"Weh Shahrul takde ws atau call kau ke? Aku dah lama tak dengar cerita dia." Soal Mina membuat Fara sedikit tersentak tapi dia cuba untuk berlagak seperti biasa.
"Takde pun. Aku dah tak dengar cite apa pun pasal dia. Aku tak nak tahu lah semua tu. Kalau Aniq tahu mati aku." Cerita Fara panjang lebar sambil menghayunkan buaian dirumah Aniq yang gah itu. Buaian itu juga tempat dia dan Aniq berborak.
Mina yang berada di sebelahnya hanya mengangguk tanda faham. Dia hanya inginkan kepastian saja tentang keberadaan Sharul dek kerana lama menyepi.
Hari ni juga kerana bosan tiada di rumah, Fara mengajak datang ke rumahnya. Mulanya keberatan juga takut "mengganggu" tetapi setelah dipujuk oleh Fara dan Fara mengatakan bahawa Aniq tiada dirumah kerana bekerja terus saja Mina segera ke rumahnya.
"Oh ya! Kau ngan Aniq macam mana? Apa cite sekarang?" Mina mula menukar topik perbualan mereka.
Fara mengerut dahi.
"Cite apa kau ni..." malu sebenarnya mahu memberitahu tentang perkembangan hubungan mereka berdua. Takut dibahan oleh Mina. Ini perempuan bukan boleh percaya.
"Elelelelele..cite kau ngan tuan rumah ni lah. Siapa lagi.."
"Macam...macam tulah.." sekadar biasa saja jawapan yang diberikan oleh Fara.
"Okay fine. Tak nak cite. Tapi mesti kau dah mula sayang kan..." Mina sudah mula menyakat sahabatnya itu.
"Siapa je yang tak sayang suami.." ayat spontan yang keluar dari mulut Fara.Mina melompong dan segera menutup mulutnya. Sengaja dibuat-buat.
"Hahahaha! Omg Fara. Is it true?"
"Halah...dah dia suami aku. Nak tak nak kena sayang lah."
"Omg...tak sangka sayang jugak.."
"Nape nak beromg omg pulak. Dia syurga aku kenalah sayang. Kalau tak sayang ke mana?" Sengaja Fara menyoal.
"Ke neraka..." jawab Mina.
"Bagus bagus."
"Tapi kan..." Mina berhenti seketika.
"Tapi apa lagi?" Fara tertanya tanya.
"Best tak dah kahwin?" Soalan cepumas dari Mina.
"Soalan apa yang kau tanya ni. Suka tanya soalan yang pelik-pelik."
"Pelik apanya. Ni soalan fakta okay. And...kau kena jawab. Ni soalan tentang hidup kau. Aku sebagai kawan kenalah amik tahu. Nak menunjukkan aku ni kawan yang baik. Kalau aku tak tanya maknanya aku bukan kawan yang baik.." panjang lebar kata-kata Mina ni. Panas je telinga Fara dengar.
"Okay okay!" Fara mengalah.
"Haaa kau tanya apa tadi? Tanya lah banyak-banyak. Seribu pun takpe." Perli Fara.
"Hahahaha amboi! Marah nampak Puan Fara ni hahaha! Aku tanya..best tak ada suami?" Mina mengulangi lagi soalannya tadi.
Sebelum Fara menjawab sempat lagi dia tersenyum manis.
"Kalau kau tengok aku sekarang yang macam ni..kau rasa aku bahagia tak?"
Mina tersenyum. Dan mengangguk."Sebab?" Soal Fara.
"Tengok kau yang berisi sikit ni pun aku tahu. Aniq tu bagi kau makan apa? Hari hari makan western eh?" Gurau Mina.
"Ish takdelah hari hari. Kau ni merepek je. Daripada kau tanya dia, baik kau tanya Bik Yanti tu apa yang dia masak sampai aku berisi macam ni".
"Hahahaha! Oh yaa! Sebut pasal berisi ni kan...aku nak tanya kau satu soalan boleh tak?"
"Soalan apa lagi ni?"
"Hehe..kau bila nak mengandung?"
Terbeliak mata Fara dibuatnya. Belum sempat Fara membuka mulut untuk menjawab Mina mula mencelah.
"Haa kau jangan jawab soalan apa lagi ni? Aku tak nak jawapan tu, okay." Gertak Mina sungguh.
"Hahahahaha!" Fara tergelak besar.
"Kau apahal gelak? Aku tak ada buat lawak pun."
"Takdelah. Aku baru je nak jawab tu. Pandai kau baca fikiran aku."
"Ahhh! Takde! Takde! Tukar topik pulak."
"Alaaa. Kau ni...." malas sebenarnya Fara mahu menjawab soalan cepumas lagi dari Mina.
"Hahahaha! Ke...kau nak tunggu aku kahwin dulu. Pastu nak mengandung sama sama. Omg sweetnya." Sambil bercakap sambil berangan Si Mina ni.
"Ciss. Tak kuasa aku. Nak tunggu kau kahwin ni sampai tua lah aku takde anak."
"Ehh cantik sikitttt."
"Apesal? Dah jumpa calon ke?" Soal cepumas dari Fara pula. Gelisah Mina dibuatnya.
"Eh..tukar topik eh. Soalan tadi tak jawab lagi." Mina sengaja menukar topik perbualan.
"Eleh dia pun sama. Ngata orang."
"Tapi aku tanya kau dulu." Nada suara Mina seolah olah inginkan jawapan dari Fara.
"Okay okay. Ada rezeki, adalah. Kalau takde, ikhtiar. Tak gitu?"
"Jawapan yang memuaskan. Eh tapi kan, aku tak sabar nak tunggu kau ada baby. Tengok perut kau besar. Its gonna be fun. Aku yang excited." Terlebih teruja pulak Mina ni.
"Nak rasa fun ke tak, pergi kahwin dan mengandung. Haa rasalah fun ke tak."
"Hahahahahaha. Aku suka lah kau yang sekarang ni. Kelakar. Hahahaha!"
"Ek?" Sepanjang hidup bersama dengan Aniq ni dia perasan juga bahawa dirinya banyak berubah. Berubah ke arah yang lebih baik.
Mungkin pertemuan dan perkahwinan ini ada hikmah. Dan hikmahnya dia dapat keluar dari kepompong yang gelap dan menemui cahaya.
Tuhan dan rancang semuanya. Dia juga tidak menyangka jodohnya seperti begini. Yang tidak disangka-sangka. Tanpa rasa cinta yang terbit dihatinya pada mula-mula kini mula sayang yang menerpa dihatinya.
"Fara..aku sebagai kawan kau, aku nak kau bahagia. Aku tahu kau takde siapa siapa dulu selain aku. Kau pernah cakap dengan aku yang kau nak rasa bahagia. Mungkin ini kebahagiaan yang kau cari. Kau hilang semuanya dengan sekelip mata. And Allah sekarang dah ganti balik. Kau kena tahu yang aku akan selalu ada dengan kau. Okay?" Mina memberikan kata-kata semangat pada Fara sambil memegang tangannya.
Kata-kata yang dia lafaz benar. Tidak ada penafian langsung. Dia sangat sayangkan Fara. Dia simpati dengan Fara. Dia bersyukur dia masih ada ibu bapa lain dengan Fara yang hidup sebatang kara. Ada abang tiri pun tak berguna langsung. Yang sanggup menjual adik sendiri demi kepentingan diri sendiri.
Tapi ada hikmahnya sebab tuhan merancang seperti ini. Mempertemukan Aniq dengan Fara. Mungkin Aniq kebahagiaan yang Fara cari.
Sekiranya Amin berada di sini. Ribuan terima kasih yang dia mahu ucapkan padanya.
YOU ARE READING
Sanggupkah Aku?
RomanceFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...