BAB 48

6.8K 168 3
                                    

Mereka sudah tiba di rumah Aniq. Kepulangannya di sambut baik oleh pekerja-pekerja Aniq. Fara di dibuaian diikuti oleh Aniq.

"Adik-adik awak bila balik sini?" Soal Zara.

"Entah. Tak tahulah. Besok kot. Kenapa?"

"Tak ada apa. Saja tanya."

Aniq memandang Fara membuatkan dia jadi tak senang duduk dengan pandangan Aniq tu. Seram sejuk.

"Err..kenapa?"

Aniq tersedar dari lamunannya.

"Tak ada apa, nak pandang isteri sendiri tak boleh ke?" Sakat Aniq membuatkan Fara tersenyum lebar. Malu.

"Kau bahagia tak hidup dengan aku?"

Fara terdiam seketika. Soalan apa yang dia aju pada aku.

"Haa..err.." Fara tidak tahu mahu jawab apa.

"Bahagia tak?"

Fara sekadar tersenyum dan angguk. Aniq berasa lega.

"Aku minta maaf kalau aku dulu paksa kau kahwin dengan aku. Ugut-ugut kau semua tu."

Fara memandang Aniq. Dia dapat merasakan yang Aniq sudah berubah. Tak seperti dulu. Syukur.

"Takpe."

"Takpe? Kau tak marah aku? Dendam? Yelah mana lah tahu aku rosakkan masa depan kau ke?"

Fara tersenyum. Laju betul cara Aniq bercakap.

"Tak adalah. Mana ada. Mungkin dah jalan cerita hidup saya macam ni. Saya redha."

"Maksudnya?" Aniq mahu Fara menjelaskan lagi.

"Kalau dah takdir tentukan cara saya berjumpa dengan jodoh saya macam ni, saya redha. Saya terima dengan hati yang terbuka. Buat apa saya nak berdendam dengan awak. Tak ada faedah pun. Saya dah jadi isteri awak yang sah pun." Terang Fara.

"Kenapa kau dulu tak lari masa aku cuba-cuba ugut kau?" Soal Aniq lagi. Entahlah. Dia betul-betul nak tahu tentang semua ni.

"Ada dua sebab. First, saya nak lari pergi mana? Saya tak tahu banyak tempat. Lagipun kalau saya lari, awak pasti akan cari saya."

"Second?" Ujar Aniq.

"Saya takut kalau awak apa-apakan abang saya."

"Amin?"

Fara mengangguk. Abang siapa lagi kalau bukan Amin.

"Kau sayang betul dengan si Amin tu. Padahal dia dah nak buat yang bukan-bukan kat kau." Selamba Aniq kata begitu pada Fara.

Tapi reaksi Fara cuma senyum. Dia tak terasa hati dengan apa yang Aniq cakap. Peristiwa hitam itu benar-benar menakutkan dia. Hampir tiga tahun hidup dia tak tenang.

"Dia satu-satunya abang yang saya ada. Saya ada dia sorang je."

"Habistu kalau dia dah buat yang tak baik kat kau? Kau still anggap dia abang kau ke?" Soal Aniq lagi. Dia masih menantikan jawapan dari Fara.
Untuk seketika ini, Fara terdiam. Dia kehilangan kata-kata. Dia tak ada jawapan untuk soalan Aniq.

"Saya tak tahu."

Aniq tersenyum sebelum mula bersuara lagi.

"Kau ni baik sangat. Kalau aku jadi kau, aku dah biar dah abang aku tu hidup merempat."

"Saya tak sanggup."

"Itu kalau aku jadi kau."

Mereka diam untuk seketika.

"Err..awak tahu tak Abang Amin ada kat mana?" Soal Fara teragak-agak. Takut juga kalau Aniq marah padanya.

"Entah. Last aku tahu dia ada dekat indonesia. Lepastu entah."

"Indonesia??" Terkejut Fara. Jauh abangnya merantau.

"Kenapa?"

"Tak..tak ada apa."

"Kau jangan risaulah. Abang kau tu lelaki. Pandai-pandai lah dia nak hidup."

Aniq melihat Fara yang masih lagi diam.

"Kau tak payah fikir pasal abang kau tu. Dia tak pernah fikir pasal kau pun. Kau fikir pasal aku je." Sambung Aniq lagi dengan selamba.

"Haa??" Fara memandang Aniq.

"Apa salah ke aku cakap?"

Zara tergelak kecil sambil menggeleng kepala. Aniq ni kadang cakap direct je. Membuatkan dia senyum sendiri dan malu.

** Guys boleh baca cerita Part Of My Life, Crush, Kita, Our Love Story and Takdir. K bye 😂

Sanggupkah Aku?Where stories live. Discover now