Ini kali pertama dalam hidupnya naik kereta dengan lelaki selain daripada abangnya. Berdua. Resah gelisah dalam hatinya semua ada. Dia langsung tak pernah lalu sini.
Yelah. Dia bukan jenis yang suka merayap ke hulur ke hilir. Balik dari U dia terus ke rumah. Kadang ke taman. Tak pun kadang ke restoran terdekat. Itu je. Tak bosan kan life dia?
Fara memerhatikan Aniq yang serius memandang lepastu pandang semula ke hadapan. Berat mulutnya mahu bersuara.
"Kita nak pergi mana?" Mampu juga luahkan oleh Fara sambil memandang muka Aniq.
"Adalah..." ringkas dari Aniq. Dia tak mahu terburu - buru memberitahu Fara tentang hal ini. Dia mahu surprise kan Fara.
Dia cuma balas adalah je. Itu je jawapannya. Aku bagi 4 perkataan kot. Di balas sepatah je. Unfair betul.
Oh..yaaa satu seperkara lain yang sedang bermain di minda Fara. Perkataan isteri? Suami? Kahwin? Pelajaran dia..
Yes...pelajaran dia. Bagi ke Aniq untuk dia teruskan belajar. Kalau tak bagi macam mana. Rosak impian dan cita - citanya. Mahu menjadi seorang Photographer yang berjaya. Dan mempunyai galeri sendiri. Takkan musnah macam itu je.
"Awak..." ujar Fara dengan nada yang agak perlahan.
"Apa..?" Suara Aniq kedengaran.
Mujur dia bersuara. Kalau diam. Macam mana. Tak ke krik krik je dalam kereta. Berdua pulak tu. Semenjak dah kenal dengan Aniq ni macam - macam dah dia buat dengan perkara yang dia tak pernah buat langsung.
"Is that true that i'm going to be your wife? Are you serious?" Ujar Fara dengan penuh keyakinan dan keberanian. Dia tak berani memandang muka Aniq. Yelah. Dah tahu pergi tanya lagi buat apa.
"Yes..true..you are my future wife.." tutur kata yang jelas riang tapi cover sambil ligat memandu.
Oh my...dia dah dengar pun penjelasan Aniq. Bukan makin tenang. Makin gelisah dan tak senang duduk adalah. Dia akan berkahwin seusia 21 tahun. Too young to get married or this is the time to married? Oh maigad. Confused.
"Pelajaran saya macam mana..? Semakin perlahan suara Fara. Takutnya Aniq tak bagi je. Abistu dia nak buat apa. Takkan jadi housewife kot. Dah kira belajar tinggi - tinggi ni.
"Oh..pasal tu. Kau nak belajar, belajar la.." ujar Aniq dengan nada yang agak datar dan relax.
Tersenyum bahagia mula terpancar di wajah comelnya itu. Alhamdulillah bagi. Lega sangat hatinya.
"Tapi ada syarat.." sambung Aniq lagi. Dia bercakap seolah - olah tak ada perasaan langsung.
Terus mati senyum tawa bahagia Fara. Ada syarat pula. Penuh dengan kejutan betul mamat Aniq ni.
"Syaratnya apa?" Soal Fara dengan penuh tanda tanya.
"Wait and see.." ringkas Aniq. Memang dia sengaja memberikan banyak kejutan buat Fara. Bukan berniat untuk mengongkong ke apa. Tapi..suka hati dia laa..
Haihh. Ada kejutan buat Fara lagi. Lepas satu, ditambah lagi satu. Apa benda lah syaratnya. Perlu ke semua tu.
Fara memandang semula ke tingkap kereta. Dia melihat rumah yang cantik dan besar dan mewah. Sangat indah. Dia jadi pelik bila kereta yang Aniq pandu masuk ke perkarangan rumah itu. Diikuti oleh dua orang konco nya itu yang memandu kereta vios dan keretanya.
Tapi tak adalah pula dia berhenti di salah satu rumah tersebut. Aniq straight. Fara melihat satu rumah agam yang lagi besar dari tu. Satu rumah saja. Memang cantik.
Lagi mengejutkan bila Aniq masuk ke kawasan rumah itu.
"Kita dah sampai.." ujar Aniq dengan riak wajah yang gembira. Segera dia keluar dari kereta.
YOU ARE READING
Sanggupkah Aku?
RomanceFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...