Malam tu Fara tak boleh tidur. Entah siapa yang sedang ingat pada dia sehingga dia sukar untuk lelap. Aiceh. Gitu pulak. Jadi seram untuk menunggu hari esok.
Hari esok yang akan mengubah segala hidupnya. Bodoh ke dia yang terpaksa mengorbankan masa depannya semata - mata mahu menolong abangnya.
Semakin berdebar untuk tunggu hari esok. Dia sendiri tidak tahu apa yang akan jadi pada dirinya. Hidupnya. Pelajaran dia. Yang terpaksa kena kahwin dengan orang yang baru dikenali.
Asal usul pun dia tak tahu. Mampukah bertahan rumahtangga mereka. Mampukah bahagia. Sanggupkah dia? Dia sendiri kurang pasti. Sakit kepala bila memikirkan masalah yang dia hadapi ini. Sendiri.
Dia rindu pada abangnya. Rindu pada ibu bapanya dan mak. Dia berniat untuk menziarahi pusara mereka. Agak lama dia tak ke sana. Nak kata busy tu tak adalah sangat. Rindu tapi tak ziarah. Tapi dia tak pernah lupa untuk sedekahkan Al Fatihah buat mereka.
Talifonnya berbunyi. Mesej masuk. Arghh dia lagi. Suka kacau malam - malam. Dia nak apa lagi ni.
'Besok hari yang kau tunggu - tunggu' - Fara Mine aka Aniq
Fara yang mengeluh kesal. Aku tak pernah tunggu pun hari itu. Kalau lah masa boleh diterbalikkan.
'Saya tahu...' hanya itu yang mampu Fara balas. Ingin saja dia balas. Saya tak tunggu pun hari tu, saya tak nakkkkkk. Boleh tak ikhtiar cara lain?. Dia yakin setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.
Tapi bila difikir balik. Mahu tak mengamuk si Aniq ni nanti. Kang tak pasal - pasal dia dah terpacak kat depan rumah. Bahaya Aniq ni. Bukan boleh percaya pun.
'Kau jangan cuba nak lari pula. - Fara mine aka Aniq. Sengaja Aniq mahu mengingatkan Fara. Walaupun dia tahu yang Fara tak berani nak lari. Kalau dia lari nyawa abang dia akan terancam. Nyawa dia juga akan terancam.
'Nak lari ke mana pulaakk. Saya tak lari pun' - Fara
'Okay sayang..'
Terbeliak mata Fara. What? Sayang? Oh maigad. Dia memang gilaa......too much.
What have i done? Gumam Fara dalam hati sambil mengetuk - ngetuk dahinya.
Dia sendiri tidak tahu kenapa. Bila dengan Aniq dia akan rasa lain macam. Rasa tak tahu macam mana nak tafsir. Walaupun dia banyak geram dengan perangai Aniq. Tapi entahlah.
Bila dengan Aniq dia kurang ingat dengan kejadian ngeri yang menimpa dia 3 tahun lepas. Malah. Tak pernah ingat pun. Tapi kadang ada juga certain part yang dia ingat. Tapi tak banyak.
Dia banyak fikir macam mana nak tolong abangnya. Dengan sikap Aniq yang agak tegas, kadang - kadang agak manja, kadang - kadang garang. Dan tiba - tiba marah. Dia tak dapat nak baca fikiran Aniq yang compicated tu.
Dia sendiri tak tahu kenapa Aniq kurang suka bila dia rapat dengan mana - mana lelaki. Cemburu kah dia? Hisyy. Dia tak nak terlalu perasan. Habis macam mana nanti bila nak buat sesuatu tugasan yang terpaksa bekerja dan berkongsi idea dengan lelaki? Susah lah macam ni.
Dia jadi mengantuk. Perlahan - lahan matanya tertutup rapat. Tidur. Lena. Moga dibuai mimpi yang indah.
![](https://img.wattpad.com/cover/64205121-288-k532695.jpg)
YOU ARE READING
Sanggupkah Aku?
RomanceFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...