Hari ni je tiba - tiba kelas cancel last - last minit. Mina yang tadinya lepas dapat tahu bukan main seronok lagi. Dia dan rakan - rakan yang lain telah pergi untuk menonton wayang, shopping dan sebagainya.
Mina cuba untuk mengajak Fara. Fara dengan mudahnya menolak. Katanya tak sedap badan. Memang sejak dua menjak ni dia rasa kurang enak. Makan pun tak lalu. Pening. Mual. Chop. Mengandung. Tak. Tak. Tak mungkin.
Benda dah lama berlalu. Takkan la kot. Gumam Fara dalam hati. Lama dia memikirkan perkataan mengandung tu. Mana mungkin. Arghhhh! Pening - pening. Bentak Fara dalam hati. Dia yang tadinya berada di kafe terus menuju keretanya di tempat parking kereta.
Sebelum tu, ada jugak dia melihat keadaan sekeliling kot - kot ada Sharul ke. Entahlah. Dia cuba untuk jauh dari Sharul. Padahal dia sudah pun memaafkan perbuatan Sharul itu.
Yelah. Lepas saja dia memberitahu Sharul yang dia cuma menganggap Sharul sebagai kawan. Sedih dia melihat reaksi wajah Sharul yang betul - betul mengharapkan kasih dan sayang Fara.
Sharul tu baik. Kacak. Kaya. Tentu ramai yang berlumba - lumba mahukan dia. Ramai yang cuba menawan hatinya. Tapi dalam banyak - banyak gadis di tempat mereka belajar.
Aku pulak yang kau nak. Kau ni takde taste. Teruknya taste kau. Fara bermonolog sendiri sambil tersenyum. Teruk taste. Berulang - ulang perkataan itu yang terkeluar dari mulut dia yang manis tu sambil drive kereta dan keluar menuju ke pagar universitinya.
Fara menghantar pesanan ringkas pada Sharul.
I think we need to talk.
Talifonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Dari Sharul.
Pasal apa? Dekat mana?
Fara menaip di talifon bimbitnya Samsung Galaxy S4 dengan pantas.
I will tell you later.
Hanya itu yang Fara balas. Dia mahu mahu menjawab pertanyaan Sharul mengenai apa. Tunggu jelah. Desis dalam hati Fara.
Talifonnya berbunyi lagi.
Okay :)
Pesanan ringkas daripada Sharul. Ada keluhan berat yang keluar dari bibir pink Fara.
Sharul yang ketika itu berada di bilik untuk mandi dia segera mencapai talifonnya untuk melihat gerangan siapa yang mesej dia pada waktu hampir mencecah maghrib ni.
Sharul baru saja habis bermain futsal di rumahnya. Yang memiliki tempat futsalnya sendiri. Sharul anak orang kaya. Dia cuma tinggal dengan bapanya. Bapa tunggal. Ibunya sudah tiada. Sejak dia masih lagi kecil. Kasih dan sayangnya tumpah kepada bapanya. Dia tidak pernah sedikit melawan kata bapanya. Bila menyuarakan sesuatu perkara. Dan bapanya menentang. Dia akur.
Terus dia membuka talifonnya yang tertera nama Fara di kotak mesej. Tersenyum lebar dia. Lagi senyum bila Fara ajak berjumpa. Dengan segera dia membalas mesej Fara tanya mengenai apa dan dimana. Mesej masuk lagi. Dari Fara.
Tersenyum - senyum dia lagi. Gembira hatinya. Mahu saja dia melompat - lompat seperti katak. Dia membalasnya okay. Dia tak sabar jumpa Fara. Gadis idamannya. Pujaan hatinya. Gadis yang dia dambakan. Walhal Fara cuma menganggapnya sebagai kawan. Sebagai sahabat.
Sharul tidak sabar untuk berjumpa dengan Fara. Rindunya semakin membuak - buak. Fara ada menghantar mesej lagi katanya mahu berjumpa di kafe saja. Gembira tak terkata dia dibuatnya. Tak sabar tunggu esok. Jumpa Fara. Gumamnya dalam hati.
Fara yang tadinya mundar - mandir sebab rasa berat hatinya untuk berjumpa dengan Sharul. Tak tahu la kali ni kenapa. Selalu tak macamni. Selepas saja dia menghantar mesej pada Sharul untuk memaklumkan tempat pertemuan dia terus rasa macamtu.
Rasa seperti malas mahu berjumpa dengan Sharul. Tapi Sharul harus dengar penjelasan ni. Dan Sharul harus belajar menerima hakikat. Yalah. Sharul tu agak baran sedikit. Pemarah. Takut dia dibuatnya. Kalau tiba - tiba mengamuk. At least tempat awam. Dia tak berani buat apa - apa. Come on Fara. You have to brave. Fara yang cuba untuk pujuk diri sendiri dan beri kata - kata semangat pada diri sendiri. Lalu dia terus tidur seusai solat isyak. Kepalanya masih lagi pening. Macam biasa.
YOU ARE READING
Sanggupkah Aku?
RomanceFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...