Sedang Fara mahu menutup pintu biliknya kerana hendak keluar dia ditegur oleh seseorang. Lelaki. Dia kenal dengan suara itu. Fara menoleh ke belakang. Arghh! Dia lagi. Memang tak ada orang lain ke dekat dunia ni.
"Fara."
"Yess? Arif? Kau nak apa-apa ke?" Soal Fara. Dia sudah tidak senang duduk. Takut-takut kalau Aniq ternampak. Dan marah. Walaupun pertemuan pertamanya dengan Arif dia kelihatan biasa-biasa je.
"Tak ada apa. Cuma nak tanya sejak bila kau kahwin? Tak jemput pun." Soalnya dengan nada yang sedikit kecewa.
"Baru je. Jemput orang terdekat." Balas Fara ringkas. Sebelum ni kalau dekat kelas tak ada pula rajin menegurnya. Ni dekat sini tiba-tiba dia mula tegur. Apa kes?
"Mina? Kau kan rapat dengan dia? Dia tahu tak?" Tanya Arif lagi. Entahlah. Dia benar-benar ingin tahu.
"Mina tahu..""How about Shahrul?"
Pertanyaan Arif membuatkan Fara terdiam seketika. Shahrul? Dia tidak mahu lelaki itu tahu.
"Shahrul tak tahu. Kau jangan bagitahu dia ye?" Kata Fara dengan teragak-agak. Lelaki ni boleh dipercayai sangat ke. Aduh!
"Oh dia tak tahu. Bukan korang bestfriend ke? Dan...bukan dia suka kau ke?" Dia tahu tentang perasaan Shahrul terhadap Fara. Gadis cantik, siapa yang tidak suka. Dia dulu ada perasaan terhadap Fara. Tetapi lepas diugut oleh Shahrul dia tidak berani meluahkan perasaannya terhadap Fara. Hal itu kerana dia tidak berani menegurnya.
"Haihh. Mana kau tahu dia suka aku?"
"Semua dah tahu kot. Kecoh masa dekat kafe." Terangnya lagi.Ni mesti sewaktu Shahrul buat pengakuan suka padanya dan secara tidak sengaja didengari orang lain. Alahai Shahrul. Kau ni pergi buat masalah lah sempat lagi Fara berkata dalam hati.
Fara mengeluh. Menyesali dengan apa yang telah berlaku ni. Sudahlah doa tidak mahu berkata hal ini lagi. Dia harus memfokuskan tentang rumah tangganya itu. Ini lebih penting dari segalanya.
"Takpelah. Jangan bagitahu hal ini pada orang lain. Aku minta diri dulu. Bye." Fara mengundurkan diri. Lagi lama dia disitu lagi lama dia akan rasa panas dan tidak senang duduk. Mungkin lagi bertubi-tubi Arif bertanyakan soalan padanya. Mati dia nak jawab apa nanti.
"Bye." Arif hanya melihat Fara berjalan pergi meninggalkan dia. Dia masih lagi berada di depan bilik Fara. Setelah cintanya tidak berbalas dia hanya mampu melihat Fara dari jauh. Ini semua gara-gara Shahrul yang mengugutnya. Dia bukan takut dengan Shahrul cuma Shahrul mengugut akan mempermainkan perasan adiknya itu. Arif ada adik perempuan yang satu universiti dengannya. Adik Arif mempunyai perasaan terhadap Shahrul. Demi adiknya, dia korbankan perasaannya terhadap gadis yang dia cintai.
Setelah mengetahui Fara sudah berkahwin. Hancur, remuk hatinya. Tapi apa pun dia redha. Mungkin lelaki itu adalah jodoh yang terbaik buat Fara. Dan dia akan mendapat gadis yang lebih baik dari Fara. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
*****
Fara berjalan menghampiri Aniq yang sedang duduk di meja makan sambil menghirup secawan teh. Dengan perasaan yang cukup mendebarkan dia duduk di sebelah Aniq sambil melemparkan sebuah senyuman.
"Lambatnya. Dapat tak barang tu?" Soal Aniq dengan bersahaja. Dia tidak mengesyaki apa-apa pun yang terjadi tadi.
"Dapat. Ni" jawab Fara sambil menunjukkan talifon tadi yang baru diambil.
"Tadi jumpa Arif." Fara mulakan perbicaraan. Dia harus beritahu hal ini pada Aniq. Dia tidak mahu Aniq salah faham padanya. Ramai mata-mata Aniq yang sentiasa memerhatikannya.
"Oh dia nak apa?" Soalnya sambil bersahaja memandang Fara.
"Tak ada apa. Borak biasa je." Balas Fara. Melihat reaksi Aniq yang biasa-biasa saja dia mula bertenang dan perasaan yang lega. Mungkin Aniq yang dulu bukanlah Aniq yang sekarang.
******
Fara mengemas barang-barangnya untuk pulang ke rumah petang ini nanti. Dia perlu berkemas awal. Mood Aniq kadang-kadang berubah dan tak tentu hala.
Aniq masuk ke dalam bilik melihat Fara yang sedang mengemas barang-barangnya di birai katil lalu mendekatinya.
"Nah." Ujar Aniq sambil menghulurkan bunga ros pada Fara.
Fara menoleh dan memandang Aniq. Dia masih lagi terpinga-pinga.
"Apa ni?" Fara mengerutkan dahinya.
"Bungalah."
Fara terdiam lagi. Biar betul Aniq bagi bunga. Macam tak percaya je.
"Take it or leave it?"
Fara segera ambil. Sayang kalau buang. Cantik bunga ni. Wangi.
"Awak beli?" Soal Fara.
Riak wajah Aniq berubah. Tak kan nak cakap beli kot. Malu lahh.
"Tak lah. Ada orang bagi tadi. Aku ambil je lah."
Ini kali pertama dia memberi bunga pada perempuan. Nak tak nak mungkin itu alasan terbaik.
Tapi naluri Fara kuat mengatakan Aniq membeli untuknya. Dia melihat Aniq yang sudah terbaring di sisinya. Malu lah tu.
Aniq teringat perbualannya tempoh hari sewaktu di pondok di tepian pantai.
"Orang tua kau meninggal sebab apa?" Soal Aniq yang mahu tahu.
"Ibu meninggal sebab dia kemalangan. Dia terkejut bila dapat tahu abah kahwin lain. Dia dilanggar sewaktu dia melarikan diri dari abah."
Fara terdiam seketika sebelum memulakan perbicaraannya lagi.
"Abah pula bila melihat ibu kemalangan dia terkejut dan meninggal sewaktu dia riba ibu."
"Mak meninggal sebab kena patuk ular." Fara memandang wajah Aniq yang tekun mendengar dia bercerita.
"Masa orang tua kau meninggal kau umur berapa?" Soal Aniq lagi.
"Tak ingat. Tapi masa tu kecil lagi. Sejak abah ibu tak ada, mak lah yang banyak jaga kami sampai kami besar. Lepastu baru mak pergi. Dugaan yang Allah beri tak habis dekat situ. Selang beberapa tahun abang ikut mereka. Tinggal saya sorang-sorang. Abang Amin tak nak jaga pun. Dia hidup sendiri. Saya hidup sendiri." Air mata Fara mula menitik jatuh ke pipinya.
Aniq hanya membiarkan saja. Mahu dilap. Tak apelah. Ego dia lagi tinggi.
"Hidup seorang diri ni kena kuat. Kalau tak kuat..habislah."
Kata-kata Fara itu membuatkan dia rasa bila kita rasa hidup kita ni susah, sebenarnya ada orang yang hidupnya lebih susah dari kita.
Nak di bandingkan dengan dia, dia lebih beruntung dari Fara soalnya dia dapat merasai kasih sayang mama dam papanya walaupun hidup di luar negara.
Tapi Fara juga beruntung. Dibesarkan dengan didikan agama yang cukup tak seperti dia.
Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan sendiri.
![](https://img.wattpad.com/cover/64205121-288-k532695.jpg)
YOU ARE READING
Sanggupkah Aku?
RomanceFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...