BAB 9

7.9K 195 6
                                    

   Genap seminggu dia tak berjumpa dengan Sharul. Apa lagi berselisihan. Bila melihat ke tempat parking kereta. Keretanya ada. Mungkin Sharul membuat keputusan untuk berjauhan dan tak lagi berjumpa dengan dia. Syukur. Mungkin juga dia telah move on. Fara berharap moga Sharul dapat jumpa pengganti Fara. Yang jauh lebih baik. Lebih cantik. Yang boleh mencintai Sharul sepenuh hatinya. Ada baiknya bersendirian.

   Genap seminggu juga la abang tirinya tah hilang pergi mana. Tapi dia ada tinggalkan nota buat Fara yang tertulis 'Aku tak balik sini, mungkin sampai bila - bila'. Dia sendiri tidak tahu ke mana perginya. Dan tak tahu apa motif dia menulis nota tu pada dia. Selalunya kalau keluar lama dia takdelah sampai dapat nota.

   Fara menghempaskan badannya ke tilam yang empuk itu. Haihh. Selepas kejadian yang menimpa dia 3 tahun lepas. Dia masih lagi menghantar makanan buat abang tirinya itu. Walaupun dah banyak kali arwah abangnya larang, Firdaus. Dia merasakan ada tanggungjawab yang perlu digalas. Baik buruk abang tirinya itu. Dia tetap abangnya. Darah dagingnya. Lain ibu. Tapi bapa yang sama.

   Walhal dari kecil memang Amin kurang suka pada Firdaus dan Fara kerana ibu Amin sangat menyayangi mereka. Mereka bijak. Rajin. Bukan macam Amin. Pemalas. Tapi hanya  Tuhan saja yang tahu bahawa Arifah, ibu Amin amat menyayangi mereka bertiga. Malah tidak pernah sekalipun menganggap Fara dan Firdaus sebagai anak tirinya.

Dia menyayangi seperti anak kandung dia sendiri. Tidak pernah juga dia membanding - banding Firdaus, Fara dan Amin. Cuma Amin yang berfikiran begitu. Mungkin cemburu. Normal la. Manusia. Cemburu tanda sayang. Berebut kasih dan sayang seorang ibu tunggal.

   Arifah membesarkan mereka bagai menatang minyak yang penuh. Diberi didikan agama yang secukupnya. Hidupnya nak kata senang tak adalah. Nak kata susah pun tidak. Mungkin sedang - sedang.

Bekerja sebagai kerani sekolah di sekolah yang Firdaus, Fara dan Amin menuntut ilmu. Tapi Arifah ada juga mengambil tempahan baju untuk menjahit. Mana yang mampu di siapkan. Mana yang tak mampu dia cuba untuk siapkan. Demi mencari sesuap nasi. Membesarkan anak - anak.

   Waktu umur Firdaus dan Amin 18 dan Fara 14 tahun, Arifah pergi  meninggalkan mereka akibat dipatuk ular semasa mahu pergi menoreh getah. Mereka dijaga oleh pak cik iaitu abang kepada Arifah, Amad. Pak cik nya masih ada lagi. Dia dibawa anak dan menantunya untuk tinggal di luar negara bersama mereka. Waktu itu Fara berusia 19 tahun. Dah mampu untuk hidup berdikari.

Sanggupkah Aku?Where stories live. Discover now