BAB 32

7.8K 187 0
                                    

Lama Aniq menunggu Fara yang masih lagi di dalam klinik tempat untuk di merawat kakinya yang terseliuh. Mundar mandir dia. Padahal terseliuh sikit je. Risaunya tu macam Fara sedang dibedah pula.

Pintu dibukak oleh Fara dipimpin oleh pekerja perempuan yang berada di situ. Kaki Fara di balut. Di dudukkan Fara di kerusi yang memang berada di situ. Aniq juga turut duduk.

"Encik, cik tunggu ubat ya.." ujar pekerja situ sebelum dia terus masuk ke dalam semula.

Serentak Aniq dan Fara mengangguk tanda faham.

"Kau ni tadi jalan pandang mana?" Soal Aniq dengan nada yang tegas dan datar.

"Pandang - pandang lah.." Malas Fara mahu melayan Aniq. Tengah sakit - sakit macam ni pun nak marah - marah sambil memegang kakinya yang telah dibalut itu.

Dia masih malu atas kejadian tadi. Boleh pula lah terbaring atas badan dia. Bertentangan mata pula tu. Masya Allah. Kejadian yang tak boleh di lupakan seumur hidup dia.

Bila dia berada dekat di sisi Aniq kejadian ngeri yang menimpa dia sewaktu dengan Amin dulu makin lama makin pudar. Jarang sekali dia teringat tentang hal itu.

Entahlah. Dia sendiri kurang pasti. Mungkin sebab ada masalah lain yang lebih penting dalam fikiran dia. Ataupun Aniq yang pandai mengambil hati dia. Tapi tak jugak, Aniq ni kasar. Tapi kadang - kadang nampak manja juga.

Dia lagi lah tak pasti. Yang pasti dia mula rasa selesa dengan Aniq. Mungkin sebab nak dijodohkan dengan Aniq kot. Malas lah dia mahu fikir.

Yang pentingnya lagi dia dah tak fikir pasal hal dengan Amin dulu. Diletaknya jauh - jauh mungkin. Mungkin hampir move on. Tapi kalau hal yang dekat sangat dengan peristiwa tu mungkin akan ingat juga.

"Fara Aliya binti Ahmad Farhan." Ujar pekerja itu membuatkan Fara berhenti berfikir dan menoleh ke arah Pekerja itu.

Belum sempat pun dia bangun Aniq terlebih dahulu pergi ke kaunter untuk mengambil ubat dia. Cepat sangat dia ni.
Selepas itu Aniq terus memapah Fara untuk masuk ke dalam kereta sambil memegang ubat Fara. Dia yang bayarkan untuk Fara.

*******

"Duit ubat tu nanti saya bayar balik eh.." ujar Fara setelah lama menyepi dalam kereta.

"Tak payah. Kau bayar dengan benda lain je.." kata Aniq dengan wajahnya tersenyum - senyum nakal. Memang gatal.

"Haa..maksudnya?" Soal Fara. Dia memang tak faham apa maksud Aniq dengan perkataan benda lain tu apa dia.

Aniq hanya mengukir senyuman. Biar aku je yang faham. Kau tunggu jelah nanti. Gumam Aniq dalam hati.

"Tapi terima kasih eh atas semuanya tadi.." kata Fara lagi. Benda lain tak benda lain. Sekurang - kurangnya ucap terima kasih pun dah memadai.

"Anything for you my dear.." ujar Aniq sambil mengenyitkan matanya pada Fara.

Terbuntang mata Fara dibuatnya. Mereng mamat ni.

Dia terus memandang ke luar tingkap melihat keindahan ciptaan Allah yang matahari sudah mula tenggelam. Plus untuk mengelak dari pandangan mata Aniq yang tak lepas - lepas memandang wajah dia. Malu dibuatnya.

*******

Sampai saja di rumah. Dia di papah oleh Aniq juga. Aniq tak mahu pembantu rumahnya yang memapah Fara. Kalau terjadi apa - apa macam mana. Kan Aniq yang susah.

"Besok saya nak pergi kelas macam mana..? Soal Fara sebaik saja dia berada di atas katil dan Aniq berada di sebelahnya.

Memang dia mulanya agak kekok juga dengan Aniq berdua dalam bilik. Bukan muhrim. Dia takut kejadian yang tak diingini berulang lagi untuk kali yang kedua. Dia tak sanggup.

Sanggupkah Aku?Where stories live. Discover now