Aniq sudah merancang pelbagai rancangan untuk dia dengan Fara. Itu pun kalau Fara mahu berkahwin dengan dia. Eh mesti mahu punya. Dah ugut macam - macam kot. Dia rasa seperti tak sabar untuk bahagia dengan Fara. Entahlah.
Dia dapat rasakan yang Fara lain daripada yang lain dari yang sebelum - sebelum ni. Sebelum ni memang dia ramai teman wanita. Tak cukup satu. Tapi sekali pun dia tidak pernah tidur dengan mana - mana perempuan. Walaupun girlfriends dia pakai baju yang tak cukup kain.
Tapi ramai juga lah bila diantara girlfriends dia tu sengaja mereka cipta mengandung anak dia lah. Desperate sangat. Se playboy - playboy dia. Jahat - jahat dia, dia tak pernah sentuh anak dara orang.
Dia tak nak berkongsi. Yalah. Perempuan macam tu mestilah dah pernah dengan mana - mana lelaki. Dia bukan percaya pun dengan girlfriends dia yang tak semenggah ni. Tapi ada juga sorang teman wanita dia ni yang obses sikit dengan dia. Eeeii. Meluat hatinya. Cukup tak berkenan. Menyampah.
Dia juga pernah pergi ke clubbing, disko whatever lah tapi tak pernah minum minuman syaitan tu. Dia ada prinsip hidup dia sendiri. Sebab tu la bila pertama kali dia melihat Fara. Pandang wajah Fara, dia jadi suka sangat pada Fara.
Mungkin ni ciri - ciri isteri yang dia mahukan. Mungkin la. Cuma berkenan di hati. Dia tetap akan memiliki Fara, tak kisah guna cara apa sekalipun. Nak tak nak Fara kena terima.
Aniq berjalan menuju ke bilik di mana Amin telah ditempatkan diiringi oleh konco - konconya yang berbadan sasa.
"Hi brother in law. Oppss abang tiri je kan." Kata Aniq sambil tersenyum sinis melihat keadaan Amin yang masih lagi terikat dan duduk di kerusi yang sama.
"Niq..bila kau nak lepaskan aku, aku dah tak tahan duduk sini." Rayu Amin.
"Sampai Fara jadi milik aku sepenuhnya."
"Kau nak amik Fara, amiklah. Aku tak hairan pun dengan budak tu." Tegas Amin. Dia betul - betul tak kisah pun dengan Fara. Kejam betul.
"No...bukan senang nak amik Fara macam tu. Sesenang kau pinjam duit dari aku. Sesusah kau nak bayar balik." Kata Aniq sambil berjalan mengelilingi Amin.
"Plus Fara bukan anak patung yang mudah untuk dimiliki." Tambah Aniq lagi. Part yang anak patung tu dia merendahkan badan mata nya memandang tepat pada muka Amin dan menolak kepala Amin dengan jari telunjuknya.
"Kalau aku lepaskan kau, aku dah tak nak tengok muka kau kat sini dan kau jangan macam - macam dekat luar sana." Ujar Aniq sambil pandang sinis pada Amin.
Baru saja Aniq mahu keluar. Ada satu perkara lagi yang penting untuk dibicarakan.
"Ohh..yaa..i'm going to marry your Fara as soon as possible. Baru aku lepaskan kau. Kalau Fara tak nak kahwin dengan aku, sampai bila - bila pun aku tak kan lepaskan kau." Ujar Aniq dengan nada yang agak tegas dan penuh ugutan.
Bagi Amin pula semua nya bergantung pada Fara. Dia sudah tidak tahan lagi duduk di sini. Dengan tak mandinya. Makan dengan cara kasar. Kawalan terlalu ketat untuk melarikan diri. Selalu diperhatikan.
Lagipun dia tidak berdaya untuk melawan konco - konco Aniq. Dirinya masih terasa sakit, teruk juga dibelasah. Lebam - lebam di mukanya pun belum lagi hilang. Tu la siapa suruh melarikan diri. Nasib badan.
Sejurus Aniq keluar dari bilik tersebut. Dia terus ke biliknya. Baring di katil empuknya itu. Terngiang - ngiang suara manja Fara. Senyuman Fara. Wajah Fara. Dia jadi rindu pada Fara. Terlalu rindu. Dia langsung tak boleh lepaskan Fara. Fara akan jadi hak dia. Tak ada sorang pun yang boleh amik Fara.
***
Sharul pula akan berangkat ke Australia hari Selasa nanti. Makin berat rasanya mahu melepaskan Fara. Dia berharap sangat yang Fara akan berubah fikiran bila dia dapat balik sini lagi. Dia masih lagi berharap pada cinta Fara. Kasih Fara. Sayang Fara. Sampai bila - bila pun tak akan hilang.
Dan bila Fara setuju mahu mengahwini dia, dia akan bawa Fara tinggal dengannya di Australia. Sampai bila - bila. Dia akan bahagia dengan Fara. Punyai anak yang ramai. Yang cantik seperti Fara. Dan yang kacak seperti dia. Sharul berimaginasi sendiri.
Tapi kalau Fara tetap sama pendiriannya macam mana dengan dia. Dia sendiri tidak sanggup untuk melihat Fara bahagia dengan orang lain selain daripada dia.
Mahukah dia melepaskan Fara begitu saja. Setelah bertahun - tahun dia mencintai Fara dalam diam tanpa pengetahuan Fara. Tahun ni saja baru dia dapat meluahkan isi hati pada Fara. Rasa sayang yang mendalam buat Fara. Sanggup buat apa saja untuk Fara. Hanya untuk Fara.
Tapi sayangnya. Fara tak nampak semua itu. Semua pengorbanan dia. Fara menolak begitu saja. Dengan alasan cuma menganggapnya sebagai kawan biasa. Yang tak punya perasaan yang sama seperti dia. Apa kurangnya dia. Ramai gadis yang di luar sana mahu menjadikan dia sebagai teman lelaki. Teman istimewa dalam hidup.
Tapi Fara tolak mentah - mentah. Rasa sakit hati dia bila teringat Fara tidak mahu menerima cintanya . Masih lagi berbekas di hati. Dia tak akan pernah lupa. Bahkan tidak pernah lupa.
Dia bertekad akan jumpa Fara hari isnin ni. Untuk kali yang terakhir. Memandangkan ahad dia sudah mula busy untuk packing barang. Satu barang pun dia tak packing lagi.
Rumahnya disini akan kosong. Hanya orang gajinya yang akan datang melihat - lihat dan mengemas rumah. Senang bila dia balik nanti ke sini. Jumpa Fara. Tapi tak tahu bila. 2 tahun lagi. 3 tahun lagi. Dia sendiri tidak tahu. Semua bergantung pada bapanya. Dia akur dengan kehendak bapanya.
YOU ARE READING
Sanggupkah Aku?
RomanceFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...