Bab 55

5.8K 163 0
                                    

Fara berjalan seiring dengan Mina selepas habis kelas. Masa ada lagi 2 jam sebelum kelas yang lain pula bermula.

"Mina..." perlahan suara Fara memanggil namanya.

"Asal? Kau sakit ke?"

"Taklah. Sedapnya dia makan aiskrim.." kata Fara sambil matanya melilau melihat sekumpulan pelajar yang sedang berkumpul makan aiskrim bersama.

"Aikk teringin kee?" Sakat Mina.

Fara hanya mengendahkan saja sakat Mina tu sebab tak penting. Yang penting aiskrim. Dia rasa tekaknya kering semacam dan teringin sangat.

"Jom cari.." Fara terus menarik tangan Mina itu untuk terus pergi mencari aiskrim yang dia mahu.

Mereka duduk di satu taman yang tidak jauh dari Universiti mereka.

Mina melihat berselera sungguh Fara menjamu aiskrim magnum yang dia beli 2 bungkus. Haih tahu lah laki kaya.

"Macam dah lama tak makan aiskrim je. Aniq tak bagi makan ke apa.." Mina mula bersuara sambil menikmati aiskrim solero yang dibelanja Fara tadi.

"Hisy taklah. Aku teringin pula panas panas ni makan.."

"Tah tah kau ni..." Mina mula membuat andaian sendiri.

"Apadia?" Fara mengerutkan dahi.

Tiba tiba mereka di sapa dari belakang oleh seseorang yang mereka cuba untuk jauhkan diri.

"Sedapnya makan aiskrim. Nak join."

Fara dan Mina saling berpandangan antara satu sama lain sebelum kalih memandang belakang.

"Sharul..."

"Hai Fara.." senyum lebar Sharul dibuatnya.

"Kau buat apa kat sini?" Soal Fara. Dia sudah mula cuak.

"Takde apa. Saja. Satu aiskrim tu untuk aku ke?"

"Tak! Bukan untuk kau!" Fara terus mengambil plastik aiskrim itu bangun dan memegang tangan Mina untuk segera meninggalkan Sharul.

"Fara nak pergi mana?"

"Kau jangan sibuklah.."

"Fara aku tak habis cakap lagi.."

Kata kata Sharul menghentikan langkah Fara.

"Apa lagi yang kau nak cakap?"

"Aku takkan berhenti kejar kau sampai bila bila." Ujar Sharul dengan sungguh sungguh. Dia benar benar maksudkannya.

"Apa yang kau merepek ni?"

"Aku tak pernah merepek. Setiap apa yang keluar dari mulut aku tu semuanya benar. Tentang perasaan aku. Sayang aku. Cinta aku. Tak pernah tipu." Luah Sharul pada Fara sepenuhnya.

Fara menggelengkan kepalanya. Cuba untuk menidakkan segala apa yang Sharul cakap.

"Aku tak boleh balas rasa sayang kau."

"Sebab apa? Hanya sebab persahabatan kita?" Soal Sharul yang mahukan jawapan dari Fara.

Nak atau tak Fara harus juga jujur pada Sharul. Tentang statusnya.

"Sebab aku dah kahwin.."

Mina terus memandang Fara dan tersenyum. Akhirnya berani juga Fara untuk menyatakan tentang hal ini pada Sharul.

"Apa yang kau merepek ni?" Sharul tidak percaya.

"Betul apa yang Fara cakap. Fara dah kawin. Dan aku ada masa perkahwinan itu berlangsung." Kali ni Mina pula yang bersuara. #supportmember

"Eh kau diam lah aku tak cakap dengan kau."

"Memang selama ni aku diam je apa yang kau buat dekat Fara. Tapi kali ni aku tak boleh sabar. Sabar seseorang manusia pun ada limit juga tau."

Fara tersenyum memandang Mina. Kali ni dia tak keseorangan. Tak sangka Mina pun berani juga.

"Kalau perangai kau macam ni memang Fara takkan terima kau sampai bila bila.." sambung Mina lagi.

Sharul terkedu dengan apa yang telah dia dengar ini. Wanita yang dicintainya sudah menjadi milik orang lain.

"Siapa lelaki tu Fara? Hebat sangatkah dia? Apa kurangnya aku?" Sharul cuba meminta simpati Fara.

"Kau tak perlu tahu semua tu. Yang paling penting kau kena tahu yang aku mencintainya sepenuh hati aku.."

Kata kata Fara itu umpama menikam, merobek robek hatinya, jantungnya.

"Lepas ni jangan cari aku."

Fara terus berlalu pergi meninggalkan Sharul yang sedang meratapi berita sedih ini. Hilang seleranya untuk makan aiskrim lagi. Tah tah aiskrim pun dah cair. Terus takde mood

Sanggupkah Aku?Where stories live. Discover now