BAB 26

7.7K 200 0
                                    

"Ohh ya..Aniq tahu tak kita ada dekat sini? Soal Fara. Dia sendiri tak tahu macam mana soalan tu boleh terkeluar dari mulutnya. Huh.

Konco Aniq saling berpandangan antara satu sama lain.

"Saya kurang pasti..nak saya bagitahu dia tak? Pelawa salah sorang daripadanya.

"Eh..tak payah. Pandai - pandai dia la nak cari." Ujar Fara melarang mereka. Biar la dia. Ni rumah dia.

"Agaknya kenapa bos korang ni suruh tengok - tengokkan saya? Takut saya lari eh?" Soal Fara tanpa teragak - agak.

"Bos mahu puan rasa selesa ketika berada di sini. Kami menerima arahan dari pagi tadi lagi untuk tengokkan - tengokkan puan.

Haa..selesa ke. Korang ikut aku kehulur - kehilir. Aku lagi lah tak selesa. Rimas... gumam Fara dalam hati.

"Saya rasa tak perlu kot..pandai - pandai lah saya bawa diri kat sini.." ujar Fara dengan nada yang agak sederhana.

"Maaf puan, kami cuma mengikut arahan je.." kata mereka.

Arahan. Arahan. Arahan. Okay okay.

Fara kembali membelek bunga - bunga yang berada di depan dan di sekitarnya. Dia cium baunya. Wangi sangat.

****

Sejurus Aniq memberhentikan kereta porsche nya di tempat parking kereta di rumahnya yang tersedia. Dia terus masuk ke dalam rumah diikuti oleh konconya.

Matanya meliar mencari kelibat Fara.

"Fara mana Bik Sari? Soalnya ketika baru saja masuk ke dalam rumah dan terserempak dengan pembantu rumahnya.

"Maaf tuan. Saya kurang pasti. Saya tadi solat.." ujar Bik Sari. Memang dia ada terjumpa Fara ketika dia sedang menuju ke bilik belakang. Lepastu dia dah tak kelihatan.

Dia terus berlalu pergi terus menuju ke tingkat atas di mana bilik Fara berada.

Tanpa fikir apa - apa dia terus membuka pintu bilik Fara. Tak ada orang.

Dia turun kembali ke bawah. Berkali - kali dia memanggil nama Fara.

Belum sempat pun dia ke belakang bahagian dapur. Seorang konconya menegur dia.

"Bos..Fara ada dekat belakang rumah dengan Rico dan Alex."

Aniq terus berlalu pergi mengendahkan konconya.

Belum sempat pun dia mendekati Fara dari kedudukan yang agak jauh, dia melihat Fara yang sedang mencium bunga - bunga di belakang rumahnya.

Tak tahu lah apa perasaan dia sekarang. Dia terpegun melihat Fara. Jadi patung. Tak bergerak.

Dia mengukir senyuman. Kemarahannya reda. Pandai betul Fara buat dia jadi lega. Hilang segala marah - marah yang membuak dalam hatinya.

Melihat Fara yang tiba - tiba tak ada di depan matanya gabrah terus jadinya. Takut sangat Fara hilang. Dia jadi tak keruan bila Fara tiada disisinya. Dia perlu kan Fara.

Dia yakin Fara akan buka hatinya untuk dia. Arghhh! Dia tak peduli semua tu. Fara akan jadi hak milik dia yang sah. Hanya untuk dia sorang.

Fara akan bahagia bila bersama dia. Dia akan buat Fara bahagia. Itu janji dia.

Sanggupkah Aku?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang