BAB 44

7.6K 179 1
                                    

"Tolong tengok - tengokkan rumah untuk beberapa hari ni.." Perintah Aniq kepada Bibik - bibiknya untuk menjaga rumahnya semasa ketiadaan dia dan Fara.

"Baik..Tuan dan puan nak pergi mana?" soal Bik Yanti.

"Ada hal kejap.." ringkas Aniq. Malas lah dia nak cakap pergi honeymoon. Malu. Kah kah! Baik rahsiakan dulu. Sedangkan Fara sendiri pun tidak tahu. Walaupun dah didesak macam -macam. Sungguh keras kepala.

"Kalau budak - budak tu dah balik tanya kami pergi mana jawab je macam tu.." sambung Aniq lagi. Budak - budak tu seronok sangat dekat sana sampai tak ada masa nak menelefon dia. 

Dia pula bukan tak mahu menelefon adik - adiknya yang berada di rumah mak cik mereka, cuma dia tak berapa nak ngam dengan orang sana. 

"Baik tuan." serentak mereka bertiga menjawab.

Fara yang dari tadi masuk ke bilik sebentar kerana tertinggal barang terus saja turun dan mendapati Aniq yang sedang berdiri di pintu bersama dengan 3 orang bibiknya itu.

"Ada apa - apa yang serius ke?" Fara berani menanyakan soalan selepas melihat mereka seperti serius semacam aje. Seperti ada sesuatu yang sedang dibincangkan.

"Tak ada apa puan.." balas Bik Sari sambil mengukirkan senyuman di bibir.

"Ada tak barangnya?" soal Aniq pula tiba - tiba. Sengaja mahu menukar topic. Sejak kebelakangan ni Fara terkenal dengan banyak tanya. Hahaha.

"Ada..ada.." balas Fara ringkas.

"Jomlah..dah lambat..."

"Bik saya pergi dulu tau.." ujar Fara sambil menyalami ketiga - tiga bibik tersebut.

"Jom.." terus saja Aniq menarik lembut tangan Fara tanpa menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya.

Aniq juga lah yang membukakan pintu buat Fara. Mereka menaiki kereta porcshe yang hanya mempunyai 2 seat saja.

Konco - konconya menaiki kereta lain. Kereta Vios. Entah kenapatah mereka ikut. Hanya 3 orang sahaja. Tak lah. Bukan kacau daun. Cuma keselematan.

*******

Dia tersenyum melihat Fara yang sedang lena tidur dibuai mimpi di dalam kereta. Khusyuk sangat. Bangun awal pagi lah katakan.

"Fara...." Aniq mengejutkan Fara. Dia menggoyangkan sedikit lengan Fara. Tapi Fara tetap tak bangun. Huh! Nasib baik sayang.

"Fara..." lembut suara Aniq bergemang di telinga Fara menyebabkan Fara terjaga dari tidur. Perlahan - lahan dia membuka mata. Memandang sekelilingnya. Matanya tertumpu pada Aniq yang berada di sebelahnya.

"Dah sampai ke?" soal Fara tiba - tiba.

Aniq mengukir senyuman manis pada Fara dan seraya berkata.

"Sudah sayang.." sambil mengoles pipi halus Fara dengan ibu jarinya.

Walaupun Fara agak terkejut dan dan malu dengan perbuatan Aniq tetapi dia tetap harus bertenang. Jangan tunjukkan reaksi yang gabrah dan sedikit cemas.

Pipi jangan smpai merah. Aduh bertambah malu nanti. Chill Fara. Bentak Fara dalam hati. Dia mesti membiasakan diri dengan apa jua tindakan dan perbuatan Aniq pada dia. 

"Jom.."

"Haa..okay - okay.." dengan keadaan Fara yang terpinga - pinga dia terus membuka tali pinggang begitu juga dengan Aniq dan mereka pun terus keluar daripada perut kereta bersama.

Terbuntang mata Fara setelah melihat keindahan dan kecantikan pemandangan itu. Wah! Syurga dunia.

Aniq yang melihat Fara terus memegang erat tangan Fara dan dibawa berjalan untuk ke tempat penginapan.

Fara ikutkan saja tanpa memberontak sedikit pun. Matanya tak lekang dari memandang sekeliling. Cukup cantik dan bersih.

Tempat penginapan yang besar, mewah dan gah mereka mula memasuki pintu utama reception tersebut.

"Kunci...." pinta Aniq kepada seorang perempuan yang berada di kaunter utama tersebut.

Perempuan tadi tu pun terus mencari kunci seperti yang Aniq minta.

Fara hanya tersenyum kepada salah seorang pekerja di situ yang baru saja berada di sebelah perempuan tadi.

Perempuan tersebut terus menyerahkan kunci kepada Aniq sambil memberikan senyuman manis pada Aniq dan Fara.

Tapi hanya Fara saja yang membalas senyuman dia. Aniq cuma diam dan buat muka tak tahu saja. Huh! kejam. 

Beg yang tadinya dibawa oleh konco - konco Aniq di letakkan di tepi.

"Hah takpe biar saya bawa.." pelawa Fara. Beg aku biarlah aku yang bawa sendiri. Fara bermonolog dalam hati. Rasa tak selesa pula sebab sudah biasa semua perkara buat sendiri. Berdikari seorang diri. Ni sudah berkahwin ramai pula yang uruskan. 

Tetapi belum sempat pun mahu menarik beg nya itu Aniq terlebih dahulu menepis tangannya.

Fara memandang Aniq dengan wajah yang masih terpinga-pinga. Dia melihat reaksi Aniq yang serius terus membatalkan niatnya untuk mengambil beg nya.

Aniq mengarahkan pekerja lelaki yang berada di situ supaya membawa beg Fara ke resort yang bakal didudukinya itu seperti biasa.

Kemudian, terus saja Aniq menarik lembut lengan Fara. Bila dipandang agak seram juga riak wajah Aniq. Fara menelan air liur. Aku ada buat salah ke? Gumam Fara dalam hati.

Dia ni kadang-kadang okay. Kadang-kadang tidak. Siapa kata perempuan je complicated. Lelaki pun ada juga. Tapi tak semua.

"Awak marah saya ke?" Soal Fara teragak-teragak sambil berjalan mengiringi disebelah Aniq. Matanya memandang tepat ke arah Aniq.

Aniq menoleh ke arah Fara dengan satu senyuman manis. Cair kalau perempuan yang diluar sana melihat.

"Tak adalah. Kenapa?"
"Oh tak ada apa-apa. Nampak macam marah je."
"Nampak je, tapi tak marah pun." Terang Aniq. Dia tak marah pun sebenarnya. Entahlah dia sendiri pun tak tahu kenapa.

Fara mengangguk tanda mengerti. Dia mengeluh kecil.

"Cuba senyum" ujar Aniq tiba-tiba. Melihat wajah isterinya itu seperti ada sesuatu yang mengganggu di ruang fikirannya.

"Haaa" Fara yang kurang pasti dengan apa yang diperkatakan oleh Aniq.
"Senyum" ujar Aniq sambil memberikan sebuah senyuman buat Fara.
Nak tak nak Fara turut senyum dengan agak ragu-ragu.
Aniq mengangkat keningnya sebelah. Dia tidak puas hati dengan senyuman yang Fara berikan pada dia.
Fara menghela nafas dan memberikan senyuman yang sebenar-benarnya. Senyum ikhlas.

"Haaaa kan cantik" puji Aniq.
Fara tersengih-sengih setelah dipuji oleh Aniq. Ini pujian pertama Aniq sepanjang perkahwinan mereka.

Setakat ni Fara rasa bahagia. Tak ada lagi yang tak membuatkan dia rasa tak bahagia. Walaupun dia terpaksa duduk rumah untuk cuti sem kali ini. Aniq tidak mengizinkan dia kerja.

Alasannya dia mampu untuk menjaga Fara. Lebih dari mampu. Dia punya segalanya. Cuma satu je tak ada. Kadang-kadang dia merasa kosong dalam jiwanya. Rasa tak tenteram.

Bertahun-tahun dibesarkan di negara orang. Tentang didikan agamanya tiada siapa yang mengajar. Namun kadang-kadang dia ada juga mencuri-curi pandang ketika Fara sedang solat. Jauh di sudut hatinya dia teringin sekali mahu solat. Cuma malu untuk memberitahu pada Fara.

Dia ketua keluarga. Dia yang patut membimbing Fara. Jadi imam kepada Fara. Keluarga kecilnya. Tetapi dia tidak mampu.



Sanggupkah Aku?Where stories live. Discover now