BAB 43

7.9K 181 1
                                    

"Kau uruskan semuanya.." perintah Aniq kepada orang suruhannya untuk melakukan apa yang telah dia suruh.

"Baik bos.." ujar salah seorang pesuruhnya sambil tekun memandu kereta untuk pergi ke pejabat Aniq.

Aniq yang berada di tempat duduk belakang sedang memikirkan satu rancangan untuk dia dengan Fara.

*****

Sampai di pejabatnya Aniq terus pergi ke meja setiausahanya untuk memberitahu sesuatu.

"Aku tak ada untuk 4, 5 hari ni.." ujar Aniq ringkas.

"Boss nak ke mana?" Tanya setiausahanya yang diberi nama Ann. Sambil tu tangannya ligat sedang menulis sesuatu di buku catatan.

"Ada urusan penting.."

"Boss nak pergi honeymoon ke?" Sakat Ann. Dalam banyak banyak pekerja memang Ann saja lah yang agak rapat dengan Aniq dan berani untuk bergurau senda.

Ann juga ada datang ke majlis pernikahan Aniq dan Fara. Sempat lagi memuji kecantikan Fara yang semulajadi dan beruntung bosnya memiliki dia.

Aniq tersenyum.

"Yes..jangan bagitahu orang.."

"Baik boss.." Ann mengikut arahan.

*******

Petang itu Fara banyak meluangkan masa dengan berjalan - jalan ke taman bunga belakang di rumahnya. Bermain di kolam ikan. Duduk di buaian. Haih. Itu lah rutin harian dia tiap hari.

Jarang pula tengok tv. Banyak menghabiskan masa di luar yang di temani oleh orang suruhan Aniq seperti biasa.

"Bik.. Fara mana?" Soal Aniq yang baru saja tiba di rumah kepada Bik Yanti.

"Ada di taman bunga belakang rumah.."

Aniq segera meninggalkan Bik Yanti yang berada di pintu utama rumah untuk mendapatkan Fara.

Fara yang sedang sibuk dengan bunga - bunga yang berada di depannya tiba - tiba rasa pinggangnya dirangkul lembut. Rasa terkejut.

Segera dia menoleh kebelakang. Dengan perasaan yang berdebar - debar.

Lega hati dia melihat Aniq. Ingat siapa lah tadi. Desis Fara dalam hati.

Melihat Aniq yang tersengih - sengih macam kerang busuk.

"Kenapa?" Soal Aniq.

"Terkejut.." Fara mengukir senyuman.

Baru dia perasan yang orang suruhan Aniq masih ada lagi di belakang mereka berdua yang sedang memerhati gelagat Aniq.

Ni mesti mereka nampak apa yang Aniq cuba lakukan tadi. Oh. Malu.

Aniq mula perasan yang pipi Fara sudah mula merah. Dia mengangkat keningnya.
"Orang - orang awak ada dekat belakang ni.." ujar Fara dengan tersengih - sengih malu.

"Alah..takpe..biar je..."

Aniq cuma mahu melepaskan rindu pada Fara. Dia tidak peduli semua itu. Rasa rindu yang teramat sangat.

Dikucup dahi Fara perlahan - lahan.

Hampir terlupa dia.

"Jom masuk dalam.." tangannya masih lagi merangkul pinggang Fara dan mereka berjalan beriringan.

Fara masih lagi malu. Nak suruh lepas tak sampai hati pula. Biarkan sajalah.

******

Seusai Fara solat isyak di bilik solat dia terus masuk ke dalam bilik dia untuk melihat Aniq.

Sanggupkah Aku?Where stories live. Discover now