Tak berkedip matanya memandang keadaan bilik tu. Cantik sangat. Kagum. Sangat besar. Lagi besar dari rumah Aniq yang satu lagi tu.
Dia pun membuka tudungnya sebelum menutup pintu dan kunci. Sangat bahaya jika dibiarkan saja.
Dia hanya memakai skarf yang belakangnya berlubang. Menampakkan rambutnya yang diikat seperti ekor kuda.
Segera dia masuk ke dalam tandas.
Hajatnya untuk solat zohor terus terbantut.
Arghh!! Cuti.....bentak dalam hatinya.
Dia mengambil sesuatu dalam begnya dan segera kembali ke tandas.
Dia menukar pakaian yang tadinya dia memakai baju kurung. Dia mengenakan baju t shirt
Selapas tu dia cuma memakai tudung sarung berwarna hitam saja. Malas dia mahu memakai tudungnya yang tadi tu.
Segera dia turun ke bawah mahu membantu apa yang patut lagi. Tapi matanya ada juga mencari bayang - bayang Aniq. Tak kelihatan langsung. Belum balik agaknya.
"Puan cari tuan ke..? Tanya Bik Sari yang melihat gelagat Fara seperti sedang mencari seseorang. Yelah. Siapa lagi kalau bukan bakal suaminya.
"Ha..takdelah.." sambil tersengih - sengih malu Fara. Dia berpura - pura tidak mencari Aniq. Huh! Hipokrit lagi.
Bik Sari faham benar dengan sikap anak muda seperti Fara ni.
"Tuan belum balik..kejap lagi sampai lah tu.." ujar Bik Sari.
Fara mengangguk perlahan.
"Dah solat ke..? Tanya Bik Yanti.
"Tadi nak solat..lepastu dia datang tanpa diundang.." kata Fara dengan sedikit perlahan. Tersengih - sengih lagi.
"Oh..faham.." ujar Bik Yanti dengan senyum.
"Bik Sari nak solat dulu tau." Sambungnya lagi dengan senyuman sambil menepuk lembut bahu Fara.
"Okay.." Fara membalas senyuman Bik Sari.
Kelihatan semua sedang penat dan berehat sekejap.
Nak ditolong lagi..tak dibagi pulak.. Alasan nanti penat. Pengantin tak boleh penat - penat. Majlis bukan besok pun. Bosan tak ada buat apa.
Fara keluar dari rumah. Pergi ke halaman rumah Aniq. Cukup besar. Dia bagaikan semut dan rumah bagaikan manusia. Huh! Konon.
Pergi ke kolam renang. Duduk tepi kolam. Kocak - kocak air. Terasa mahu terjun saja. Haih Fara. Behave yourself.
Fara jalan mahu menuju ke kolam ikan pula.
Belum sampai pun lagi dia rasa seperti diekori. Segera dia pusing ke belakang.
"Ada apa ye..? Tanya Fara kepada 2 orang konco yang rasanya memang mengikuti dia dari belakang.
"Maaf puan. Bos suruh tengok - tengokkan puan semasa ketiaadaan dia.." kata salah sorang konconya dengan tegas.
"Haa..tak betul agaknya bos korang ni. Saya tak lari mana pun laa.." ujar Fara dengan sengaja mengutuk bos dorang.
"Maaf puan..kami cuma menjalankan tugas.." katanya lagi..
Fara mengeluh. Tugas la sangat. Ni bukan tugas berat pun..kacau mood orang aje..gumam Fara dalam hati.
"Haa..yelah - yelah.." Fara malas mahu cakap banyak.
Segera dia berjalan menuju ke kolam ikan yang tak berapa jauh dari kedudukan dia berdiri.
Seronok sangat tengok ikan besar - besar. Dia pun mencapai makanan ikan yang berdekatan lalu di campak ke dalam kolam itu.
Berebut - rebut ikan itu memakan makannya. Lapar agaknya. Maklumlah. Mungkin orang yang berada dalam rumah ni busy busy belaka.
Dia menoleh ke belakang menghadap 2 orang konco Aniq aka bodyguard plus orang suruhan. Haih. Banyak sangat ni.
"Dekat bekang rumah ada apa..? Tanya Fara.
"Taman bunga. Puan nak pegi sana? Ujar salah sorang konco Aniq.
Fara mengangguk perlahan dan senyum. Yaaa. Dia memang suka senyum.
Dia pun mengikuti jejak langkah konco - konco Aniq. Sorang di depan. Sorang lagi di belakang Fara. Elok sangat la tu. Macam aku ni lari pula.. gumam Fara dalam hati. Over control or over protective??? Huh.
Terpegun dia melihat kecantikkan bunga - bunga di belakang rumah Aniq. Bersih. Tersusun. Kemas. Berwarna - warna. Arghh!!! Cantik sangattttt. Fara memang suka bunga. Geram dia melihat.
Dari hujung sana ke hujung sini dia berjalan. Tak rasa penat langsung. Ke hulur ke hilir dia diikuti oleh konco - konco Aniq.
YOU ARE READING
Sanggupkah Aku?
RomantikFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...