Jam menunjukkan pukul 6 tepat Fara bangun. Dia dah terbiasa bangun awal.
Agak terperanjat juga bila dia memerhatikan keadaan sekeliling bilik itu dan terlihat ada orang yang sedang tidur di sofa yang memang sudah ada di dalam bilik itu.
Dia tak sangka pula Aniq betul - betul jaga dia sampai terpaksa tidur di sofa. Sanggup tinggalkan katil dan bantal yang empuk semata - mata untuk jaga dia.
Terseliuh kaki je bukannya apa pun. Jaga macam kemalangan teruk sangat.
Dia bingkas bangun dari katil lalu menuju ke sofa tersebut kerana dia mahu mengejutkan Aniq sebentar. Fara mahu membersihkan diri. Dengan keaadaan Aniq yang masih berada di situ takkan nak terus mandi kot. Ni lagi bahaya.
"Awak..awak..bangun.." ujar Fara sambil menggoyangkan sedikit badan Aniq.
Perlahan - lahan Aniq buka mata melihat gerangan siapakah yang mengejutkan dia pagi - pagi buta ni. Dia masih mengantuk sangat.
"Oh Fara..nak apa - apa ke..aku boleh amikkan.." balas Aniq sambil menggeliat dan menggosok kedua - dua belah matanya.
"Eh..tak. Tak payah. Saya nak mandi. Awak boleh tolong keluar tak..? Soal Fara dengan agak ragu - ragu jugak. Macam mana kalau mamat ni tak nak keluar. Masalah lagi.
"Kalau aku cakap aku tak nak keluar, kau nak buat apa? Nanti kalau tiba - tiba kau jatuh macam mana?" Jauh betul pemikiran Aniq. Dia sengaja mahu menyakat Fara pagi - pagi ni.
"Ha...". Bingung Fara dibuatnya. Dia memang cari pasal pagi - pagi ni. Dah lah duduk berdua dalam rumah ni. Berdua dalam bilik. Tidur satu bilik. Nasib baik tak satu katil. Makin bertambah lah masalah dalam kepala dia.
Aniq tergelak kecil melihat kebingungan Fara. Dia bingkas bangun.
"Okay okay. Aku bangun. Nak turun nanti ketuk pintu bilik aku. Kau jangan turun sorang - sorang pulak.." ujar Aniq. Risau sangat pada Fara.
Fara mengukir senyuman dan mengangguk berkali - kali tanda faham apa yang Aniq sampaikan.
Aniq keluar dari bilik Fara sambil tersengih - sengih. Entah apa yang lucu dia sendiri tidak tahu.
Lega hati Fara bila Aniq dah keluar dari biliknya. Dia sendiri tak sedar pun bila masa Aniq masuk dalam biliknya dan tidur di sofa.
Mengenangkan kakinya yang macam tu. Macam mana nak pergi kelas ni. Macam mana nak bagitahu Mina. Nak bagi alasan apa. Mina boleh percaya ke.
Oh yaa Mina... macam mana kalau bagitahu hal ni pasal Mina. Hal Aniq. Eh. No! no!. Bagitahu pasal dia nak kahwin je. Tapi nak bagi alasan apa pula. Dah sampai seru nak kahwin. Eh...cliche nya jawapan.
Kena cakap hal ni pada Aniq. Mina kena tahu. Dia satu - satunya kawan perempuan yang dia ada. Tapi dia tak nak Sharul tahu. Nanti tak pasal - pasal dia tak jadi pergi Australia. Tak nak! Tak nak! Gumam Fara dalam hati. Serabut otak dia.
Dia terus pergi masuk ke dalam bilik air. Mahu membersihkan diri. Jalan perlahan - lahan amat sukar bagi dia.
*******
Lepas dah bersiap - siap untuk pergi ke kelas nanti macam yang Aniq suruh ketuk pintu bilik dia dulu kalau nak turun.
Rumah ni masih lagi sunyi selepas dia keluar dari biliknya. Mana budak - budak. Bibiknya semua datang ke sini jam berapa. Lambatnya.
Tanpa membuang masa lagi dia terus ketuk pintu bilik Aniq.
Satu ketukan. Dua ketukan. Tiga ketukan.
Baru Aniq muncul di hadapan Fara. Nampak segak dari biasa. Biarpun cuma memakai t shirt lengan panjang warna biru. Seluar trek warna hitam.
Tiba - tiba dia pun teringat yang dia pakai baju biru sama seperti Aniq. Cuma skirt panjang warna kelabu. Dan tudung baru warna hitam.
"Ha..nak turun. Jom.." segera Aniq menutup pintu biliknya. Dan mengiringi Fara untuk berjalan ke tangga.
Ingin saja Fara bertanya rumah ni tak ada lift ke. Kalau ada senang sikit hidup dia nak turun ke bawah dalam keadaan dia yang macam ni.
Tapi soalan itu dibiarkan saja tanpa jawapan. Takut kecil hati pula si Aniq ni. Manalah tahu.
"Bik Sari, Bik Ina dengan Bik Yanti datang kerja pukul berapa..?" Soal Fara setelah lama dua - dua membisu.
"8:30 nanti dorang datang lah.." balas Aniq ringkas yang sedang perlahan berjalan mengiringi Fara yang jalan memegang tongkat.
*****
Fara hanya melihat Aniq yang bersusah payah menyediakan sarapan buat nya. Yang Fara hanya duduk di atas kerusi meja makan untuk bersarapan.
Sikit pun tak ada rasa bangga dalam diri Fara sebab di layan seperti ala ala princess.
Cuma sedikit rasa pelik di layan seperti itu. Kalau dah kahwin tu boleh lah dapat layanan yang agak istimewa itu. Ni kahwin pun belum. Takut ada udang di sebalik batu.
Di depannya ada roti, mentega, air teh. Punyalah lama kehulur kehilir cuma ada itu je. Baik buat sendiri. Haih. Bersyukur lah. Gumam Fara dalam hati sambil matanya melihat Aniq yang sedang duduk di kerusi sebelahnya.
"Saya boleh buat sendiri lah.." ujar Fara. Dia agak kurang selesa dengan layanan Aniq yang terlampau - lampau ni.
"No........" balas Aniq sambil tangannya ligat sapu mentega ke atas roti buat Fara.
Fara mengeluh lembut. Tak tahu lah sama ada Aniq dengar atau pun tak dengar. Ataupun pura - pura tak dengar. Entahlah.Fara menyambut roti yang telah dihulurkan oleh Aniq.
Dia tiba - tiba terfikir pasal Mina. Mahu bercakap hal ini pada Aniq ke tidak. Roti yang tadinya belum pun hinggap masuk ke dalam mulut. Masih lagi di pegang dan pandang roti tu.
"Apehal tak makan? Aku tak letak apa - apa pun dekat roti tu. Ke nak aku suap?" Ujar Aniq yang dilihat Fara cuma memandang saja roti tu.
Fara menggeleng perlahan. Dia melihat Aniq. Nak cakap ke tidak ni. Berat rasanya nak keluarkan suara.
"Awak.." kedengaran suara Fara di telinga Aniq. Segera dia pandang sambil mengjongketkan kening dia. Terserlah kemachoan dia. Huhu.
"Apa? Kau jangan cakap yang kau nak cancel semua." Tegas Aniq.
"Eh tak tak. Bukanlah.." cepat - cepat Fara menafikannya. Takut Aniq salah faham. Habis abangnya dikerjakan nanti. Tak dapat bayangkan.
"Kalau saya nak ajak kawan saya sorang datang besok boleh..? Sambung Fara dengan teragak - agak.
Aniq yang tadinya sedang syok mengunyah roti terus berhenti. Dia memandang Fara.
"Majlis kita?"
Fara mengangguk. Dia berharap yang Aniq akan setuju dengan cadangan dia.
"Lelaki ke perempuan?" Soal Aniq. Kalau lelaki memang tak lah dia nak bagi. Kalau perempuan mungkin boleh di pertimbangkan.
"Perempuan. Amina namanya."
"Hm okay.." ringkas Aniq. Kesian pula tengok Fara dengan muka yang penuh dengan harapan agar dia menerima cadangannya. Bagi je lah. Nanti tak pasal - pasal dia ingat kena kongkong pula.
Fara mengukir senyuman gembira. Tak sangka Aniq setuju. Jantungnya yang tadi dup dap dup dap laju kian makin reda.
"Terima kasih.."
Aniq mengangguk perlahan.
YOU ARE READING
Sanggupkah Aku?
RomanceFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...