Bab 62

6.5K 180 4
                                    

Aniq sudah mula sikapnya yang dulu, solat entah ke mana, malam keluar pagi baru pulang ke rumah. Dia sudah mula menjejakkan diri lagi ke kelab malam seperti dulu.

Hidupnya kini tidak teratur tanpa Fara di sisi. Sudah seminggu Fara tiada di sisinya. Semuanya jadi kacau bilau.

Fara pula hilang tanpa khabar berita. Aniq pula tidak mencarinya langsung walaupun sudah di suruh oleh semua pembantu rumahnya.

Rumahnya pula kini kosong dan sunyi tanpa kehadiran Fara. Selalunya ada je yang suruh masakkan asam pedas, laksa kini tiada lagi. Entah hilang ke mana.

Mina juga hairan Fara langsung tidak hadir ke kelas seminggu. Di talifon tidak berjawab, mesej apatah lagi. Risaunya membuak buak di hati.

Mina tidak tahan lagi, akhirnya dia membuat keputusan untuk pergi ke rumah Aniq. Apa nak jadi, jadilah. Mungkin ada sesuatu yang tak baik berlaku pada Fara.

Selepas pintu pagar rumah Aniq di buka, Mina terus memakir keretanya di perkarangan rumah Aniq.

Dilihat Aniq berada di buaian, tempat yang selalu dia lepak dengan Fara. Tapi Fara tiada di sisinya.

Mina melihat Aniq tidak terurus langsung. Makin risau Mina dibuatnya. Apa yang dah berlaku sebenarnya.

"Kau buat apa datang sini? Fara tak ada." Selamba Aniq berkata begitu.

"Mana Fara? Apa yang terjadi sebenarnya?"

Aniq tersenyum senget dan berdiri.

"Pura pura tak tahu.."

Mina mengerut dahi. Dia benar benar tak mengerti apa yang berlaku seminggu ini.

"Kawan engkau tu curang belakang aku. Depan aku pijak semut tak mati. Belakang aku, macam macam yang dia buat.."

Mina berasa tidak puas hati. Mana mungkin Fara seperti ini. Tiba tiba dia teringat akan sesuatu, Sharul?

"Ni semua ada kaitan dengan Sharul ke?"

"Siapa lagi kalau bukan mamat tu. Ke, dia ada ramai lelaki selain dari aku, selain dari mamat tu?"

Mina sudah mula panas. Dia tak boleh tengok kawannya di hina seperti ini. Dia tak sangka Fara berada di situasi seperti ini.

"Aku ingatkan kau lain, tapi kau sama je. Tak guna. Percaya orang lain lebih dari isteri dia sendiri. Nampaknya Fara salah pilih suami."

Aniq hanya tersenyum sendiri dan mahu masuk ke dalam rumah meninggalkan Mina itu. Tapi sebelum itu, Mina mahu mengatakan sesuatu.

"For your information Encik Aniq, sebelum kau berfikir yang entah apa apa tu. Aku ada sesuatu yang nak di bagitahu."

"Apa lagi.." riak Aniq yang seperti malas mahu mendengar.

"Fara tak tahu pun Sharul ada datang jumpa aku. Dia sendiri yang minta izin nak jumpa dengan Fara melalui aku. Dia hanya nak minta maaf dengan Fara je atas apa yang berlaku selama ni. Dia dah janji yang dia takkan kacau Fara lagi. Dia akan biarkan Fara tu bahagia dengan kau. Mulanya aku memang tak setuju, tapi Sharul kawan aku, kawan kami. Baik buruk dia, dia tetap kawan kami.."

Itulah ayat yang selalu dilontarkan oleh Fara. Dia jadi sebak, tapi dia tahan air mata dia tidak menitis. Dia kena teruskan perjuangan ini. Ini semua salah dia.

Kalau lah dia berterus terang dengan Aniq pasti tidak akan jadi seperti ini.

"Minta izin dengan kau? Apa kau ni suami dia? Aku suami Fara, patut dia datang jumpa aku. Nak minta maaf konon.."

Kali ni Mina pula yang ketawa. Ketawa perli pada perkataan suami.

"Suami? Suami ke macam ni yang sanggup buang isteri sendiri? Tanpa selidik lebih teliti dahulu. Sekurang kurangnya dia reti minta maaf."

Belum sempat Aniq mahu membalas semua kata kata Mina itu, Mina terlebih dahulu bertindak.

"Kau cuma mendengar, tapi bukan melihat dengan mata kepala sendiri. Atau tak tanya langsung Fara apa yang berlaku. Kau mesti tak beri dia peluang nak bercakap. Kalau macam ni lah, you don't deserve her." Sambung Mina lagi.

Kali ni dia benar benar marah pada Aniq. Sampainya hati dia buat Fara seperti ini.

Kata kata Mina itu bagaikan menikam nikam hati Aniq itu. Aku dah buat satu kesilapan yang besar ke?

"Oh ya. Kesilapan tu bermula dengan kau sendiri. Kalau kau tak usik pasal syarikat parents dia, benda takkan jadi macam ni. Dia akui, dia takut orang orang kau usik dia walaupun sekadar dengan ayat. Dia tak kacau Fara dah pun."

"Mungkin orang orang kau ternampak yang dia cuba untuk rapat dengan Fara hanya sekadar dia mahu meminta maaf je. Orang orang kau beri maklumat yang salah, dan kau salah faham kau terus kaitkan dengan syarikat dia.."

Mina berhenti seketika, dia melihat reaksi Aniq yang terkejut dengan salah faham yang telah terjadi ini.

"Tapi elok lah tu, dua dua tak dapat Fara. Dua dua kehilangan Fara. Mungkin ada lelaki di luar sana yang lebih layak buat Fara.."

Aniq terus terduduk di buaiannya tadi. Menyesalnya sudah menerpa di hati. Betapa egonya dia menafikan semua yang berlaku. Dan meletakkan semua kesalahannya pada Fara. Kejamnya aku.

Aniq sudah mula rasa rindu pada Fara. Egonya sudah di ketepikan. Di letak jauh jauh. Dia mahu berjumpa dengan Fara. Dia ingin meminta maaf pada Fara.

Tapi, dia sendiri tidak tahu di mana keberadaan Fara. Fara pergi begitu saja. Tapi aku yang menghalaunya. Aku yang tidak ingin berjumpa dengannya lagi.

Takkan sampai bila bila aku takkan jumpa Fara lagi. Air matanya jatuh membasahi pipinya. Untuk pertama kalinya dia menangis demi seorang gadis yang telus, tidak bersalah dalam hal ini.

Aku tak bagi Fara peluang langsung nak cakap. Kejamkah aku? Layakkah aku menjadi suaminya?

Aku nak cari Fara walaupun aku tak tahu dari mana aku nak mula. Aku tetap nak cari sampai jumpa!

Sebelum Mina meminta diri untuk pulang, ada lagi kata kata khas buat Aniq sebelum beredar.

"Kau bukan tuhan untuk menghukum seseorang.."

Sanggupkah Aku?Where stories live. Discover now