. Dengan keadaan dia yang susah bergerak, kalau duduk dalam. Alamak mereput lah dia. Lagi kalau duduk bilik. Lagi lah bosan.
Aniq akur dan dia dudukkan Fara di buaian rumahnya. Melihat orang - orang yang sedang bekerja untuk majlis hari esok.
Rasa lega dalam hati Fara sebab Sharul dah tak ganggu hidup dia. Dah pergi jauh dari Fara. Aman sikit. Kalau tak, tak habis - habis nak ganggu hidup dia. Cukup rimas lagi merimaskan.
Dia teringat pula dekat abang tirinya, Amin. Esok hari pernikahannya. Esok jugak lah hari dia last jumpa Amin. Dah tak boleh tahu pasal Amin. Makan minum dia. Dia tinggal mana nanti. Masih tinggal rumah lama ke. Haih..
Aniq yang dari tadinya memerhati Fara tiba - tiba bersuara.
"Kau fikir apa?"
"Tak ada apa.." ringkas Fara.
"Pasal abang kau?" Teka Aniq.
Fara menoleh ke arah Aniq. Macam mana dia boleh tahu. Dia ni pandai baca fikiran orang ke. Bahaya lah mamat ni.
Fara mengangkat bahu tanda respon.
"Kau tak payah risau lah. Datang punya abang kau tu.." selamba Aniq bicara macam tu.
"Saya tak boleh jumpa abang saya ke, lepas ni?" Soal Fara teragak - agak. Walaupun sudah diberitahu oleh Aniq. Dia tetap nak tahu juga. Mana lah tahu kot - kot Aniq berubah fikiran ke.
Aniq menggeleng kepala berulang kali.
"Tak..tak boleh."
Sangkaan Fara salah. Dia tetap dengan pendirian dia. Ego dia. Sampai hati dia.
"Habis nanti dia tinggal mana? Makan minum dia macam mana?"
Aniq memandang Fara. Memang dia ada rasa kasihan. Tapi ini semua untuk kebaikan Fara. Dia tak nak Fara terluka lagi.
Bukannya Aniq tak tahu lepas peristiwa 3 tahun yang lalu sikap Fara berubah. Yang dulunya ceria, gembira bertukar kepada murung, muram. Dapat maklumat dari kawan dia. Tapi bukan dari Mina.
Mina terlampau dekat dengan dia. Dia tak nak Fara tahu yang dia tahu tentang sikap dia yang berubah. Sebabtu dia cuba untuk menceriakan hari - hari Fara.
Walaupun Fara tak sedar perbuatan dia untuk gembira kan Fara. Nampak impak yang positif sebenarnya. Fara masih lagi belum sedar dengan sikapnya yang sekarang. Yang masih boleh senyum. Ketawa. Ceria.
Dia akan buat apa saja untuk bahagiakan Fara.
"Dia lelaki..pandai - pandai lah dia nak hidup.."
Jawapan yang keluar dari mulut Aniq. Membuatkan Fara mengeluh berat.
Ya..dia lelaki. Memang pandai - pandai lah dia nak hidup. Tapi hidup yang macam mana. Terumbang - ambing. Atau berubah ke arah yang lebih baik.
"Kenapa, kau tak boleh hidup ke kalau abang kau tak ada?" Soal Aniq tiba - tiba.
Agak tersentak jugaklah Fara dengan soalan Aniq ni."Mana adalah.." Fara menidakkan soalan Aniq.
Aniq tergelak kecil melihat reaksi muka Fara. Comel sungguh. Sungguh memikat hati dia.
"Kau jangan risau. Kau ada aku.." ujar Aniq selamba. Tapi memang betul pun. Dia lebih mampu untuk jaga Fara berbanding dengan abang tiri Fara yang tak berguna tu.
"Ha..maksudnya." Fara pura - pura tidak mengerti dengan apa yang Aniq cuba sampaikan.
Aniq menoleh ke arah Fara sambil tersenyum.
"Maksudnya kau ada aku lah. Nak terang macam mana lagi.."
Fara tersengih - sengih. Mulut manis betul dia ni. Ada aje yang mencuit hati melihat perangai Aniq.
"Dah jom lah masuk dalam..kita try baju.."
"Baju apa..?
"Baju nikah kita lah. Tak kan baju malam pertama nanti kot.." ujar Aniq sambil ketawa lagi melihat reaksi muka Fara yang masih terpinga - pinga dengan perkataan malam pertama. Ha ha ha.
Bagi Fara pula perkataan itu langsung tak pernah terfikir olehnya. Oh no...
"Budak - budak mana?" Soal Fara menukar topik sambil berjalan diiringi Aniq untuk masuk ke dalam.
"Ada je.." ringkas Aniq.
"Kak Faraaa..." jerit Azif dan Azira serentak apabila Fara mula masuk ke dalam rumah.
Dipeluknya Fara. Rasa rindu menerpa di hati mereka berdua. Begitu juga Fara.
"Malam tadi sampai hati tinggal Kak Fara sorang - sorang.." Fara pura - pura merajuk.
"Ala..Kak Fara keluar dengan Abang Anik tak ajak kita orang pun.." balas Azif nada merajuk juga.
"Mana ada Kak Fara keluar jalan - jalan. Kak Fara pergi klinik lah..tengok ni.." ujar Fara sambil menunjukkan kakinya yang terseliuh di balut.
"Kaki Kak Fara kenapa?" Soal Azira. Tak berkedip matanya melihat kaki Fara.
"Jatuh sikit.."
"Tapi nasib baik abang ada.." Aniq menyampuk. Tersengih - sengih tatkala mengingati peristiwa jatuh ke dakapan dia. Tragiss!
Bagi Fara dia langsung tak mahu ingat peristiwa memalukan itu. Err..
Nasib baik lah budak - budak tu tak banyak soal bila Aniq cakap macam tu. Kalau tak..huh! Malu malu. Tak tahu nak jawab apa nanti kalau mereka banyak tanya.
YOU ARE READING
Sanggupkah Aku?
RomanceFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...