Dalam kereta awal - awal lagi Fara sudah menghantar mesej pada Mina untuk tunggu di tempat parking kereta. Nak kenalkan Aniq pada dia.
Dia sudah bersedia untuk mendengar pelbagai soalan yang keluar dari mulut Mina. Huh..dia dah redha awal - awal ni. Dia nak Mina datang ke majlisnya esok.
Tak kira cara macam mana sekali pun Mina harus datang.
Dia teringat Sharul. Tapi Sharul tak boleh tahu tentang hal ini. Takut Sharul tak jadi pergi Australia lepastu buat perangai yang bukan - bukan pula.
Dia berharap sangat agar tak terserempak dengan Sharul. Kalau terserempak ni habis dia. Pasti Aniq marah. Walhal bukan salah dia pun.
Dengan keadaan dia yang macam ni. Agak susah lah nak lari dari Sharul. Nanti tak pasal - pasal kaki makin teruk. Lagi lah Aniq marah. Macam mana ni.
Lamunan Fara terhenti bila tatkala kereta sudah berhenti bergerak. Dia melihat sekeliling. Dah sampai.
Dia melihat Mina yang sedang tunggu dia memandang ke arah kereta yang sedang dia naiki. Pasti sudah bermacam - macam persoalan dan tanda tanya yang berada di otak Mina.
Lagi - lagi bila Aniq yang membuka kan pintu dan melihat keadaan dirinya bertongkat kakinya berbalut. Kena serang soalan macam - macam sekejap je lagi.
Mina menghampiri mereka. Dia pelik melihat Fara. Naik kereta dengan lelaki? Siapa lelaki tu? Boyfriend? Suami? Takkan..
Kaki kenapa? Apa yang terjadi? Arghh! Dia perlukan penjelasan dari Fara. Fara perlu menjawab soalan - soalan yang terkandung dalam fikiran dia.
"Hai Mina.." sapa Fara dengan nada agak perlahan dan masih teragak - agak.
"Hai Fara.." balas Mina. Sambil matanya menunjukkan arah yang berada di sebelah Fara. Lelaki yang sangat tampan.
"Oh..ni Aniq.." sambung Fara lagi. Belum sempat pun dia berkata lagi Aniq sudah pun mencelah."Bakal suami Fara.." ujar Aniq ringkas. Dia tahu pasti pelbagai soalan yang berada dalam fikiran kawan Fara ni. Nampak macam boleh percaya.
Terlopong Mina dibuatnya tapi nasib pandai cover. Bakal suami Fara? Dia tak tahu pun. Sampai hati Fara tak bagitahu. Sejak bila pula Fara ada buah hati ni.
Fara juga agak terkejut. Tak sangka dia memperkenalkan bakal suami pada Mina. Oh maigad.
"Tolong pimpin Fara masuk ke kelas.." ujar Aniq lagi setelah melihat 2 anak gadis yang berada di sampingnya hanya senyap membisu.
"Okay sure.." balas Mina sambil memimpin Fara yang sedang jalan agak perlahan.
Fara pula berharap agar tak jumpa dengan Sharul. Dalam kereta lagi dia dah diberi amaran oleh Aniq.
"Aku tak nak kau jumpa budak Sharul tu. Mata - mata aku ramai memerhatikan kau.." terngiang - ngiang ayat ni dalam kepala otak Fara.
Dia harus akur dengan apa yang Aniq kata. Kalau tak abang dia pasti akan jadi mangsanya. Dia tak mahu apa - apa yang terjadi pada abangnya.
Mina yang tadinya membisu memulakan bicaranya. Tiba - tiba rasa tak sabar mahu mengorek rahsia pada Fara.
"Fara.."
Belum sempat pun Mina mahu menghabiskan ayatnya Fara terlebih dahulu mencelah.
"Opss...aku tahu macam - macam soalan yang kau nak tahu kan..?" Soal Fara.
"Yes.."
"I will tell you soon..masuk kelas dulu. Penat.." ujar Fara sambil membuat muka kesian.
YOU ARE READING
Sanggupkah Aku?
RomanceFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...