Petang kian menjelma dek kerana lama sangat berada dirumah Fara, Mina meminta izin untuk pulang ke rumah. Kebetulan Aniq juga telah pulang dari kerja.
"Eh Mina dah nak balik ke?" Soal Aniq berbasa basi.
"Haah dah..lama sangat kat sini bosan dah jumpa Fara" ujarnya sambil tergelak memandang Fara. Fara mencubit lengan sahabatnya itu. Geram pula rasanya. Aniq hanya tersenyum lebar melihat telatah isterinya itu.
"Borak pasal apa je lama kat sini.." soal Aniq lagi yang saja ingin tahu.
"Oh pasal ni..tanya kat Fara bila nak ada baby. Lambat sangat. Bosan dah tunggu." Mina saja untuk mengusik Fara lagi.
"Eh Mina kau pergi balik sekarang.." Fara menahan malu bila melihat Mina yang sengaja mengusik dia. Mina hanya tergelak-gelak.
Aniq macam biasa hanya tersenyum lebar. Baby? Dia langsung tak pernah terfikir tentangnya. Dia belum puas untuk hidup bersama dengan Fara. Tapi kalau ada apa salahnya. Mungkin lagi merapatkan hubungan dengan Fara dan akan meriahkan lagi rumah dengan kehadiran orang baru. Sama seperti meriah semasa membawa Fara ke rumah ini.
Setelah hilangnya bayang-bayang Mina dari perkarangan rumah itu entah kenapa tiba-tiba Fara rasa berdebar.
"Err...awak nak air tak?" Soal Fara gugup.
"Tak payah laa..aku nak kau je". Jawapan dari mulut Aniq membulatkan mata Fara. Aniq menarik perlahan tangan Fara dan pergi ke buaian. Saja santai petang.
"Err ada apa-apa yang awak nak bagitahu ke? Atau saya ada buat salah ke?" Fara sekadar bertanya.
"Takde. Kau takde buat salah apa pun. Ke ada haa?" Aniq mengusik Fara
"Eh takdelah. Fara duduk kat rumah je hari ni". Sepantas kilat Fara menjawab.
"Habistu duduk kat rumah tak boleh buat salah apa apa lah?"
"Aniq kenapa?" Fara mula cuak
"Hahahahahaha! Takdelah aku gurau je. Gurau-gurau manja". Sebenarnya takde topik apa apa yang nak dibualkan. Sengaja mahu luangkan masa bersama sama isterinya. Duduk di luar rumah di temani angin yang dibuai oleh buaian.
"Oh ya! Minggu depan Fara dah start masuk belajar balik tau" ujar Fara sambil tersenyum menghadap suami yang mula disayangi itu.
"Oh yeke. Nak aku hantar ke atau budak budak ni hantar?" Tanya Aniq selamba.
"Eh tak payah laa. Fara boleh pergi sendiri. Lagipun kereta tu dah lama tak pakai. Entah jadi apa pula."
"Tuu..kereta myvi kau tuu.." selamba Aniq sambil mengajukan kereta myvi kesayangan Fara yang telah lama tersadai di parking kereta miliknya.
"Yelah. Fara ada kereta tu je. Mana ada kereta lain dah...Fara guna duit sendiri tau beli kereta tu." Ujarnya berasa bangga kerana dapat membeli dengan hasil titik peluhnya sendiri.
"Oh ye. Tak tanya pun..hahaha" kata Aniq sambil tergelak kecil memandang isterinya kesayangannya itu.
"Hahaha alaa Fara bagitahu je.." niatnya takde apa pun saja mahu Aniq berasa bangga dengannya. Jelas lah Aniq bangga mempunyai isteri yang boleh berdikari sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Walaupun Fara mempunyai seorang abang yang sepatutnya menjadi pelindungnya. Tapi sebaliknya...
Aniq juga berasa bangga kerana Fara tidak pernah meminta duit darinya. Fara tidak menggunakan kekayaan yang dia ada. Berbanding dengan semua teman wanitanya sebelum ni semuanya kaki kikis teruk.
"Fara nak tahu tak?" Ujar Aniq mula serius.
"Tahu apa?"
"I'm so lucky to have you in my life"
"Lucky? Apa yang lucky? Fara takde bawa apa apa luck pun..menyusahkan Aniq banyak lah.." Fara menyatakan hal yang benar. Yang selama ini dia rasa.
"Apa yang menyusahkan?" Soal Aniq pula.
"Yelah. Terpaksa ambil Fara jadi isteri Aniq..semata mata nak langsaikan hutang abang Fara.." suara Fara makin lama makin perlahan. Terasa pedih bila mengingati balik.
Tangan Fara diambilnya lalu digenggam. Aniq meminta Fara untuk memandangnya. Di tatap ke dalam dalam mata Fara itu.
"Memang Farhan yang tawarkan Fara pada aku. Tapi aku sendiri yang nak kahwin dengan kau. Aku selidik kau dalam beberapa hari sebelum buat keputusan untuk ambil kau jadi isteri aku yang sah." Terus terang Aniq pada Fara dengan nada yang lembut. Tangannya masih utuh memegang tangan Fara.
Fara tersentuh dengan apa yang dikatakan oleh Aniq. Tak tahu nak gambarkan apa perasaannya. Teruja? Sedih? Gembira? Terkejut? Entah dia tidak tahu. Dia pun tidak tahu nak balas bagaimana.
"Surely, I'm so lucky to have you. Kau banyak ubah aku. Ubah sikap aku. Dari aku yang tak solat. Aku mula untuk belajar solat. Aku mula untuk kenal agama balik. Kenal siapa diri aku balik. Thanks for everything."
"Fara tak buat apa pun untuk Aniq. Aniq yang tergerak hati nak buat semua tu. Semua tu bermula dengan Aniq sendiri. Aniq sendiri yang nak berubah. Fara cuma bantu apa yang Fara boleh bantu. Fara cuma boleh bimbing Aniq je. Fara dah takde siapa siapa." Entah bagaimana ayat ayat ni boleh terkeluar sendiri dari mulutnya. Air matanya mula mengalir di pipi. Bukan mengalir kesedihan. Mungkin kebahagiaan? Terharu?
Aniq mengusap air mata yang mengalir di pipi isterinya itu.
"Jangan sedih sedih. And now you have me, you have this family too. And..I love you." Ungkapan yang selama ni Aniq pendam terkeluar juga akhirnya. Mungkin dah tiba masanya.
"Haa?" Fara agak terkejut dengan perkataan yang terakhir itu.
"Aku sayang kau. Aniq sayang Fara. Tak tahu bila? Macam mana? Tapi aku tak boleh tipu perasaan aku sendiri. Kau sayang aku?" Soalnya pada Fara pula.
Fara tersenyum lebar. Agak terkejut dengan pertanyaan Aniq itu. Fara mengangguk. Dia juga tidak boleh menipu perasaan dia sendiri.
"Angguk je?" Aniq mengusik Fara.
"Fara..Fara sayang Aniq juga.." Ungkapnya walaupun sedikit malu. Aniq tersenyum lebar. Lantas memeluk Fara. Mungkin ini kebahagiaan yang dia impikan selama ini. Fara yang agak terkejut membiarkan saja dan membalas pelukannya itu.
Kesanggupannya untuk menjadi bayaran hutang abangnya membawa kebahagiaan yang bermakna dalam hidupnya. Fara dan Aniq mengukir senyuman bahagia.
YOU ARE READING
Sanggupkah Aku?
RomanceFara Aliya yang mempunyai seorang abang tiri yang kaki mabuk dan telah banyak berhutang dengan seseorang sehingga dia sendiri tidak mampu untuk membayarnya. Lalu dia menawarkan untuk menggantikan adiknya, Fara Aliya yang masih lagi belajar sebagai b...